Pengakap PPM KLM

  • Home
  • Pengakap PPM KLM

Pengakap PPM KLM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pengakap PPM KLM, Non-Governmental Organization (NGO), .

Pada 23-29 Oktober 2024, seramai empat orang peserta dari PPM KLM IPG KPM menyertai Kursus Kepimpinan Penolong Jurulatih...
02/11/2024

Pada 23-29 Oktober 2024, seramai empat orang peserta dari PPM KLM IPG KPM menyertai Kursus Kepimpinan Penolong Jurulatih Kebangsaan (CALT) ke 40 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Mereka ialah:

1) DR. MOHD ZAIRI BIN HUSAIN, KLM17 IPGKTI
2) MEDI BIN MARAU, KLM 32 IPG KENINGAU
3) MOHD KUDUS BIN MAT, KLM 17 IPGKTI
4) MUHAMMAD IQBAL BIN ISMAIL, KLM 05, IPGKPP

Matlamat kursus ini adalah memperkenalkan kepada peserta
prinsip dan kaedah latihan, memberi peluang untuk berkongsi pengalaman
dalam menguruskan latihan, memberi pemahaman yang lebih mendalam
tentang mentadbir dan menjalankan kursus, serta mampu merancang, memimpin dan menjalankan kursus.

Semoga pengalaman dan ilmu yang diperolehi dijadikan sebagai satu motivasi untuk memberi sumbangan terbaik untuk PPM KLM seterusnya memberi impak besar kepada perkembangan khususnya dalam latihan untuk bakal-bakal pemimpin.

Teruskan semangat dan berikan yang terbaik untuk mencipta masa depan yang lebih gemilang!"

22/10/2024
Sukarelawan Urusetia Program Perkhemahan Unit – Unit Beruniform 2024 Sekolah Kebangsaan Kebor BesarKuala Nerus, 28 Septe...
03/10/2024

Sukarelawan Urusetia Program Perkhemahan Unit – Unit Beruniform 2024 Sekolah Kebangsaan Kebor Besar

Kuala Nerus, 28 September 2024 – Program Perkhemahan Unit – unit Beruniform 2024 Sekolah Kebangsaan Kebor Besar telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus. Program perkhemahan tersebut telah berlangsung pada 26 – 28 September 2024 ini disertai oleh 7 sukarelawan pengakap KLM30 sebagai urusetia perlaksana program tersebut.

Program ini merupakan program yang saban tahun diadakan oleh Sekolah Kebangsaan Kebor Besar, Manir. Antara objektif program perkhemahan ini ialah untuk memberikan pengetahuan yang mendalam kepada para peserta kem tentang peranan dan tanggungjawab unit beruniform masing – masing, serta nilai – nilai dan etika yang dipegang oleh organisasi tersebut.

Penyertaan KLM 17 ke Pahang International Scout - Scarf 2024Kuantan, 28 September 2024 - Seramai 4 orang penolong pemimp...
02/10/2024

Penyertaan KLM 17 ke Pahang International Scout - Scarf 2024

Kuantan, 28 September 2024 - Seramai 4 orang penolong pemimpin dan seorang Pesuruhjaya Daerah dari KLM17, IPG Kampus Temenggong Ibrahim telah menyertai Program Pahang International Scout - Scarf 2024 anjuran Sekretariat Pengakap Kelana PPM Pahang bertempat di Stadium Darul Makmur.

Prgram yang telah disertai oleh 19,397 orang peserta menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik antaranya pertandingan war cry, karya , stem & team buliding, pavillion pameran, sukan dan permainan dan lain-lain.

Program ini sangat memberi pengalaman dan pembelajaran yang bermakna kepada penolong pemimpin dalam pelaksanaan penganjuran aktiviti yang berskala besar disamping menambah kenalan di kalangan ahli pengakap sama ada di dalam dan di luar negara.

*PERKHEMAHAN BERSEPADU KARNIVAL 111 TAHUN PENGAKAP SARAWAK**Sarikei, 29 September 2024 –* Perkhemahan Bersepadu Karnival...
02/10/2024

*PERKHEMAHAN BERSEPADU KARNIVAL 111 TAHUN PENGAKAP SARAWAK*

*Sarikei, 29 September 2024 –* Perkhemahan Bersepadu Karnival 111 Tahun Pengakap Sarawak Peringkat Bahagian Sarikei telah berlangsung selama tiga hari dua malam di Kompleks Sukan Integrasi Baji Jaya, Seberang Sarikei iaitu pada 27 hingga 29 September 2024. Perkhemahan ini telah disertai oleh 10 orang ahli pengakap KLM27 daripada IPGM Kampus Rajang sebagai fasilitator bagi membantu Pasukan Latihan Pengakap Daerah.

Aktiviti perkhemahan ini melibatkan 10 buah sekolah rendah dan sekolah menengah. Seramai 200 peserta yang terdiri daripada Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda telah menyertai perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan seperti Aktiviti Berpangkalan 1: Cita-Cita Pengakap, Pertandingan Kemahiran: Memanah, Masakan Rimba dan Membina Gajet, Aerobathon dan Penjelajahan Lasak. Para fasilitator KLM27 telah memberikan kerjasama yang baik dalam pelaksanaan aktiviti supaya dapat berjalan dengan lancar.

Objektif aktiviti perkhemahan ini adalah untuk mengembangkan kemahiran sosial dan praktikal para peserta. Selain itu, aktiviti ini juga dapat menggalakkan disiplin diri serta meningkatkan keyakinan diri melalui pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan fizikal dan mental.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengakap PPM KLM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pengakap PPM KLM:

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share