16/05/2026
Salam Takziah & Al Fatihah
إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنِ
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un
Seluruh warga NADI MCMC berdukacita atas pemergian Allahyarham Muhamad Khairuddin bin Harun, Pengurus NADI Banting, Sarawak.
Allahyarham telah berkhidmat bersama NADI sejak 5 September 2022 sebagai Penolong Pengurus NADI Kuala Hilir Oya sebelum meneruskan khidmat sebagai Pengurus NADI Banting bermula 1 Februari 2023 sehingga Mei 2026.
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan para solihin dan orang orang yang beriman.