NADI PPR Senawang

  • Home
  • NADI PPR Senawang
Website

NADI PPR Senawang 5 PERKHIDMATAN PINTAR @ NADI

NADI-KEUSAHAWANAN
NADI-KESEJAHTERAAN
NADI-PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
NADI-KESEDARAN
NADI-INISIATIF KERAJAAN

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP). PI1M
PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer. Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI). Objektif PI1M

Kemudahan akses internet secara kolektif
Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan
Prinsip Pelaksanaan PI1M

Kerjasama dengan Kerajaan Negeri
Menyediakan premis yang sesuai
Menanggung sewa premis jika tiada premis sendiri
Rekabentuk dan peralatan yang seragam di semua lokasi
Diurus oleh Pengurus dan Penolong Pengurus yang dilantik secara kontrak
Beroperasi 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari
Daftar sebagai Ahli PI1M
Pendaftaran RM5.00
Kad Ahli
Tidak aktif 12 bulan, keahlian dibatalkan
Pengaktifan semula – RM3.00

11/10/2026
Intipati Belanjawan 2027 untuk rakyat yang membawakan pelbagai inisiatif dan manfaat untuk rakyat, merangkumi kos sara h...
10/10/2026

Intipati Belanjawan 2027 untuk rakyat yang membawakan pelbagai inisiatif dan manfaat untuk rakyat, merangkumi kos sara hidup, pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan kesejahteraan komuniti.


09/10/2026

Ikuti pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan, secara langsung di NADI seluruh negara.

📅 Jumaat, 9 Oktober 2026
⏰ 3.30 petang
📍 NADI seluruh negara

Jom Singgah ke NADI berhampiran dan ikuti pembentangan Belanjawan 2027. 🇲🇾

02/10/2026
02/10/2026
02/10/2026

TikTok | Make Your Day

18/09/2026

KITA LAKAR REKOD BERSAMA!

NADI kini secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi rekod “Largest Simultaneous Participation in a Multi-Fitness Session” menerusi Senam Sihat MADANI Merdeka 2026!

Apa yang bermula dengan sasaran 50,000 peserta akhirnya mencatat:
🏆 60,379 PESERTA
📍 1,099 NADI
🇲🇾 Seluruh negara, bergerak serentak

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 yang berlangsung pada 29 Ogos 2026 telah menyatukan komuniti di seluruh negara dalam satu gerakan yang menggalakkan gaya hidup sihat, di samping menyemarakkan semangat perpaduan.

Pengiktirafan ini menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat MCMC dan NADI, serta membuktikan apa yang mampu kita capai apabila seluruh rangkaian dan komuniti bergerak menuju matlamat yang sama.

Terima kasih kepada semua warga MCMC, NADI, komuniti dan setiap pihak yang menjayakannya. Kejayaan ini milik kita bersama!

60,379 peserta. 1,099 NADI. Satu gerakan nasional. Satu rekod Malaysia. 🇲🇾

✨SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026✨Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada seluruh komuniti PPR Senawang yang t...
04/09/2026

✨SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026✨

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada seluruh komuniti PPR Senawang yang telah bersama-sama menjayakan program Senam Sihat Madani Merdeka 2026 pada 29 Ogos 2026.

Kehadiran seramai 72 orang peserta menunjukkan semangat perpaduan dan kesungguhan kita dalam menghayati erti kemerdekaan melalui gaya hidup sihat.

Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, tetapi juga menjadi wadah untuk memupuk perpaduan dan semangat kemerdekaan dalam kalangan penduduk.

Semoga usaha murni ini terus menjadi inspirasi untuk kita bersama-sama membina komuniti yang lebih sihat, harmoni, dan berdaya maju.

03/09/2026

Address


Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI PPR Senawang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed non profit organization?

Share