NADI Kg Wonod Telupid

  • Home
  • NADI Kg Wonod Telupid
Website Contact the organization

NADI Kg Wonod Telupid National Information Dissemination Centre (NADI) Kg Wonod terletak 12km dari Pekan Telupid ke arah Kota Kinabalu Desktop Publishing (Microsoft Office).

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan usaha kerajaan dalam merapatkan jurang digital di kalangan rakyat khususnya penduduk luar bandar. Projek ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Celcom Berhad. Bagi di negeri Sabah, sebanyak 28 buah Pusat Internet dibangunkan pada tahun 2012 dan hampir keseluruhan daerah di Sabah ini terpilih untuk tujuan projek pusat internet 1 malaysia.Sebelum ini lebih dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti yang telah dibangunkan seawal tahun 2010 di mana setiap daerah didirikan dua atau tiga bangunan pusat jalur lebar. Kampung Wonod, Telupid merupakan antara lokasi projek Pusat Internet 1 Malaysia.Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Wonod telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada Pertengahan bulan Oktober 2012. Pusat Internet Komuniti Kg Wonod menawarkan latihan/kursus/bengkel ICT kepada komuniti setempat :

Pengenalan asas komputer
Asas Internet & Emel
Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang dan lain-lain). Klik Dengan Bijak (KDB)
Bengkel Keusahawanan

🚀 Nak jadi usahawan? 🚀 Nak tuisyen PERCUMA? 🚀 Nak buat pemeriksaan kesihatan PERCUMA? 🚀 Nak belajar tentang AI dan tekno...
17/10/2026

🚀 Nak jadi usahawan?
🚀 Nak tuisyen PERCUMA?
🚀 Nak buat pemeriksaan kesihatan PERCUMA?
🚀 Nak belajar tentang AI dan teknologi digital?

🤩 Macam-macam ada di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)!

🎉 Terokai pelbagai program, latihan dan perkhidmatan yang ditawarkan di NADI dengan lebih mudah, semuanya di hujung jari anda!

📱 Jom mulakan dengan memuat turun NADI Member App – kini dengan WAJAH BAHARU, LEBIH BANYAK GANJARAN! 🎁

✨ Apa yang anda boleh buat melalui NADI Member App?

👤 Daftar sebagai ahli NADI
📍 Cari lokasi NADI terdekat
💻 Tempah komputer di NADI
📚 Terokai dan daftar program serta latihan NADI
❤️ Semak rekod saringan kesihatan
🎁 Kumpul mata ganjaran dan tebus hadiah menarik!

Lagi banyak aktiviti yang anda sertai, lagi banyak mata ganjaran yang boleh dikumpul! 🎉

Belum jadi ahli NADI? Jangan risau! Kini anda boleh mendaftar sendiri melalui aplikasi.

📲 Muat turun atau kemas kini NADI Member App SEKARANG!

📥 iOS (App Store)
https://apps.apple.com/my/app/nadi-member/id6753041480

📥 Android (Google Play)
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.nadi.nadi_member_2

🌐 Ketahui lebih lanjut tentang NADI di https://nadi.my/

Jom sertai komuniti NADI, tingkatkan kemahiran dan nikmati pelbagai manfaat serta ganjaran! 💙

NADI MCMC RAIH DUA PENGIKTIRAFAN KHAS DI PERINGKAT GLOBAL! Satu lagi pencapaian membanggakan buat NADI! NADI MCMC berjay...
11/10/2026

NADI MCMC RAIH DUA PENGIKTIRAFAN KHAS DI PERINGKAT GLOBAL!

Satu lagi pencapaian membanggakan buat NADI!

NADI MCMC berjaya meraih DUA pengiktirafan khas dalam Kempen ITU DTCI x Cisco Networking Academy (1–30 September 2026):

🏅 Kadar Penyempurnaan Kursus Tertinggi (Highest Course Completion Rate)

🏅 Peratusan Peserta Aktif Tertinggi (Highest Percentage of Active Participants)

Lebih membanggakan, NADI MCMC turut berjaya menduduki TEMPAT KEDUA dalam carta kedudukan global!

Kejayaan ini membuktikan komitmen NADI dalam memperkasa komuniti melalui pembelajaran dan kemahiran digital.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga NADI serta para peserta di seluruh negara! Dedikasi dan usaha anda telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

11/10/2026

NADI ke-1,099 di Inanam Sentral!

NADI Inanam Sentral rasmi dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan NADI di seluruh negara sebanyak 1,099 dengan 132 NADI kini berada di Sabah.

Bagi warga Inanam dan kawasan sekitarnya, NADI Inanam Sentral kini menjadi ruang untuk komuniti mendapatkan akses kepada kemudahan dan peluang digital termasuk pembelajaran, latihan kemahiran, keusahawanan, e-dagang serta program berkaitan Kecerdasan Buatan (AI).

NADI bukan hanya tempat untuk mendapatkan akses internet. Ia kini berkembang sebagai hab pembangunan bakat dan kemahiran komuniti, membantu anak-anak, belia, usahawan dan masyarakat setempat memanfaatkan teknologi untuk pendidikan, pekerjaan dan menjana pendapatan.

Jadi, warga Inanam dan kawasan berdekatan, jom manfaatkan NADI Inanam Sentral! Pelbagai program, kemudahan dan peluang digital menanti untuk dimanfaatkan bersama.

Semoga NADI Inanam Sentral terus menjadi ruang yang aktif, inklusif dan benar-benar memberi manfaat kepada komuniti setempat.

NADI untuk komuniti, peluang digital untuk semua.

Intipati Belanjawan 2027 untuk rakyat yang membawakan pelbagai inisiatif dan manfaat untuk rakyat, merangkumi kos sara h...
10/10/2026

Intipati Belanjawan 2027 untuk rakyat yang membawakan pelbagai inisiatif dan manfaat untuk rakyat, merangkumi kos sara hidup, pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan kesejahteraan komuniti.


Saksikan pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada Jumaa...
09/10/2026

Saksikan pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada Jumaat, 9 Oktober 2026, pukul 3.30 petang menerusi saluran rasmi Belanjawan 2027.

Bagi komuniti Kg Wonod dan sekitarnya kami mengalu-alukan anda ke NADI Kg Wonod untuk mengikuti siaran langsung ini.

Kudap-kudapan juga disediakan untuk komuniti yang terawal. Terima kasih 😁


Program Jiwa Madani @ Kelab Malaysiaku SMK Telupid 📆23/09/2026 (Rabu)⏰7.00am - 11.00 am📍 Dewan SMK Telupid Penceramah 1 ...
23/09/2026

Program Jiwa Madani @ Kelab Malaysiaku SMK Telupid

📆23/09/2026 (Rabu)
⏰7.00am - 11.00 am
📍 Dewan SMK Telupid

Penceramah 1 : Tuan Inspektor Asdar Miktar - Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasa Trafic IPD Beluran
Penceramah 2 : Puan Nur Farahanna Suid - Penolong Pengarah MCMCM Sandakan

22/09/2026

KITA LAKAR REKOD BERSAMA!

NADI kini secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi rekod “Largest Simultaneous Participation in a Multi-Fitness Session” menerusi Senam Sihat MADANI Merdeka 2026!

Apa yang bermula dengan sasaran 50,000 peserta akhirnya mencatat:
🏆 60,379 PESERTA
📍 1,099 NADI
🇲🇾 Seluruh negara, bergerak serentak

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 yang berlangsung pada 29 Ogos 2026 telah menyatukan komuniti di seluruh negara dalam satu gerakan yang menggalakkan gaya hidup sihat, di samping menyemarakkan semangat perpaduan.

Pengiktirafan ini menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat MCMC dan NADI, serta membuktikan apa yang mampu kita capai apabila seluruh rangkaian dan komuniti bergerak menuju matlamat yang sama.

Terima kasih kepada semua warga MCMC, NADI, komuniti dan setiap pihak yang menjayakannya. Kejayaan ini milik kita bersama!

60,379 peserta. 1,099 NADI. Satu gerakan nasional. Satu rekod Malaysia. 🇲🇾

📣 MAKLUMAN JAWATAN KOSONG DI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI):🎯PENOLONG PENGURUS: NADI PLAZA TANJUNG ARU, SABAH 🎯P...
21/09/2026

📣 MAKLUMAN JAWATAN KOSONG DI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI):

🎯PENOLONG PENGURUS: NADI PLAZA TANJUNG ARU, SABAH
🎯PENGURUS: NADI PPR BANDARIA PARK, BINTULU, SARAWAK
🎯PENOLONG PENGURUS: NADI PPR SEDUAN RANTAU PANJANG, SIBU, SARAWAK
🎯PENOLONG PENGURUS: NADI TOK KAYAMAN, BUKIT KETERI, PERLIS
🎯PENOLONG PENGURUS: NADI PEKAN CHENDERIANG, TAPAH PERAK
🎯PENOLONG PENGURUS: NADI KG BARU JELAPANG, IPOH, PERAK
📨Tarikh tutup permohonan: 30 Oktober 2026
📨 Hantar permohonan melalui emel ke: [email protected]

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg Wonod Telupid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to NADI Kg Wonod Telupid:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed non profit organization?

Share