Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 Segambut - MPPWP

  • Home
  • Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 Segambut - MPPWP

Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 Segambut - MPPWP FB Page Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 Segambut Wilayah Persekutuan.

Kawasan Sub Zon 2 Segambut Wilayah Persekutuan meliputi :

Taman Tun Dr. Ismail
Pinggir Taman Tun Dr Ismail
Kampung Sungai Penchala
Kampung Bukit Lanjan

14/01/2023

السلام عليكم ورحمة الله.
Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan kurnia dan rezeki daripadaNya, kita masih diberikan kehidupan hingga ke hari ini.

Masih ingat pada April 2020 ketika dilantik sebagai Pengerusi MPP Sub Zon 2 oleh Menteri WP ketika itu, negara dilanda wabak COVID19 & PKP. Buntu apa fungsi & peranan MPP ketika itu.

Tetapi demi mandat & amanah, saya terima jawatan dengan penuh iltizam. Terima kasih kepada semua kerana mempercayai kebolehan kepimpinan saya dalam menyantuni & membantu masyarakat di dalam Parlimen Segambut Sub Zon 2 tanpa mengira aliran politik dan bangsa. Terima kasih terutamanya kepada Yang Berbahagia Datuk Mahadhir Sulaiman Timbalan Pengerusi MPP Zon Segambut yang juga Ketua Bahagian UMNO Segambut yang memberi kepercayaan ini. Terima kasih juga kepada Datuk Danial Ling Chia Sin Pengerusi MPP Zon Segambut. Terima kasih juga kepada barisan Jawatankuasa PAS Kawasan Segambut yang menyenaraikan nama saya untuk dicalonkan walaupun saya bukanlah orang yang selayaknya.

Pelbagai pengalaman & peristiwa yang saya timba. Isu & masalah rakyat sentiasa melekat di hati saya seperti program vaksinasi, kebakaran dan tanah runtuh di Palimbayan. Jadual harian penuh dengn perjumpaan/menyantuni warga Segambut Sub Zon 2 yang perlukan bantuan, bermesyuarat dengan pihak agensi kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan, berbincang untuk membuat dasar yang memberi kebaikan kepada masyarakat, menghadiri program-program sosial & kebajikan rakyat.

Diam tak diam 32 bulan saya menjawat jawatan ini dan 31 Disember 2022 adalah hari terakhir saya sebagai Pengerusi MPP Parlimen Segambut Sub Zon 2. Oleh itu, secara sahnya sekarang saya menjadi "orang biasa" & tiada lagi sebarang fungsi untuk rakyat di bawah DBKL & KWP. Hanya mungkin bertindak sebagai mata & telinga kepada rakyat, tidak lebih dari itu.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua Tuan Puan Pengarah2 Agensi dibawah DBKL, PDRM, BOMBA, ISTANA NEGARA, MAIWP, BAITULMAL, PPZ, Masjid2 dibawah Sub Zon 2 Segambut, IKRAM, TNB, AIR SELANGOR, ALAM FLORA, KRT Sungai Penchala, Persatuan Penduduk Sungai Penchala, Persatuan Anak Jati, Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala, Parti Parti Politik PAS, UMNO, MCA, MIC, dan BERSATU atas kerjasama erat sepanjang kami berkhidmat.

Penghargaan tidak lupa juga kepada seluruh masyarakat di Sub Zon 2 yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama padu selama ini.

Buat rakan2 AJK MPP, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan selama ini. Maaf diatas segala khilaf yang sedar atau tidak yang saya lakukan selama ini. Saya kagum kerana anda semua telah mengenepikan sebarang konflik kepartian demi warga Sub Zon 2 Segambut.

Saya mohon kemaafan sekiranya ada perkara/isu/masalah yang masih tertangguh yang tidak dapat saya bantu selesaikan. Bukan sengaja tetapi tugas saya telah terhenti disini atas tempoh had yg telah ditetapkan. Kini tiba saya melambai tangan dengan senyuman puas dan berkata "terima kasih Sub Zon 2" dan dalam hati saya berbisik telah laksanakan tugas sebaik mungkin. Moga amal jariah di bawah perjuangan MPP saya diberkati ALLAH SWT. 🙏🏼🙏🏼

Ali Jaafar

25 Disember '22, MPP Sub Zon 2 telah mengadakan Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran sempena Memperingati Tragedi Tanah Run...
26/12/2022

25 Disember '22, MPP Sub Zon 2 telah mengadakan Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran sempena Memperingati Tragedi Tanah Runtuh di Kampung Palimbayan Sungai Penchala.

Setahun berlalu. Tragedi yang berlaku pada 19 hingga 21 Disember '21, masih segar dalam ingatan. Lebih seratus buah rumah terlibat yang mengakibatkan lebih kurang 20 buah rumah musnah sama sekali. Lebih kurang 400 orang mangsa dari lebihkurang 120 keluarga terjejas.

Banyak pihak yang datang membantu, dari Agensi Kerajaan maupun pihak Swasta. Malah orang perseorangan juga turut sama membantu.

Malah tragedi ini turut mengambil simpati Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong. Baginda turut Mencemar Duli turun kelokasi penempatan sementara ziarah dan menyampaikan sumbangan peribadinya.

Alhamdulillah, sekarang semua mangsa yang terlibat telah menerima bantuan. Mereka diberikan penempatan sementara di beberapa lokasi PPR sekitar Kuala Lumpur. Malah pihak Baitulmal turut membantu dari segi pembayaran sewa.

Infrastruktur asas dilokasi kejadian juga telah mula dipulihkan. Akses jalan masuk keluar juga telah pulih.

MPP Sub Zon 2 mengucapkan jutaan terima kepada semua pihak yang terlibat membantu mengatasi dan menyelesaikan masalah penduduk yang terlibat. Moga segala penat lelah dan jerih perih Tuan Puan semua akan diberi ganjaran sebaiknya dari Allah SWT, insyallah.

Alhamdulillah, hari ini sebagaimana yang dirancang, MPP Sub Zon 2 bersama Alam Flora dan Masyarakat Kampung Palimbayan I...
17/12/2022

Alhamdulillah, hari ini sebagaimana yang dirancang, MPP Sub Zon 2 bersama Alam Flora dan Masyarakat Kampung Palimbayan Indah Sungai Penchala telah mengadakan Gotong-royong membersihkan kawasan Pusat Tong Sampah di Kampung Palimbayan Indah.

Program bertujuan membersihkan dan mengemas kawasan Pusat Tong Sampah untuk keselesaan penduduk setempat.

Terima kasih kepada Pengerusi Surau As Syakirin Abang Din dan semua penduduk Kampung Palimbayan Indah yang bersama menyingsing lengan pagi tadi.

Terima kasih juga kepada pihak Alam Flora yang datang membawa jentera bagi memudahkan kerja pembersihan.

Tak lupa terima kasih kepada Sahabat AJK MPP Sub Zon 2 yang bersama menyelaraskan Program Gotong Royong ini. Moga semangat kerjasama ini akan terus dikekalkan bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan Kampung kita, insyaaAllah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Laluan baharu bas percuma GO KL akan dilancarkan pada 15 Disember 2022. Semoga penga...
13/12/2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Laluan baharu bas percuma GO KL akan dilancarkan pada 15 Disember 2022. Semoga pengalaman penggunaan perkhidmatan awam di Segambut akan dapat dilestarikan lagi dari semasa ke semasa.

Sila rujuk pada gambar untuk laluan bas GO KL tersebut.



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Alhamdulillah, jalan utama Kampung Palimbayan yang terputus akibat Tragedi Tanah Runtuh pada 19 Disember '21 lalu, kini ...
20/11/2022

Alhamdulillah, jalan utama Kampung Palimbayan yang terputus akibat Tragedi Tanah Runtuh pada 19 Disember '21 lalu, kini telah sampai fasa terakhir pembinaan.

Dijangka kerja kerja menurap jalan akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat.

Diharapkan dengan sempurnanya Jalan utama ini akan memudahkan segala urusan harian penduduk di Kampung Palimbayan, insyaaAllah.

Terima kasih kepada Jabatan Kejuruteraan DBKL dan lain lain Jabatan dan agensi yang terlibat membantu menguruskan segala masalah penduduk di Kampung Palimbayan dari awal kejadian hingga hari ini.

PROGRAM KHATAN PERDANA 2022Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah Sg Penchala dengan akan mengadakan Program Khatan Perdana...
15/11/2022

PROGRAM KHATAN PERDANA 2022

Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah Sg Penchala dengan akan mengadakan Program Khatan Perdana 2022 pada ketetapan berikut,

Tarikh: 10 Disember 2022, Sabtu
Masa: 8:00 pagi - 1:00 tengah hari
Tempat: Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah Sg Penchala

1) Kaedah Laser Cautery oleh pakar!
2) Yuran Penyertaan hanya RM40! (np RM150). Setiap penyertaan telah mendapat tajaan RM110.00 daripada pihak masjid.
3) Boleh dapatkan borang pendaftaran di Pejabat Masjid.
4) Pendaftaran telah dibuka dan tempat adalah terhad! Tarikh tutup pendaftaran: 30 November 2022.

Hubungi Pejabat di: 0132537120 / 010-246 7879 / 0108903175 / 0122447964

11/11/2022

Tips memilih calon Pilihanraya dari Ulama'.

Alhamdulillah, setelah sekian lama pihak MPP Sub Zon 2 membuat permohonan untuk membina bonggol dijalan jalan utama di K...
10/11/2022

Alhamdulillah, setelah sekian lama pihak MPP Sub Zon 2 membuat permohonan untuk membina bonggol dijalan jalan utama di Kampung Sungai Penchala baru kini mendapat respon dari Jabatan Pengangkutan Bandar DBKL.

MPP Sub Zon 2 telah membuat permohonan untuk membina bonggol kepada DBKL sejak Februari '21 lagi. Dan pihak DBKL telah memberi respon pada 5 November '22.

Dari beberapa banyak lokasi yang dicadangkan oleh MPP Sub Zon 2, hanya 5 lokasi sahaja yang diluluskan.

Memang selama ini MPP Sub Zon 2 sering dan sentiasa diserang dengan pelbagai soalan dan tohmahan dari masyarakat sekitar. Namun MPP sekadar boleh membantu membuat permohonan tetapi tindakan dan keputusan adalah dibawah kuasa DBKL.

Masih banyak lagi permohonan MPP Sub Zon 2 kepada pihak DBKL berkaitan kemudahan dan keselesaan masyarakat Kampung Sungai Penchala yang masih belum diambil tindakan oleh DBKL.

Moga selepas ini, fail fail permohonan MPP Sub Zon 2 yang sudah terlalu lama itu akan diangkat dan diambil tindakan, insyaaAllah.

Apa pun bagi pihak warga Kampung Sungai Penchala MPP Sub Zon 2 mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan tindakan dari DBKL.

KENYATAAN MEDIAAMARAN HUJAN BERTERUSAN : DIHARAPKAN PENDUDUK BERWASPADAAssalamu'alaikum dan salam sejahtera,1. Khidmat M...
08/11/2022

KENYATAAN MEDIA
AMARAN HUJAN BERTERUSAN : DIHARAPKAN PENDUDUK BERWASPADA

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

1. Khidmat Malaysia meneliti laporan terkini dari Met Malaysia berkaitan hujan dijangka berterusan sekitar negeri Kelantan, Terengganu , Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru) dalam tempoh Selasa, 8 November 2022 sehingga Jumaat, 11 November 2022.

2. Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

3. Dalam kenyataan tersebut Jabatan Meteorologi menyatakan bahawa ianya akan menyebabkan hujan berterusan dari Selasa hingga Jumaat ini dan diharapkan penduduk di negeri dan daerah berkaitan terus berwaspada dan bersiap siaga andai berlaku sesuatu yang besar.

4 Justeru Khidmat Malaysia Pusat mengarahkan supaya semua anggota bersiap sedia di semua peringkat bagi menghadapi berlakunya bencana seperti yang telah dinyatakan tadi. Bilik Operasi di peringkat Negeri/Wilayah telah pun dibuka untuk tujuan mengemaskini maklumat dan penyaluran laporan kepada Khidmat Malaysia Pusat.

5. Khidmat Malaysia Pusat akan mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa di laman sosial rasmi Khidmat Malaysia

Sekian, wassalam.

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah
Khidmat Malaysia Pusat
7 November 2022

https://www.facebook.com/392524494245319/posts/2404394206391661/

KENYATAAN MEDIA
AMARAN HUJAN BERTERUSAN : DIHARAPKAN PENDUDUK BERWASPADA

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

1. Khidmat Malaysia meneliti laporan terkini dari Met Malaysia berkaitan hujan dijangka berterusan sekitar negeri Kelantan, Terengganu , Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru) dalam tempoh Selasa, 8 November 2022 sehingga Jumaat, 11 November 2022.

2. Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

3. Dalam kenyataan tersebut Jabatan Meteorologi menyatakan bahawa ianya akan menyebabkan hujan berterusan dari Selasa hingga Jumaat ini dan diharapkan penduduk di negeri dan daerah berkaitan terus berwaspada dan bersiap siaga andai berlaku sesuatu yang besar.

4 Justeru Khidmat Malaysia Pusat mengarahkan supaya semua anggota bersiap sedia di semua peringkat bagi menghadapi berlakunya bencana seperti yang telah dinyatakan tadi. Bilik Operasi di peringkat Negeri/Wilayah telah pun dibuka untuk tujuan mengemaskini maklumat dan penyaluran laporan kepada Khidmat Malaysia Pusat.

5. Khidmat Malaysia Pusat akan mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa di laman sosial rasmi Khidmat Malaysia

Sekian, wassalam.

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah
Khidmat Malaysia Pusat
7 November 2022

Rungutan penduduk di Jalan 7/71B Pinggiran Taman Tun Dr Ismail berkaitan paip pecah sejak dua minggu lalu telah diatasi ...
05/11/2022

Rungutan penduduk di Jalan 7/71B Pinggiran Taman Tun Dr Ismail berkaitan paip pecah sejak dua minggu lalu telah diatasi oleh pihak Air Selangor.

Difahamkan kejadian paip pecah dikawasan ini kerap berlaku. Penduduk memberitahu MPP yang mereka sudah banyak kali menghubungi pihak Air Selangor, namun tiada tindakan.

En Mustakim, pegawai penyelaras Air Selangor bagi kawasan Sungai Penchala telah mengambil tindakan segera selepas pihak MPP Sub Zon 2 menghubunginya. Dalam masa 2 hari, masalah telah dapat diatasi.

Terima kasih En Mustakim & Air Selangor yang membantu menyelesaikan masalah ini.

Address


Telephone

+60192264236

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 Segambut - MPPWP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share