Pertubuhan Paliatif USM

Call Contact the organization

Pertubuhan Paliatif USM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Paliatif USM, Charitable organisation, INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU, Universiti Sains.

Pertubuhan Paliatif USM sedang berusaha untuk merealisasikan pembinaan bangunan paliatif yang khusus untuk pesakit kanser yang berada di peringkat akhir hayat.

24/04/2026

"PROGRAM PENJAGAAN ASAS PESAKIT TERLANTAR"

Program Penjagaan Asas Pesakit Terlantar Bersama Komuniti anjuran Pertubuhan Paliatif Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Unit Paliatif, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Seminar, Kompleks Penyelidikan Kanser, PKTAAB..


Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT), Kepala Batas Pusat Perubatan USM BertamIPPT Breast Cancer.

Program Penjagaan Asas Pesakit Terlantar Perkasa Komuniti SetempatKepala Batas, 18 April 2026 – Program Penjagaan Asas P...
21/04/2026

Program Penjagaan Asas Pesakit Terlantar Perkasa Komuniti Setempat

Kepala Batas, 18 April 2026 – Program Penjagaan Asas Pesakit Terlantar Bersama Komuniti anjuran Pertubuhan Paliatif Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Unit Paliatif, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Seminar, Kompleks Penyelidikan Kanser, PKTAAB pagi tadi.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang melibatkan peserta daripada kalangan masyarakat umum, khususnya ahli keluarga dan penjaga pesakit terlantar. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap aspek penjagaan pesakit terlantar secara holistik, meliputi keperluan fizikal, emosi, sosial dan spiritual.

Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran diikuti bacaan doa serta ucapan aluan oleh Pengarah Program, Dr. Siti Nooraini Mohamad Yusof yang turut menyampaikan pengenalan mengenai konsep penjagaan asas pesakit terlantar. Tayangan video berkaitan turut dipersembahkan bagi memberi gambaran awal kepada peserta.
Program diteruskan dengan tiga sesi ceramah utama. Ceramah pertama menekankan kepentingan penjagaan asas pesakit terlantar dalam konteks komuniti, diikuti ceramah kedua yang memberi fokus kepada aspek pemakanan bagi meningkatkan keselesaan dan kualiti hidup pesakit. Seterusnya, ceramah ketiga menyentuh tentang kepentingan sokongan psikologi kepada pesakit serta ahli keluarga dalam menghadapi cabaran penjagaan jangka panjang.
Peserta didedahkan dengan sesi praktikal berkumpulan interaktif seperti demonstrasi teknik menukar lampin, cadar dan pakaian pesakit, selain latihan menukar posisi serta pemindahan pesakit dari katil ke kerusi roda secara selamat. Peserta juga diberi pendedahan mengenai penjagaan luka tekanan dan stoma, serta teknik pengendalian dan pemasangan tiub nasogastrik.

Sesi soal jawab yang diadakan memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan lanjut daripada tenaga pengajar yang terdiri daripada doktor, jururawat, pegawai dietetik, pegawai psikologi dan jurupulih anggota. Program turut diselitkan dengan aktiviti kuiz dan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Secara keseluruhannya, semoga program ini berjaya meningkatkan ilmu dan kesedaran serta memperkasakan ahli keluarga dan komuniti dengan kemahiran penjagaan pesakit terlantar, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup pesakit dan kesejahteraan penjaga.

Teks disediakan oleh,
Dr Siti Nooraini Mohamad Yusof,
Pengarah Program,
Ketua Unit Paliatif,
Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB),
Universiti Sains Malaysia

18/04/2026

PROGRAM KOMINITI
PENJAGAAN ASAS PESAKIT TELRLANTAR..

Sekitar update..

PROGRAM PENJAGAAN ASAS PESAKIT TELANTAR..
18/04/2026

PROGRAM PENJAGAAN ASAS PESAKIT TELANTAR..

18/04/2026

Paliatif adalah penjagaan untuk memaksimakan kualiti hidup pesakit dan penjaga yang menghadapi cabaran berkaitan penyakit yang mengancam nyawa dan tiada harapan untuk sembuh.

Pada masa ini, tiada pusat rawatan paliatif di utara utara semenanjung Malaysia yang khusus untuk menampung keperluan
pesakit kanser.
Oleh itu, Pertubuhan Paliatif USM, telah ditubuhkan
untuk merealisasikan pembinaan bangunan paliatif yang khusus untuk pesakit kanser yang berada di peringkat akhir hayat.

UNTUK MENYUMBANG KEPADA TABUNG PEMBINAAN BANGUNAN PALIATIF KEPALA BATAS, SILA DEPOSIT TERUS KE:
AKAUN PERTUBUHAN PALIATIF USM
Maybank
557410546615

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi:
https://wa.link/w24laz atau
https://wa.link/zosuyg


Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT), Kepala Batas Pusat Perubatan USM BertamIPPT Breast Cancer

PROGRAM BERSAMA KOMUNITI "PENJAGAAN ASAS PESAKIT TERLANTAR..Terima kasih yang sudah mendaftar, jumpa anda pada Sabtu @ 1...
16/04/2026

PROGRAM BERSAMA KOMUNITI
"PENJAGAAN ASAS PESAKIT TERLANTAR..

Terima kasih yang sudah mendaftar, jumpa anda pada Sabtu @ 18/04/2026..

Jangan lupa janji kita pada hujung minggu ni ya 😊PROGRAM KOMUNITI PENJAGAAN ASA PESAKIT TERLANTAR
16/04/2026

Jangan lupa janji kita pada hujung minggu ni ya 😊
PROGRAM KOMUNITI PENJAGAAN ASA PESAKIT TERLANTAR

KEMPEN SUMBANGAN PEMBINAAN PUSAT PALIATIFAssalamualaikum dan salam sejahtera.Kami sedang menjalankan Kempen Kutipan Dana...
16/04/2026

KEMPEN SUMBANGAN PEMBINAAN PUSAT PALIATIF

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kami sedang menjalankan Kempen Kutipan Dana bagi Pembinaan Pusat Paliatif Di USM Bertam, untuk membantu pesakit yang memerlukan penjagaan khas terutama pesakit kanser dan penyakit kronik yang memerlukan rawatan serta sokongan di akhir hayat.

Pusat ini akan menjadi tempat perlindungan dan penjagaan yang lebih selesa untuk pesakit serta memberi sokongan kepada keluarga mereka.

✨ Setiap sumbangan anda amat bermakna.
Walaupun kecil nilainya, ia mampu membantu merealisasikan pembinaan pusat ini demi kesejahteraan pesakit yang memerlukan.

📌 Marilah kita bersama-sama menyumbang dan berkongsi rezeki.
Moga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

📲 Sumbangan boleh dibuat melalui pautan / QR Code yang disediakan.

“Sedikit dari kita, besar maknanya buat mereka.”
Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan anda. 🤲

RAWATAN PALIATIF BANTU BINA KUALITI HIDUP DALAM KETIDAKTENTUAN GLOBAL
16/04/2026

RAWATAN PALIATIF BANTU BINA KUALITI HIDUP DALAM KETIDAKTENTUAN GLOBAL

Ikuti perkembangan semasa yang sahih di semua pautan media sosial rasmi Berita RTM: Portal Rasmi Berita RTMhttps://berita.rtm.gov.myTwitter Rasmi Berita RTMh...

Address

INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU
Universiti Sains
13200

Opening Hours

Monday 08:15 - 17:00
Tuesday 08:15 - 17:00
Wednesday 08:15 - 17:00
Thursday 08:15 - 17:00
Friday 08:15 - 17:00

Telephone

+60123476773

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Paliatif USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Paliatif USM:

Shortcuts

Share