09/06/2026
✨ Penghargaan Tanzim Harmoni UPM 25/26 ✨
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh barisan Top Board dan EXCO Tanzim Harmoni UPM 25/26 atas komitmen, dedikasi dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang menggalas amanah yang diberikan.
Setiap usaha, idea dan kerjasama yang diberikan telah menjadi tunjang kepada perjalanan organisasi ini. Dalam setiap cabaran yang dihadapi, semangat kebersamaan dan kesungguhan yang ditunjukkan membuktikan bahawa kejayaan sesebuah pasukan lahir daripada hati-hati yang ikhlas dalam berkhidmat.
Semoga segala penat lelah yang dicurahkan menjadi asbab kepada keberkatan dan kejayaan yang berterusan. Terima kasih kerana sentiasa memberi yang terbaik demi memastikan setiap perancangan dan gerak kerja dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
Semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh, dan semangat untuk berbakti serta memimpin dengan hikmah sentiasa mekar dalam diri kita semua. 💚
AKHLAK | KHIDMAT | UKHUWAH