23/02/2026
๐๐ฒ๐บ๐ฝ๐๐๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ต๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ท๐ถ๐น ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฒ๐บ๐๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ต๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ ๐ธ๐๐ฟ๐๐๐ ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ง๐ถ๐ด๐ฎ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฎ๐ฎ ๐๐ฒ๐ฏ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ ๐ฑ๐ถ ๐ฃ๐๐๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐ป ๐๐๐ฟ๐ ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐ผ๐น๐ฎ๐ต ๐๐ฑ๐ฎ๐ ๐๐ป๐ฎ๐ธ ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต, ๐๐ฏ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ท๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ ๐ฆ๐๐ป๐ฑ๐๐ฎ๐ป ๐ก๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐น๐, ๐๐ฎ๐บ๐ฝ๐๐ป๐ด ๐๐๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด
Upacara penyampaian sijil dirasmikan oleh Tuan Jeffrey Teo yang merupakan (PPM) Pegawai Perhubungan Masyarakat Tamparuli yang mewakili Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau bersama dengan Presiden SAANS, Tuan Salmon Sipulin dengan diiringi oleh Presiden Persatuan Wanita Tuaran, Puan Liliana Tangkis.
Menurut ucapan Presiden SAANS iaitu Tuan Salmon Sipulin, kajian menunjukkan bahawa 60% anak muda di sekolah rendah dan universiti tidak lagi bertutur serta memahami bahasa ibunda mereka. Sekiranya tiada tindakan dilakukan mulai dari sekarang, kita akan kepupusan etnik dan kehilangan identiti yang merupakan aset kepada Sabah dan juga negara. Tindakan yang dilakukan haruslah bermula dari komuniti itu sendiri tanpa menunggu pihak kerajaan untuk bertindak kerana setiap permulaan kecil itu akan memberi kesan positif sekaligus membawa pihak kerajaan untuk menyokong usahaurni ini.
Sokongan padu daripada Tuan Jeffrey Teo yang mempunyai pengalaman luas selama 29 tahun dalam memartabatkan Kebudayaan Negeri Sabah telah menekankan bahawa adat budaya etnik Sabah haruslah dipertahankan kerana kita lahir di negeri yang merupakan tanah tumpah darah kita sendiri. Kewujudan sekolah adat ini dapat menghimpunkan semua etnik di negeri Sabah ini dan melahirkan generasi muda yang mengenali jati diri dan keunikan salasilah budaya etnik keluarga mereka.
Semoga dengan usaha murni ini akan mendapat perhatian pelbagai pihak untuk sama-sama menyokong perjuangan dalam mengekalkan etnik budaya di negeri ini. Tahniah sekali lagi