Azizul Shah Mohd Noor

Azizul Shah Mohd Noor Temerloh

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 buat seluruh rakyat Malaysia. Semoga semangat perjuangan, perpaduan dan kecinta...
30/08/2025

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 buat seluruh rakyat Malaysia. Semoga semangat perjuangan, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air terus subur di jiwa kita semua.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

DAULAT TUANKUMerafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tingginya sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah...
24/07/2025

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tingginya sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang ke-66.

Semoga Kebawah Duli Tuanku dilimpahi keberkatan, dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta kekal bersemayam dengan penuh keadilan dan kebijaksanaan di atas takhta pemerintahan Negeri Pahang Darul Makmur.

MAJLIS SERAHAN BANTUAN BAKUL MAKANAN MADANI DUN KUALA SEMANTANHari ini saya berpeluang menyelaraskan Majlis Serahan Bant...
24/07/2025

MAJLIS SERAHAN BANTUAN BAKUL MAKANAN MADANI DUN KUALA SEMANTAN

Hari ini saya berpeluang menyelaraskan Majlis Serahan Bantuan Bakul Makanan MADANI Dun Kuala Semantan Sumbangan SSM dengan kerjasama JKM daerah Temerloh.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan golongan yang memerlukan terus disantuni dan tidak terpinggir daripada arus pembangunan.

Bantuan ini bukan sahaja meringankan beban, malah diharap menjadi penyuntik semangat untuk terus melangkah ke hadapan dengan lebih yakin.

Disamping serahan bantuan,penerima juga diberi penerangan oleh KWSP dan SSM berkenaan insentif kerajaan kepada rakyat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Ahmad Sabki Yusof,Pengerusi SSM ,YH Dato’ Ridzuan Hazimin Ramli, Penyelaras DUN Kuala Semantan,Tn Hj. Kamarudin Mohd Daud, Pengarah SSM Pahang,KWSP serta pelbagai agensi yang turut terlibat menjayakannya.

Semoga usaha ini terus menyemarakkan nilai kasih sayang, kepedulian dan kebersamaan seperti yang disarankan dalam kerangka MADANI.



Mesyuarat  Penyelarasan bersama Pejabat UMNO Bahagian Temerloh  bagi menyusun program penerangan i-suri & i-sara KWSP ke...
23/07/2025

Mesyuarat Penyelarasan bersama Pejabat UMNO Bahagian Temerloh bagi menyusun program penerangan i-suri & i-sara KWSP kepada masyarakat setempat.

Kerajaan MADANI banyak menyalurkan insentif kepada rakyat melalui skim caruman i-suri & i-sara antaranya bantuan kematian,dividen tahunan,geran padanan sehingga Rm5000.00 seumur hidup dan pelepasan cukai.

Insha Allah dalam waktu terdekat ini akan disusun program penerangan kepada masyarakat agar insentif daripada kerajaan dapat di manfaat oleh rakyat.



Address

Kuala Semantan
Temerloh
28000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azizul Shah Mohd Noor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share