MAYC KawasanTeluk Intan

MAYC KawasanTeluk Intan Menjalankan aktiviti sukan, riadah, kerohanian dan pembangunan belia di kawasan Teluk Intan

Play & Chill Pickleball 2.0 MAYC Teluk Intan dengan kerjasama Nazari Sabran Team berlangsung dengan meriah. Kali ni lebi...
21/05/2026

Play & Chill Pickleball 2.0 MAYC Teluk Intan dengan kerjasama Nazari Sabran Team berlangsung dengan meriah. Kali ni lebih ramai yang turut serta dengan pelbagai latar belakang.

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan aktiviti kali ini. Terima kasih juga buat Tuan Hj Nazari Sabran yang sudi menaja bayaran sewa gelanggang pada kali ini. MAYC mengalu-alukan sebarang bentuk penajaan dari mana-mana pihak bagi menganjurkan aktiviti sihat untuk komuniti dalam Daerah Hilir Perak.

Play & Chill Pickleball kembali lagi. Kali ni untuk edisi kedua, MAYC Teluk Intan dengan kerjasama Nazari Sabran Team na...
19/05/2026

Play & Chill Pickleball kembali lagi. Kali ni untuk edisi kedua, MAYC Teluk Intan dengan kerjasama Nazari Sabran Team nak ajak lebih ramai lagi belia dan warga Teluk Intan untuk main pickleball dengan kami.

Sesi riadah santai sambil mengeratkan silaturrahim serta memperluaskan rangkaian kerjasama antara belia dan komuniti setempat.

Untuk pendaftaran, boleh scan Qr Code yang ada dalam poster atau terus je tekan link dibawah:

https://forms.gle/D1D2Jyqw6fMoXKJr5

Jom sertai kami, bersukan sambil chill ramai-ramai

Selesai sudah Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Hilir Perak bagi tahun 2026. Program diadakan di Uitm Kampus T...
15/05/2026

Selesai sudah Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Hilir Perak bagi tahun 2026. Program diadakan di Uitm Kampus Teluk Intan dan dirasmikan oleh YDh ACP Tuan Chua Kok Lian, Ketua Polis Daerah Hilir Perak.

Terima kasih buat semua warga MAYC Teluk Intan yang terlibat dalam menjayakan program. Sekalung tahniah buat Timbalan Pengerusi MAYC Teluk Intan yang menerima Anugerah Khas Kesukarelaan Belia 2026 dan Mantan Pengerusi MAYC Kawasan Teluk Intan, En Mohd Sayuti Bin Ismail yang menerima Anugerah Penggerak Belia Penghargaan Khas bagi tahun ini.

Selamat Hari Belia Negara 2026. Menggerak Belia!!!

Alhamdulillah selesai sudah program Play & Chill Pickleball Teluk Intan. Walaupun hampir semua yang datang pertama kali ...
08/05/2026

Alhamdulillah selesai sudah program Play & Chill Pickleball Teluk Intan. Walaupun hampir semua yang datang pertama kali pegang paddle, tapi masing-masing ada bakat tersembunyi.

Yang penting, sesi santai dan semua orang seronok bila dapat bersukan sambil jumpa rakan-rakan. InsyaAllah, dua minggu lagi kita buat sekali lagi. Bagi yang tak dapat datang semalam, jangan lupa start training tau. Kita jumpa dalam tempoh 2 minggu lagi

Jom santai-santai sambil berpeluh! MAYC Teluk Intan bawakan Play & Chill Pickleball Teluk Intan khas untuk korang yang n...
04/05/2026

Jom santai-santai sambil berpeluh!

MAYC Teluk Intan bawakan Play & Chill Pickleball Teluk Intan khas untuk korang yang nak lepak aktif, jumpa kawan baru, dan try something fun! Tak kira beginner atau dah power, semua dialu-alukan. PERCUMA TAU, TAKDE BAYARAN DIKENAKAN.

📅 8 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ 9.00 malam – 11.00 malam
📍 KBC Arena (TF Taman Melur)

Nak join? Mudah je — scan QR code dalam poster dan daftar sekarang!

Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh terus contact:

Apis (017-5159130)
Zahari (019-6444429)

Jangan tunggu lama — jom play & chill sama-sama!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami, seluruh Ahli Jawatankuasa MAYC Kawasan Teluk Intan. Mo...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami, seluruh Ahli Jawatankuasa MAYC Kawasan Teluk Intan. Moga sambutan aidilfitri tahun ini merapatkan kembali silaturrahmi antara kita dan segala amalam kita di bulan Ramadan lalu diterima oleh Allah SWT.

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Berbuka Puasa MAYC Kawasan Teluk Intan bagi tahun 2026/1447 Hijrah bertempat di Koppi...
12/03/2026

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Berbuka Puasa MAYC Kawasan Teluk Intan bagi tahun 2026/1447 Hijrah bertempat di Koppicup Cafe pada 11 Mac 2026.

Majlis diserikan dengan kehadiran Presiden MBN, Muhammad Naim Al Amin dan rombongannya, Tuan Haji Nazari Sabran dan rakan -rakan, Pengerusi MBD Hilir Perak, Cikgu Afifi Arif berserta AJK MBD Hilir Perak, dan yang paling diraikan, Ahli Jawatankuasa serta seluruh ahli-ahli MAYC Kawasan Teluk Intan yang memeriahkan perjalanan program semalam.

Moga ukhwah antara kita akan terus berkekalan hendaknya

Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H.MAYC Kawasan Teluk Intan mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh musli...
18/02/2026

Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H.

MAYC Kawasan Teluk Intan mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Semoga Ramadan yang mulia ini menjadi medan untuk kita memperkukuh keimanan, mempererat ukhuwah, serta menyemai nilai disiplin dan ketakwaan dalam diri. Semoga semua ibadah kita akan diterima oleh Allah SWT.

Kepada peminat sukan sepak takraw sekitar Daerah Hilir Perak, berita baik untuk anda semua terutamanya adik-adik berumur...
03/01/2026

Kepada peminat sukan sepak takraw sekitar Daerah Hilir Perak, berita baik untuk anda semua terutamanya adik-adik berumur dibawah 16 tahun.

MAYC Teluk Intan dengan kerjasama saudara Faris Syahmi (pemain sepak takraw pasukan Perak Bison) akan mengadakan kelas asas sepak takraw. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Faris Syahmi ditalian 018-8707167.

Address

Teluk Intan
Teluk Intan

Telephone

+601131739556

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAYC KawasanTeluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MAYC KawasanTeluk Intan:

Share