23/08/2026
πππππππππ
ππππ ππππππππ πππππ ππππ πππππππ πππππ
Kerajaan Negeri Sabah meneruskan Inisiatif Bantuan Yuran Peperiksaan MUET (BAYU) bagi meringankan beban keluarga dan membantu anak-anak Sabah melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Menerusi BAYU, yuran MUET sebanyak RM150 bagi setiap pelajar ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).
Apa yang penting, bantuan ini bukan untuk golongan B40 sahaja, sebaliknya meliputi semua pelajar Tingkatan Enam di Sabah yang menduduki MUET.
Tahun ini, seramai 10,090 pelajar menerima manfaat BAYU dengan peruntukan keseluruhan RM1.51 juta.
BAYU merupakan sebahagian daripada 14 inisiatif pendidikan Kerajaan Negeri Sabah dalam usaha memperluas akses pendidikan dan meringankan beban pelajar serta keluarga.
RM150 mungkin kecil bagi sesetengah pihak, tetapi bagi sebuah keluarga, setiap bantuan membawa makna.
Pendidikan anak Sabah adalah pelaburan untuk masa depan Sabah. πβ€οΈ
Saadiah Abdul Rashad Najib Tay Abdullah