Pertubuhan Aspirasi Dakwah & Amal Muslim Sabah - ADAM CARE

Pertubuhan Aspirasi Dakwah & Amal Muslim Sabah - ADAM CARE NGO ADAM CARE , TAWAU SABAH

02/04/2026

Negeri kita diberkati dengan banyaknya masjid-masjid didirikan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.==========================Ramadhan yang mulia kian melabuhkan tirainya. Saat ...
19/03/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
==========================

Ramadhan yang mulia kian melabuhkan tirainya. Saat perpisahan dengan Ramadhan semakin hampir. Pastinya ia merupakan detik yang paling memeritkan buat jiwa seorang mukmin. Hari ini kita telah pun berada dihari terakhir bulan Ramadhan tahun 1447/2026.

Mungkin sepanjang Ramadhan ini kita istiqomah mendirikan solat fardhu, Qiyamullail serta solat sunat teraweh. Kita cemerlang dalam membaca Al-Quran dan mentadbburnya, tetapi mungkin kita terlepas pandang untuk berbahagi nikmat kesenangan harta benda atau berinfaq.

Justeru inilah kesempatan terbaik untuk kita sama-sama menanam jejak peninggalan kita dalam bulan suci ini dengan berinfaq membantu kami menguruskan Madrasah Al-‘Ubudiyyah Wal Mas Uliyyah (MADARU), Taman Semarak Tawau. Infaq anda sangat bernilai bagi kami bagi membantu kami menyelesaikan beberapa perkara di madrasah ini seperti :

• Melunaskan bayaran sewa premis Madrasah yang tertunggak.
• ⁠Bayaran bil utiliti ( air & api ).
• ⁠Elaun guru & warden.
• ⁠Perbelanjaan Makan & minum para pelajar setiap hari.
• ⁠Memperbaiki beberapa bahagian madrasah yang mengalami kerosakan dan kekurangan seperti tandas dan ruang belajar.

Salurkan infaq atau sumbangan anda ke nombor akaun bank seperti tertera dibawah ini ;

No. Akaun Rasmi :
1002-0000875-71-3
(Bank Muamalat Malaysia Berhad)

Pemilik Akaun :
Pertubuhan Aspirasi Dakwah & Amal Muslim Sabah ( ADAM CARE – No.Pendaftaran : PPM-005-12-18012021 )

Klik pada pautan ini untuk sebarang pertanyaan ;

https://wa.link/5nm7nl ( Mudir MADARU)

https://wa.link/z9zfyu (Adam Care)

“Ya Allah, gantikanlah dari setiap nilai sumbangan ini dengan memberikan mereka kesihatan yang baik dan berpanjangan serta permudahkan urusan kehidupan mereka didunia hingga akhirat serta masukkan mereka ke Syurga-MU tanpa hisab. Terima lah segala amalan mereka sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.”

🌙 KEMPEN INFAQ RAMADHAN MADARU 1447HBantu sediakan sahur & berbuka untuk15 orang pelajar Madrasah Al-‘Ubudiyyah Wal Mas’...
18/02/2026

🌙 KEMPEN INFAQ RAMADHAN MADARU 1447H

Bantu sediakan sahur & berbuka untuk
15 orang pelajar Madrasah Al-‘Ubudiyyah Wal Mas’uliyyah (MADARU)
Lorong 24, Taman Semarak, Tawau Sabah.

💚 RM30 sehari bagi seorang pelajar

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa memberi makan orang berpuasa, baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu.”

SALURKAN INFAQ ANDA

Bank Muamalat Malaysia Berhad
Pertubuhan Aspirasi Dakwah & Amal Muslim Sabah — ADAM CARE

📌 No. Akaun: 1002-0000875-71-3

Nombor Pendaftaran NGO :
PPM-005-12-18012021

📞 PERTANYAAN

☎️ +60111-5208705 (Adam Care)
☎️ +6016-8358705 (Mudir MADARU)

💚 Rebut peluang Ramadhan — Walaupun nilainya kecil, pahala besar di sisi Allah.

Salam Ramadhan dan Selamat Menunaikan Ibadah puasa kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat . Semoga kita beroleh Taqwa.
18/02/2026

Salam Ramadhan dan Selamat Menunaikan Ibadah puasa kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat . Semoga kita beroleh Taqwa.

Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya. Semoga kedatangan tahun baru ini...
17/02/2026

Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya. Semoga kedatangan tahun baru ini akan membawa kejayaan yang lebih besar kepada anda semua.

GONG XI FA CAI .

Salam Harmoni dari kami
Pertubuhan Aspirasi Dakwah & Amal Muslim Sabah - ADAM CARE

25/01/2026

TERKINI I Kejadian kecurian kabel dilaporkan berlaku di jejantas SMK Kinabutan, sekali gus menjejaskan kemudahan awam yang baru disediakan demi keselamatan pengguna, khususnya pelajar dan warga sekitar.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya warga Tawau digesa supaya bersama-sama memainkan peranan menjaga dan memelihara kemudahan awam yang telah dibina demi kepentingan bersama.

Perbuatan vandalisme dan kegiatan mencuri kabel bukan sahaja merugikan harta awam, malah boleh membahayakan keselamatan pengguna jejantas berkenaan.

Untuk makluman, jejantas SMK Kinabutan turut dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan pemantauan dan keselamatan. Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana individu yang didapati terlibat dalam perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Kerjasama semua pihak amat diperlukan agar kemudahan awam ini dapat digunakan dalam jangka masa panjang dan terus memberi manfaat kepada masyarakat.

Bazaar Ramadhan.
15/01/2026

Bazaar Ramadhan.

Permohonan Tapak Bazar Ramadan

“Selamat kembali ke sekolah Tahun 2026! Beg kembali berat, jam loceng kembali kejam, tapi semangat mesti paling ‘power’....
11/01/2026

“Selamat kembali ke sekolah Tahun 2026!
Beg kembali berat, jam loceng kembali kejam, tapi semangat mesti paling ‘power’.

Ayok kita mula pengembaraan ilmu dengan senyuman!”

06/12/2025

Pemergian Datuk Seri Panglima B**g Mokhtar Radin sangat dirasai oleh semua Rakyat Sabah. Almarhum merupakan seorang pemimpin yang sangat dihormati oleh kawan dan disegani oleh lawan. Atas jasa-jasanya itu, admin berharap agar namanya diabadikan dimana-mana premis kerajaan Negeri atau jalan-jalan utama di Sabah.

03/12/2025

Sabah , bumi seluas dakwah .

29 November 2025 (Sabtu) - Pilihanraya Umum Dun Negeri Sabah ke-17 .  Pilihlah pemimpin yang bertanggungjawab dan amanah...
29/11/2025

29 November 2025 (Sabtu) - Pilihanraya Umum Dun Negeri Sabah ke-17 . Pilihlah pemimpin yang bertanggungjawab dan amanah.

Selamat mengundi kepada semua orang Sabah !

Address

TB 4556, Tingkat 1, Lot 1, Wisma Kasih FY, Jalan Masjid
Tawau
91000

Telephone

+601115208705

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Aspirasi Dakwah & Amal Muslim Sabah - ADAM CARE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Aspirasi Dakwah & Amal Muslim Sabah - ADAM CARE:

Share