Angkatan Muda Keadilan Tasek Gelugor - AMKTG

Angkatan Muda Keadilan Tasek Gelugor - AMKTG Bangsa Malaysia dan Malaysia Madani

10/06/2026
09/06/2026

TAKNAK DUDUK SEMEJA..!!
Masih lagi dengan skrip yang sama setiap kali Pilihanraya 🫠

Alhamdulillah, selesai sudah Program Qurban Kasih MADANI serta agihan daging korban yang telah dilaksanakan oleh AMK Cab...
28/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Qurban Kasih MADANI serta agihan daging korban yang telah dilaksanakan oleh AMK Cabang Tasek Gelugor di Dun Telok Ayer Tawar, Sungai Dua dan Permatang Berangan C dalam suasana penuh semangat kebersamaan dan gotong-royong.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang menguruskan agihan dan membantu menjayakan program ini khususnya Abg Anas dan team, Bonda Asma, Abg Own dan Kak Intan serta Abg Bahari atas komitmen dan usaha yang diberikan.

Terima kasih juga kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan Saudara Haji Kamil Munim Ketua AMK Pusat atas sumbangan serta sokongan yang diberikan dalam memastikan kelancaran program dan manfaatnya dapat dirasai oleh masyarakat setempat.

Semoga semangat pengorbanan dan nilai kasih MADANI terus diperkukuhkan demi kesejahteraan rakyat dan perpaduan komuniti.




Alhamdulillah, selesai sudah Program Ibadah Korban yang berlangsung di Permatang Berangan C dalam suasana penuh ukhuwah ...
28/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Ibadah Korban yang berlangsung di Permatang Berangan C dalam suasana penuh ukhuwah dan semangat gotong-royong.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua jawatankuasa, petugas, serta penduduk setempat yang bersama-sama menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan Saudara Haji Kamil Munim atas sumbangan serta sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta menjadi asbab mengeratkan silaturahim dan semangat kebersamaan dalam masyarakat.




21 Mei yang lalu telah berlangsung satu perlawanan persahabatan bola sepak antara Angkatan Muda KEADILAN Tasek Gelugor d...
28/05/2026

21 Mei yang lalu telah berlangsung satu perlawanan persahabatan bola sepak antara Angkatan Muda KEADILAN Tasek Gelugor dan AMK Kepala Batas di Stadium Bola Permatang Rawa.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Zainuddin (Abg Din) selaku Ketua Cabang KEADILAN Kepala Batas merangkap Naib Pengerusi KEADILAN Negeri Pulau Pinang, Saudara Aidil selaku PPK Pinang Tunggal serta Ketua AMK Kepala Batas Saudara Uzair atas jemputan serta urusan persiapan persahabatan.

Program santai seperti ini diadakan bagi merapatkan silaturahim serta mengukuhkan hubungan antara warga KEADILAN di peringkat cabang, khususnya dalam kalangan anak muda.

Semoga ukhuwah dan semangat kebersamaan ini terus diperkasakan demi perjuangan dan masyarakat.

📸 by Afif Haikal



Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima dan Moga Aidiladha tahun ini mengajar kita ...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima dan Moga Aidiladha tahun ini mengajar kita erti keikhlasan dan kesabaran yang sebenar dalam setiap langkah kehidupan.

Ikhlas daripada;
Angkatan Muda KEADILAN Tasek Gelugor

26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Sempena ketibaan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, saya mengambil kesempatan ini
ingin merakamkan setulus ikhlas ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat di Negeri Pulau Pinang.

Aidiladha membawa pengertian yang amat besar dalam kehidupan umat Islam. Ia bukan sekadar perayaan, tetapi medan untuk kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan serta kepatuhan yang tinggi kepada Allah SWT sebagaimana yang telah ditunjukkan melalui kisah agung Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.

Daripada peristiwa tersebut, kita diajar bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keimanan pasti mengandungi hikmah yang besar. Dalam menempuh cabaran kehidupan hari ini, sama ada demi keluarga, masyarakat, negeri mahupun negara, sudah tentu menuntut kesabaran, kecekalan dan kesediaan untuk berkorban demi kebaikan bersama.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Saffat ayat 99 hingga 102 mengingatkan kita tentang besarnya nilai ketaatan dan kesabaran dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Kisah ini sewajarnya menjadi pedoman agar kita terus memperkukuh jiwa dengan sifat tawaduk, reda dan ikhlas dalam setiap amanah yang dipikul.

Aidiladha juga mengajar kita bahawa nilai sesuatu pengorbanan bukan terletak pada besar atau kecilnya pemberian, tetapi pada keikhlasan hati serta ketakwaan yang mendasarinya. Semakin besar pengorbanan yang sanggup dilakukan demi kebaikan dan kemaslahatan bersama, semakin tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

Dalam masa yang sama, ibadah Haji yang dilaksanakan pada musim Aidiladha turut mendidik umat Islam mengenai erti kesederhanaan dan persamaan darjat sesama manusia. Tatkala berjuta-juta umat Islam berhimpun di Tanah Suci tanpa mengira pangkat dan kedudukan, kita diingatkan bahawa kemuliaan sebenar hanyalah terletak pada iman dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Justeru, marilah kita bersama-sama menjadikan semangat Aidiladha sebagai kekuatan untuk mempererat ukhuwah, menyemai sifat ihsan dan memperkukuhkan perpaduan dalam masyarakat demi membina negeri dan negara yang lebih aman, makmur serta diberkati.

Saya juga mendoakan agar seluruh jemaah haji yang berada di Tanah Suci dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan ibadah serta memperoleh haji yang mabrur.

اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، اللّٰهُ أَكۡبَرُ، وَلِلّٰهِ الۡحَمۡدُ

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H
Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas daripada
Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid
Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang



26/05/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Angkatan Muda KEADILAN Cabang Tasek Gelugor bersama Ranting KEADILAN Permatang Berangan C dengan penuh hormat menjemput seluruh masyarakat sekitar untuk hadir memeriahkan *Majlis Qurban Kasih MADANI 2026* yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

📅 27 Mei 2026 (Rabu)
⏰ 9.00 Pagi
📍 Permatang Berangan C
https://maps.app.goo.gl/KxVzZHbDqRhM8ziKA?g_st=ic

Marilah kita bersama-sama menghayati semangat Aidiladha dengan memperkukuhkan ukhuwah, menyantuni sesama insan serta menyebarkan kasih sayang dan keikhlasan melalui ibadah korban.



Address

Tasek Gelugor

Opening Hours

Monday 09:00 - 15:00
Tuesday 09:00 - 15:00
Wednesday 09:00 - 15:00
Thursday 09:00 - 15:00
Friday 09:00 - 15:00

Telephone

+60134220337

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan Tasek Gelugor - AMKTG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share