Kampung Raya, 35000 Tapah, Perak

Kampung Raya, 35000 Tapah, Perak Kampung Raya ialah sebuah kampung yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Mukim Tapah, Daerah Batang Padang, Negeri Perak Darul Ridzuan.

Lokasi : Lebih kurang 2 km dari pusat bandar Tapah. Koordinat : 4.198°N, 101.247°E

4 Mei 2026 – Kampung Raya, Tapah, Perak telah dilanda banjir kilat berikutan paras air sungai yang naik secara mendadak....
04/05/2026

4 Mei 2026 – Kampung Raya, Tapah, Perak telah dilanda banjir kilat berikutan paras air sungai yang naik secara mendadak. Kejadian ini telah menjejaskan rumah Encik Zamri apabila air memasuki kediaman dalam tempoh yang singkat.

Kejadian tersebut mengakibatkan kerosakan pada barangan rumah serta memerlukan usaha segera untuk membersihkan kawasan yang terjejas.

Terima kasih kepada JPAM Tapah dan JKM Tapah atas bantuan awal yang diberikan kepada keluarga mangsa.

Semoga En. Zamri dan keluarga dipermudahkan segala urusan dan tabah menghadapi dugaan.



4 Mei 2026 – Kampung Raya, Tapah, Perak telah dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan yang bermula sejak j...
04/05/2026

4 Mei 2026 – Kampung Raya, Tapah, Perak telah dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan yang bermula sejak jam 3.00 petang. Keadaan ini telah menyebabkan paras air sungai naik dengan cepat sehingga menjejaskan beberapa kawasan kediaman penduduk serta Surau Kampung Raya.

Kejadian tersebut mengakibatkan beberapa buah rumah penduduk dimasuki air, manakala Surau Kampung Raya turut terjejas terutamanya di bahagian bawah surau yang digunakan sebagai stor penyimpanan barang. Paras air yang meningkat dalam tempoh singkat juga telah menjejaskan laluan utama kampung serta serta menyukarkan pergerakan penduduk dan ibu bapa yang perlu mengambil anak-anak mereka pulang dari sekolah yang berada di dalam kawasan kampung.

Sehubungan itu, penduduk amat berharap agar tindakan penyelesaian dapat diambil oleh pihak berwajib bagi menangani isu banjir kilat yang sering berlaku di kampung ini setiap kali hujan lebat.



11/03/2026

🌙 MAJLIS IFTAR RAMADAN KG. RAYA 🌙

Assalamualaikum WBT

Jemaah Kg. Raya yang dikasihi Allah..

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau Kg. Raya akan mengadakan Majlis Iftar Ramadan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh : 14/03/2026
🗓 Hari : Sabtu
🕖 Masa : 7.00 Petang
🚩Tempat : Perkarangan Surau Kg. Raya, 35000 Tapah, Perak

Sehubungan itu, Tuan/Puan sekeluarga adalah dijemput hadir bersama bagi memeriahkan Majlis Iftar Ramadan yang akan diadakan. ✨

🍽 Tuan/Puan juga adalah digalakkan untuk membawa sedikit juadah bagi menambah menu sedia ada.

Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan dapat menambahkan lagi keberkatan majlis ini serta mengeratkan silaturahim antara kita. 🤝

✨ Sepakat Membawa Berkat ✨

1 Mac 2026 – Surau Kampung Raya, Tapah, Perak telah menerima kunjungan YB Dr. Ustaz Yusri Bakir, ADUN Ayer Kuning, yang ...
11/03/2026

1 Mac 2026 – Surau Kampung Raya, Tapah, Perak telah menerima kunjungan YB Dr. Ustaz Yusri Bakir, ADUN Ayer Kuning, yang hadir menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih bersama jemaah pada malam tersebut.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengerusi (JPKK) Kampung Raya bersama Ahli Jawatankuasa Surau Kampung Raya serta penduduk Kampung Raya yang turut hadir menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadan.

Para jemaah kemudiannya menunaikan solat Isyak secara berjemaah diikuti dengan solat sunat Tarawih dalam suasana yang penuh keberkatan. Kehadiran YB Dr. Ustaz Yusri Bakir pada malam tersebut turut mencerminkan sokongan dan keprihatinan beliau terhadap usaha memakmurkan institusi surau sebagai pusat ibadah serta perpaduan masyarakat.

Selepas selesai solat, para jemaah berpeluang beramah mesra bersama beliau sambil menikmati juadah ringan yang disediakan di dalam surau. Kesempatan tersebut turut dimanfaatkan oleh penduduk kampung untuk bertukar pandangan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat.

Pihak Jawatankuasa Surau Kampung Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Dr. Ustaz Yusri Bakir atas kesudian meluangkan masa bersama para jemaah. Diharapkan kunjungan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memperkukuhkan hubungan serta memakmurkan lagi Surau Kampung Raya.




Pihak JPKK Kg. Raya & Jawatankuasa Surau Kg. Raya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan & menjalani ibadah puasa b...
14/02/2026

Pihak JPKK Kg. Raya & Jawatankuasa Surau Kg. Raya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan & menjalani ibadah puasa buat seluruh Warga Kg. Raya di mana jua anda berada.

Sama-sama kita manfaatkan bulan penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah, memperkukuh ukhuwah, dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Semoga Ramadan kali ini dapat membawa rahmat, kedamaian dan keampunan serta menjadi Ramadan yang terbaik buat kita semua. Insha-Allah.

08/02/2026
8 Februari 2026 –Program Gotong-Royong Surau Kampung Raya, Tapah, Perak telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan le...
08/02/2026

8 Februari 2026 –
Program Gotong-Royong Surau Kampung Raya, Tapah, Perak telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan lebih 20 orang penduduk kampung, merangkumi ahli jawatankuasa surau serta penduduk setempat. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan diadakan di perkarangan Surau Kampung Raya.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk kerja-kerja pembersihan di dalam surau dan kawasan sekeliling surau, di samping meratakan batu crusher run bagi menambah baik keadaan persekitaran surau. Usaha ini dilaksanakan bagi memastikan suasana surau sentiasa bersih, selesa, selamat dan terpelihara untuk kegunaan jemaah serta masyarakat setempat.

Program gotong-royong ini bukan sahaja bertujuan menjaga kebersihan dan keceriaan surau, malah turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama, serta menanam rasa tanggungjawab bersama dalam kalangan penduduk Kampung Raya.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan dan kemakmuran penduduk Kampung Raya.

📣Hebahan📣Warga Kampung Raya adalah dijemput untuk menyertai Program Gotong-Royong Surau Kampung Raya pada ketentuan sepe...
05/02/2026

📣Hebahan📣

Warga Kampung Raya adalah dijemput untuk menyertai Program Gotong-Royong Surau Kampung Raya pada ketentuan seperti berikut:

🗓️Tarikh: Ahad, 8 Februari 2026
⏱️Waktu: 8.00 pagi
📍Tempat: Perkarangan Surau Kampung Raya

Moh awak beramai-ramai sertai program ini‼️

إِنَّما يَعمُرُ مَسٰجِدَ اللَّهِ مَن ءآمَنَ بِاللَّهِ وَاليَومِ الآخِرِ

Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian

(Surah At-Taubah: Ayat 18)

31 Disember 2025 – Program Gema Desa Sambutan Tahun Baru di Kampung Raya Program Gema Desa sempena Sambutan Tahun Baru y...
02/01/2026

31 Disember 2025 – Program Gema Desa Sambutan Tahun Baru di Kampung Raya

Program Gema Desa sempena Sambutan Tahun Baru yang julung kali dianjurkan telah berlangsung dengan jayanya bagi mengeratkan silaturahim antara penduduk Kampung Raya.

Program dimulakan dengan solat Isyak berjemaah dan bacaan tahlil sebelum diteruskan dengan pelbagai pengisian. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Dr. Ustaz Yusri Bakir dan YB Choong Shin Heng 鍾燊庆

Antara aktiviti yang diadakan ialah cabutan bertuah, tayangan wayang pacak, pemberian 10 kotak makanan sumbangan Kerajaan Negeri serta pertunjukan bunga api.

Program ini dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Raya dan Ahli Jawatankuasa Surau Kampung Raya. Pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir serta tahniah kepada para penerima cabutan bertuah.


Address

Kampung Raya, Jalan Stesen
Tapah
35000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Raya, 35000 Tapah, Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share