KRT Parcel 18 Proton City

KRT Parcel 18 Proton City "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya." (Riwayat Muslim)

PENGUMUMAN GOTONG-ROYONG PERDANA KRT PARCEL 18 PROTON CITYAssalamualaikum dan salam sejahtera.Semua penduduk KRT Parcel ...
11/08/2026

PENGUMUMAN GOTONG-ROYONG PERDANA KRT PARCEL 18 PROTON CITY

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semua penduduk KRT Parcel 18 Proton City dijemput menyertai program Gotong-Royong Perdana seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Tempat: Taman Permainan Zora

🎯 Fokus utama aktiviti:

βœ… Membasmi tempat pembiakan nyamuk
βœ… Memangkas dahan yang menghalang lalu lintas
βœ… Membuang sampah pukal, daun dan dahan pokok kering

🍽️ Makanan disediakan.
🧹 Penduduk diminta membawa peralatan pembersihan masing-masing.

β€œBersama Kita Bersihkan, Bersama Kita Ceria!”

Jom sertai kami! Kehadiran dan kerjasama semua penduduk amat dialu-alukan. 🀝🌿

Alhamdulillah. Warga PC18 sebulat suara memilih 30 AJK KRT Parcel 18 yang baharu dan memilih Cikgu Zairi sebagai Pengeru...
10/05/2026

Alhamdulillah. Warga PC18 sebulat suara memilih 30 AJK KRT Parcel 18 yang baharu dan memilih Cikgu Zairi sebagai Pengerusi yang baharu untuk sesi 2026-2029. Syabas dan Tahniah!!! Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Pak Din (En Jamaluddin) atas sumbangan yang tak terhingga kepada komuniti kita. Jasamu sentiasa dikenang πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ’πŸ’πŸ’

Senarai penuh AJK akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Tuan/puan warga KRT Parcel 18 Proton City yang dihormati,...
08/04/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan/puan warga KRT Parcel 18 Proton City yang dihormati,

Dengan penuh kesyukuran dan sempena bulan Syawal yang mulia, saya bagi pihak Jawatankuasa KRT Parcel 18 Proton City dengan sukacitanya menjemput seluruh warga Parcel18 untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri & Majlis Kesyukuran serta Doa Selamat KRT Parcel 18 seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 17 April 2026 (Jumaat)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Dewan Mualim, Proton City

Majlis ini diadakan sebagai ruang untuk kita mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kejiranan serta bersama-sama mensyukuri nikmat dan kesejahteraan yang dikurniakan.

Para tetamu juga digalakkan membawa juadah secara potluck.
Bagi tuan/puan yang ingin menyumbang makanan dalam kuantiti yang besar, mohon berhubung dengan AJK Parcel 18 (Ahmad Wiraputra) 0126784415 bagi memastikan meja hidangan mencukupi.

Insya-Allah turut diadakan beberapa pengisian menarik termasuk persembahan buskers, duit raya untuk kanak-kanak dan pertunjukan bunga api.

Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

KRT Parcel 18 Proton City

16/02/2026

Address

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, 35900 TANJUNG MALI
Tanjung Malim
35900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Parcel 18 Proton City posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRT Parcel 18 Proton City:

Shortcuts

Share