PIBG SMK SERI DESA

PIBG SMK SERI DESA PIBG SMK Seri Desa, Tanjong Karang Sesi 2020/21

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Tuan/Puan ibu bapa, dan penjaga dijemput hadir memeriahkan Mesyuarat Agung PIBGSMK S...
11/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tuan/Puan ibu bapa, dan penjaga dijemput hadir memeriahkan Mesyuarat Agung PIBGSMK SERI DESA kali ke50. Kehadiran tuan/puan amat dihargai bagi bersama-sama menyokong aktiviti sekolah.
Menariknya, terdapat pelbagai cabutan bertuah (melebihi 80) menanti ibu bapa yang hadir. Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dan memenangi hadiah menarik!

Terima kasih atas sokongan tuan/puan.

Makluman Jualan Buku di koperasi sekolah & pendaftaran murid baharu sesi 2026
04/01/2026

Makluman Jualan Buku di koperasi sekolah & pendaftaran murid baharu sesi 2026

16/10/2025

BUKAN BUDAYA, IA ADALAH JENAYAH. HENTIKAN BULI

Info dari pasukan kor kadet polis SMK SERI DESA

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🌸Pertandingan ini akan disertai oleh sekolah dibawah kelab Pelaburan bijak PNB@koper...
25/08/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera

🌸Pertandingan ini akan disertai oleh sekolah dibawah kelab Pelaburan bijak PNB@koperasi sekolah ..Semua boleh beri sokongan pada sekolah dengan memasukkan kod rujukan SMK SERI DESA iaitu KPB255 untuk sebarang transaksi pelaburan di ASNB..Transaksi ini membantu sekolah sebagai penyumbang utama markah pertandingan ini sebanyak 50%..Transaksi boleh dijalankan bermula hari ini hingga tarikh akhir pertandingan sehingga 31 Disember 2025

🌸Terima kasih atas sokongan anda.
memacu Aspirasi Kecemerlangan KPBPNB
generasi labur: cemerlang dalam pembelajaran, mantap urus kewangan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi cikgu Iman Hassan sebagai Penyelaras kelab PNB

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dalam Acara Pakaian Merdeka. Kreativiti, s...
23/08/2025

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dalam Acara Pakaian Merdeka. Kreativiti, semangat patriotisme, serta keberanian anda menyerlahkan busana penuh warna-warni amat membanggakan pihak sekolah.

Penglibatan anda bukan sahaja mencerminkan bakat dan daya cipta, malah melambangkan kecintaan yang mendalam terhadap negara tercinta, Malaysia. Semoga semangat kemerdekaan ini terus subur dalam diri kita semua dan menjadi inspirasi untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.

“Malaysia Madani, Jiwa Merdeka”

Salam dan selamat sejahteraSetinggi-tinggi terima kasih atas kerjasama semua pentadbir, guru, AJK PIBG, AKP,  pekerja pe...
23/08/2025

Salam dan selamat sejahtera
Setinggi-tinggi terima kasih atas kerjasama semua pentadbir, guru, AJK PIBG, AKP, pekerja pembersihan, kantin dan ahli keluarga yang hadir dan bersama-sama menjayakan gotong-royong sekolah kita. Semoga komitmen dan hubungan baik antara kita berkekalan dan berpanjangan demi kelestarian sekolah kita bersama.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpa...
21/08/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Karnival Koperasi Sekolah pada tahun ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Bagi pihak warga sekolah, khususnya Jawatankuasa Koperasi, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Ucapan terima kasih ini ditujukan khas kepada:

Pihak pentadbir sekolah yang sentiasa memberikan sokongan padu,

Guru-guru dan kakitangan sekolah yang bertungkus-lumus melaksanakan persiapan,

Para pelajar yang menunjukkan semangat kerjasama dan penyertaan yang tinggi,

Ibu bapa serta komuniti setempat yang hadir memberikan sokongan,

Dan tidak dilupakan kepada para penaja serta rakan strategik yang menyumbang dalam pelbagai bentuk.

Sesungguhnya kejayaan penganjuran karnival ini adalah hasil usaha bersama. Diharapkan program ini bukan sahaja dapat memupuk semangat keusahawanan dan kerjasama, malah menjadi wadah untuk memperkukuh ukhuwah antara warga sekolah dengan masyarakat.

Pihak sekolah dengan sukacitanya menjemput seluruh warga sekolah, ibu bapa, dan masyarakat setempat untuk hadir memeriah...
01/08/2025

Pihak sekolah dengan sukacitanya menjemput seluruh warga sekolah, ibu bapa, dan masyarakat setempat untuk hadir memeriahkan Karnival Hari Koperasi Sekolah yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 9 Ogos 2025
🕘 Masa: 8 pagi - 3.30 ptg
📍 Tempat: SMK SERI DESA

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti jualan makanan dan barangan, pertandingan, cabutan bertuah dan banyak lagi! Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan karnival dan menyokong koperasi sekolah kita!

🎉 Jom ramai-ramai ke Karnival Hari Koperasi Sekolah! 🎉
Pelbagai aktiviti menarik, gerai jualan, pertandingan, cabutan bertuah dan banyak lagi menanti anda!

Datang bawa keluarga dan rakan-rakan – pasti meriah dan penuh warna-warni! Sokong koperasi sekolah sambil berseronok! 🛍️🎁🎊

Address

SMK SERI DESA
Tanjong Karang
45500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SMK SERI DESA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share