Pintar Tanah Merah

Pintar Tanah Merah PERSATUAN PELAJAR IPT TANAH MERAH

Kami kembali! 🔥Tahun ini lagi padu — lebih 30 agensi😱 kami bawakan khas untuk anda!Persatuan Pelajar IPT Tanah Merah (PI...
20/04/2026

Kami kembali! 🔥

Tahun ini lagi padu — lebih 30 agensi😱 kami bawakan khas untuk anda!

Persatuan Pelajar IPT Tanah Merah (PINTAR) dengan kerjasama KeDESA serta PPD Tanah Merah membawakan

Program KeDESA Pakat Sambung Ngaji & Majlis Kecemerlangan SPM 2025

📅 25 April 2026
⏰ 8:00 pagi – 2:00 petang
📍 Dataran Mahsari, Tanah Merah

Kami himpunkan universiti-universiti terkemuka di Malaysia seperti USM, UPM,UPSI dan banyak lagi!!!

Bukan itu sahaja, jika adik-adik berminat dalam bidang kemahiran, kami turut bawakan pelbagai agensi berkaitan TVET.

Agensi bantuan kewangan pun kami bawa untuk memudahkan adik-adik dan ibu bapa merancang masa depan dengan lebih jelas 💼

Tak pasti nak sambung mana?
Datang sini, semua jawapan ada.

Dan khas untuk pelajar SPM 2025,
Anugerah Kecemerlangan menanti pelajar Tanah Merah yang memperoleh sekurang-kurangnya 1A 💯

Jangan lepaskan peluang.
Jumpa anda 25 April nanti. 🚀

Sila sertai Channel Whatapps untuk "Update" terkini :

https://whatsapp.com/channel/0029Vb7xPGaLdQeiSr3qWF2i

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.PINTAR sedang menjalankan satu tinjauan bagi mengenal pasti jumlah pelajar SPM dari ...
09/04/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PINTAR sedang menjalankan satu tinjauan bagi mengenal pasti jumlah pelajar SPM dari Parlimen Tanah Merah yang memperoleh sekurang-kurangnya 1A dalam peperiksaan SPM 2025.

Tinjauan ini dijalankan bagi tujuan pengumpulan data untuk perancangan Majlis Sumbangan Kecemerlangan SPM 2025 Peringkat Parlimen Tanah Merah Tahun 2026.

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua pelajar yang terlibat untuk mengisi Google Form melalui pautan yang disediakan.

Tarikh tutup tinjauan adalah pada Ahad, 12 April sebelum jam 5.00 petang.

Kerjasama dan perhatian anda amat dihargai. Terima kasih

Link Tinjauan
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSerKk4cZdvU0MicvM6OshWNlCE-QuOooGyk0QKAhb78CUkL2g/viewform?usp=header

Link WhatsApp
https://chat.whatsapp.com/JFob2llIPjs1TqmiHVtMCQ?mode=gi_t

Link Channel
https://whatsapp.com/channel/0029Vb7xPGaLdQeiSr3qWF2i

Alhamdulillah, berita gembira buat semua ahli Persatuan Pelajar IPT Tanah Merah (PINTAR)! Pada tahun ini, Majlis Agihan ...
08/03/2026

Alhamdulillah, berita gembira buat semua ahli Persatuan Pelajar IPT Tanah Merah (PINTAR)!

Pada tahun ini, Majlis Agihan Zakat PINTAR akan diadakan sekali lagi bagi membantu mahasiswa dan mahasiswi PINTAR Parlimen Tanah Merah. Semua ahli dijemput hadir untuk menerima sumbangan zakat Aidilfitri yang ditaja oleh YBhg. Datuk Wan Rakemi Wan Zahari, Penaung PINTAR & Pengerusi Yayasan MAHSARI GROUP.

Selain itu, ahli PINTAR juga akan menerima sumbangan baju raya untuk mahasiswa dan kain telekung solat untuk mahasiswi bagi membantu persiapan menyambut Aidilfitri.

Bukan itu sahaja, Kad PINTAR juga akan diagihkan kepada ahli. Kad ini membolehkan mahasiswa menikmati pelbagai diskaun di kedai-kedai rakan kolaborasi PINTAR.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, agihan powerbank kepada 1000 ahli terawal yang mendaftar pada tahun 2025 juga akan dilaksanakan dalam program ini.

Maklumat program:

📅 Hari: Sabtu, 14 Mac 2026
🕘 Masa: 9:00 pagi hingga selesai
📍 Lokasi: Command Center Batu 9

📌 Tarikh tutup permohonan:
Khamis, 12 Mac 2026, jam 5:00 petang

Syarat kelayakan:

•⁠ ⁠Mahasiswa / mahasiswi yang masih aktif dalam pengajian di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Universiti Awam, Universiti Swasta, Politeknik, IPG, Kolej Komuniti atau Institusi Kemahiran.

•⁠ ⁠Berasal dari Parlimen Tanah Merah atau menetap di Parlimen Tanah Merah (Pengundi Parlimen Tanah Merah)

•⁠ ⁠Berdaftar sebagai ahli Persatuan Pelajar IPT Tanah Merah (PINTAR).

•⁠ ⁠Mengisi borang permohonan yang disediakan dengan lengkap dan tepat.

•⁠ ⁠Keutamaan diberikan kepada mahasiswa / mahasiswi daripada keluarga berpendapatan rendah atau yang memerlukan.

Perhatian:
⚠️ Permohonan akan melalui proses saringan, dan hanya yang layak akan menerima sumbangan. Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

📝 Daftar permohonan di sini:
https://forms.gle/RijYAnq5cT7u1r7T9

📢 Semua pemohon dan penerima sumbangan WAJIB menyertai Channel WhatsApp PINTAR untuk hebahan nama penerima dan aturcara majlis:
https://whatsapp.com/channel/0029Vb7xPGaLdQeiSr3qWF2i

👥 Belum berdaftar sebagai ahli PINTAR? Daftar di sini:
https://forms.gle/7UPyCUNCdmJUfXwm9

ENOUGH IS ENOUGHKita memilih toleransi atas dasar hikmah dan kematangan, bukan untuk merelakan maruah agama dipijak dan ...
01/03/2026

ENOUGH IS ENOUGH

Kita memilih toleransi atas dasar hikmah dan kematangan, bukan untuk merelakan maruah agama dipijak dan diperlekehkan.

Persatuan Pelajar IPT Tanah Merah (PINTAR) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang mahasiswa yang menista agama dengan memijak al-Quran. Perbuatan ini mencerminkan ketidakdewasaan intelektual serta kegagalan memahami sensitiviti dan keharmonian masyarakat, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia.

Tindakan provokatif sebegini tidak boleh dinormalisasikan. Kami menuntut tindakan tegas selaras dengan undang-undang sedia ada. Permohonan maaf sahaja tidak memadai, hukuman wajar dikenakan sebagai pengajaran dan pencegahan.

Undang-undang bukan untuk membalas dendam, tetapi untuk mendidik dan memelihara ketenteraman.

Mahasiswa harus menjadi agen perpaduan, bukan pencetus polarisasi dan meretakkan keharmonian.

Tahniah & SyabasSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Nik Muhammad Haris Adli Nik Zulkifli atas pelantikan sebagai Di...
28/02/2026

Tahniah & Syabas

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Nik Muhammad Haris Adli Nik Zulkifli atas pelantikan sebagai Director of Malaysia Affairs in Diplobate International.

Semoga amanah yang digalas ini dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan semangat kepimpinan yang tinggi. Terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi buat anak muda Tanah Merah khususnya.

Ikhlas daripada
Persatuan Pelajar IPT Tanah Merah (PINTAR)

Ikuti kami di :

Channel Whatapps
https://whatsapp.com/channel/0029Vb7xPGaLdQeiSr3qWF2i

Tiktok
https://vt.tiktok.com/ZSmshvo1F/

Facebook
https://www.facebook.com/share/1AphubUwnw/?mibextid=wwXIfr

Instagram
https://www.instagram.com/p/DVPnME9CRQW/?igsh=MWNzazkzazVwdW04Yw==

Daftar Ahli PINTAR
https://forms.gle/7UPyCUNCdmJUfXwm9

Neboh Santai Mahasiswa PINTAR 🏸Jom isi masa lapang dengan aktiviti sukan santai sambil mengeratkan ukhuwah sesama mahasi...
27/02/2026

Neboh Santai Mahasiswa PINTAR 🏸

Jom isi masa lapang dengan aktiviti sukan santai sambil mengeratkan ukhuwah sesama mahasiswa sekitar Tanah Merah!

Bukan sekadar berpeluh, tapi peluang untuk bina jaringan, kenal kawan baru dan lepaskan stres bersama.

🗓 1 Mac 2026
⏰ 10.00 – 12.00 malam
📍 Dewan Badminton A3

Pakai pakaian sukan yang sesuai dan bawa raket masing-masing.
Jumpa kat court! 💪🔥

Pautan Pendaftaran:
https://forms.gle/NjKBdv3QF8K2pCyu6

Ikuti kami di :

Channel Whatapps
https://whatsapp.com/channel/0029Vb7xPGaLdQeiSr3qWF2i

Tiktok
https://vt.tiktok.com/ZSmshvo1F/

Facebook
https://www.facebook.com/share/1AphubUwnw/?mibextid=wwXIfr

Instagram
https://www.instagram.com/p/DVPnME9CRQW/?igsh=MWNzazkzazVwdW04Yw==

PENDAFTARAN KEAHLIAN PINTAR 2026 KINI DIBUKA!Ayuh sertai PINTAR dan jadilah sebahagian daripada komuniti mahasiswa serta...
27/02/2026

PENDAFTARAN KEAHLIAN PINTAR 2026 KINI DIBUKA!

Ayuh sertai PINTAR dan jadilah sebahagian daripada komuniti mahasiswa serta anak muda Tanah Merah yang progresif dan berdaya saing.

Keahlian PINTAR membuka peluang kepada anda untuk menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan pendidikan, zakat tahunan, sumbangan laptop, program kecemerlangan akademik, aktiviti sukan berkala, lawatan ilmiah serta pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan diri.

PINTAR bukan sekadar persatuan, tetapi platform untuk membina jaringan, meningkatkan potensi diri dan memperkasa masa depan anak muda Tanah Merah.

📌 Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar sekarang.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfDmgmCISVTAHXGQO3BzQGvhKcBhXYtIVgcGmA0f4uQ4A8EGg/viewform?usp=header

Bersama PINTAR, Kita Cipta Kecemerlangan.

Follow kami di

CHANNELS WHATAPPS
https://whatsapp.com/channel/0029Vb7xPGaLdQeiSr3qWF2i

TIKTOK
https://vt.tiktok.com/ZSmshvo1F/

FACEBOOK
https://www.facebook.com/share/1AphubUwnw/?mibextid=wwXIfr

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/p/DVPnME9CRQW/?igsh=MWNzazkzazVwdW04Yw==

18/02/2026

Walaupun sibuk dengan pelbagai program dan komitmen, beliau tetap meluangkan masa untuk menyantuni keluarga mahasiswa yang memerlukan.

Keprihatinan YBhg. Datuk Wan Rakemi jelas terpancar apabila beliau turut menyampaikan sedikit sumbangan sebagai usaha meringankan beban yang sedang dihadapi oleh keluarga mahasiswa tersebut.

Semoga mahasiswa tersebut terus cekal dan cemerlang dalam pengajian, serta menjadikan setiap cabaran sebagai pemangkin kejayaan. Mudah-mudahan segala usaha ini diberkati dan membuahkan hasil yang membanggakan.

Tahniah & SyabasSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhd Luqman Nurhakim Zulikhsiyam atas pelantikan sebagai Setiau...
17/02/2026

Tahniah & Syabas

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhd Luqman Nurhakim Zulikhsiyam atas pelantikan sebagai Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Sesi 2026.

Semoga amanah yang digalas ini dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan semangat kepimpinan yang tinggi demi kebajikan serta suara mahasiswa di peringkat kebangsaan.

Terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi buat anak muda Tanah Merah khususnya.

Ikhlas daripada
Persatuan Pelajar IPT Tanah Merah (PINTAR)

Dengan penuh rasa bangga dan sukacita, Persatuan Pelajar IPT Tanah Merah (PINTAR) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kep...
15/02/2026

Dengan penuh rasa bangga dan sukacita, Persatuan Pelajar IPT Tanah Merah (PINTAR) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudari Nur Fatin Audryna Binti Azhar atas kejayaan cemerlang dianugerahi Tokoh Siswa UiTM Kelantan bagi Kategori Ikon Kepimpinan Mahasiswa (Sukarelawan) di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan.

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap komitmen, dedikasi serta semangat kepimpinan yang tinggi dalam memperjuangkan nilai kesukarelawanan dan kebajikan mahasiswa.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh mahasiswa, khususnya anak-anak Tanah Merah, untuk terus cemerlang dalam akademik, kepimpinan dan khidmat masyarakat.

Syabas dan tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Address

PT64-1 KOMPLEKS HUMAIRA, Jalan HUMAIRA 1
Tanah Merah
17500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pintar Tanah Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share