NADI RAKR Kusial Bharu

NADI RAKR Kusial Bharu Pusat Sebaran maklumat Nasional - NADI di Kusial Bharu , menyediakan perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan khasnya untuk warga Kusial Bharu dan sekitar.

Kami menyediakan perkhidmatan courier/ pos barang (SKYNET)/ perkhidmatan mencetak dan fotokopi

30/08/2026

PROGRAM SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 🇲🇾

Alhamdulillah, Program Senam Sihat Madani Merdeka 2026 telah berlangsung dengan meriah di NADI Kusial Baru🎉

📅 29 Ogos 2026 | Sabtu
⏰ 8.00 – 10.00 pagi
📍 NADI Kusial Baru

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan:

💪 Senam Sihat MADANI
🎁 Cabutan Bertuah

Terima kasih kepada semua peserta, komuniti dan pihak yang terlibat atas sokongan serta kehadiran dalam menjayakan program ini. ❤️

Kami juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan sepanjang program berlangsung. Segala teguran dan cadangan amat kami hargai untuk penambahbaikan pada masa akan datang. 🙏

Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan silaturahim serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti. 🇲🇾

🏃‍♀️ PROGRAM SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 🇲🇾Alhamdulillah, Program Senam Sihat Madani Merdeka 2026 telah berlangsung ...
30/08/2026

🏃‍♀️ PROGRAM SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 🇲🇾

Alhamdulillah, Program Senam Sihat Madani Merdeka 2026 telah berlangsung dengan meriah di NADI Kusial Baru🎉

📅 29 Ogos 2026 | Sabtu
⏰ 8.00 – 10.00 pagi
📍 NADI Kusial Baru

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan:

💪 Senam Sihat MADANI
🎁 Cabutan Bertuah

Terima kasih kepada semua peserta, komuniti dan pihak yang terlibat atas sokongan serta kehadiran dalam menjayakan program ini. ❤️

Kami juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan sepanjang program berlangsung. Segala teguran dan cadangan amat kami hargai untuk penambahbaikan pada masa akan datang. 🙏

Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan silaturahim serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti. 🇲🇾

Jom Cipta Sejarah Bersama Kami☺️☺️🔥🔥🔥Jangan Lupa Janji Temu Kita Ya pAda 29/8/2026 nanti🔥🔥🔥
23/08/2026

Jom Cipta Sejarah Bersama Kami☺️☺️🔥🔥🔥
Jangan Lupa Janji Temu Kita Ya pAda 29/8/2026 nanti🔥🔥🔥

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADIInisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinam...
10/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




Maaf ye.. Sebagai guru saya wajib perbetulkan fitnah yang tular terhadap Menteri Pendidikan berkenaan isu jualan ansuran...
10/08/2026

Maaf ye.. Sebagai guru saya wajib perbetulkan fitnah yang tular terhadap Menteri Pendidikan berkenaan isu jualan ansuran seragam sekolah.

Kadang-kadang kita perlu berhenti sekejap sebelum berkongsi sesuatu di media sosial.

Bukan semua yang viral itu benar.
Bukan semua yang ditulis dengan huruf besar itu fakta.
Dan bukan semua yang dibungkus dengan kemarahan itu bermaksud kita sedang memperjuangkan rakyat.

Baru-baru ini timbul dakwaan kononnya kerajaan melalui NADI mahu menjual baju sekolah kepada pelajar sehingga menyusahkan ibu bapa.

Ada satu posting di sosmed berbunyi begini

"Saya tak faham.

Adakah ini dipanggil Inisiatif membantu rakyat?

Saya berpandangan kerajaan sepatutnya gunakan data yang ada untuk salurkan bantuan khusus kepada mereka yang amat memerlukan.

Kerajaan kata nak ringankan beban ibu bapa, tetapi kalau penyelesaiannya ialah ansuran, bukankah itu bermaksud ibu bapa masih perlu membayar dan menambah hutang?

Dengan kata lain beban ditangguhkan, bukan dikurangkan."

Saya yang membaca posting 👆 rasa pelik... Tak kan lah KPM jual baju seragam...

Kemudian saya cuba semak info sebetulnya.

Rupa-rupanya ceritanya tidaklah seperti yang digambarkan.
Cerita sebenar ialah ini inisiatif yang diperkenalkan melalui NADI Mahir sebenarnya melibatkan latihan dan pengupayaan komuniti dalam bidang jahitan. Komuniti diberi kemahiran untuk menghasilkan pakaian, termasuk pakaian seragam sekolah.

Kemudian pakaian tersebut ditawarkan kepada ibu bapa dengan kemudahan bayaran secara ansuran.

Bayangkan lah kalau Giatmara atau Jabatan Penjara jahit baju sekolah dan jual pada orang awam dengan hasrat membantu pelatih atau banduan... Takkan jadi isu juga?

Lagi satu…di mana menyusahkannya?

Kalau ada ibu bapa yang memilih untuk membeli maka itu pilihan mereka bukan paksaan pun.

Kalau ada yang mahu membeli secara ansuran maka disediakan kemudahan.
Amboi bab baju sekolah bayar ansuran korang bising marah dan fitnah YB Menteri.. Tapi tak sedar diri yang diri sendiri pakai Buy First Pay Later tu tak pulak bising.

Apa yang NADI buat tu baguslah dalam masa yang sama, komuniti tempatan mendapat peluang untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang mereka pelajari. Ibu bapa dibantu. Komuniti diperkasa. Usahawan kecil diberi peluang.

Tetapi malangnya, apabila sesuatu inisiatif kerajaan tidak dibaca dengan lengkap, ia boleh diputar menjadi cerita yang sangat berbeza.

Sebab itu saya selalu pesan kepada pembaca saya... Tolonglah
Jangan biarkan emosi mendahului ilmu. Semak dulu faktanya.

Kalau kita tidak s**a kerajaan sekalipun, kita tetap mempunyai tanggungjawab untuk berlaku adil kepada fakta.

Kita boleh mengkritik kerajaan.
Kita boleh mempertikaikan dasar.
Kita boleh bertanya tentang harga.
Kita boleh bertanya tentang mekanisme pelaksanaan.

Tetapi kritikan mesti berdiri atas fakta, bukan fitnah. Janganlah satu inisiatif yang bertujuan membantu rakyat akhirnya dipersembahkan seolah-olah kerajaan sedang mencari jalan untuk membebankan rakyat.

Kalau benar ada kelemahan, tegurlah.
Kalau ada ruang penambahbaikan, cadangkanlah.

Tetapi kalau sesuatu itu sebenarnya bertujuan meringankan beban ibu bapa dan pada masa yang sama membuka peluang ekonomi kepada komuniti, jangan kita ubah cerita hanya kerana mahu mencari bahan untuk menghentam kerajaan.

Politik boleh berbeza.
Pandangan boleh berbeza.
Tetapi kebenaran tidak sepatutnya berbeza mengikut parti yang kita sokong.

Kita mahu rakyat yang bijak.
Kita mahu masyarakat yang kritis.
Tetapi lebih daripada itu, kita mahu masyarakat yang tabayyun sebelum menghukum.

Sebelum tekan Share, semak dahulu.
Sebelum percaya, baca dahulu.
Sebelum menuduh, pastikan dahulu.

Kerana dalam zaman media sosial, satu fitnah boleh tersebar lebih pantas daripada seribu penjelasan.

Cikgu Emmet Menulis

MAHA 2026 MENANTI KEHADIRAN ANDA!Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, ...
09/08/2026

MAHA 2026 MENANTI KEHADIRAN ANDA!
Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, inovasi dan teknologi terkini. MAHA 2026 memberi peluang kepada anda untuk melihat transformasi industri pertanian dalam memastikan kestabilan serta keterjaminan bekalan makanan yang lebih kompetitif dan lestari.
Menerusi pameran ini, segala aspek berkaitan mekanisasi pintar, dunia hortikultur, industri perikanan, penternakan, sehingga ke keunikan agropelancongan dan kepelbagaian produk tempatan digabungkan bagi menjanjikan kepuasan pengembaraan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.
📅 28 Ogos – 6 September 2026
🕙10.00 pagi – 10.00 malam
📍MAEPS Serdang, Selangor
Mari sertai kami bersama yang tersayang untuk meneroka pelbagai penemuan baharu, memperkaya pengetahuan dan menyelami kepentingan sektor agromakanan yang menjadi nadi kehidupan kita semua.
Lebih daripada sekadar acara dwi-tahunan, MAHA 2026 merupakan wadah utama yang mengeratkan hubungan komuniti dengan landskap pertanian masa hadapan menerusi Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan.
"MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi"
Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)




See less

Selamat maju jaya diucapkan kepada Pas**an NADI Tiny Techies Malaysia yang telah berlepas ke Seoul, Republik Korea pada ...
09/08/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada Pas**an NADI Tiny Techies Malaysia yang telah berlepas ke Seoul, Republik Korea pada 6 Ogos 2026 bagi mewakili Malaysia dalam International Programming Robot Challenge (IPRC) 2026.
Seramai 7 peserta NADI akan membawa nama negara ke pentas antarabangsa dalam pertandingan robotik dan pengaturcaraan yang menghimpunkan bakat muda dari Korea Selatan, China, Jepun, Vietnam, Filipina, Ukraine dan Malaysia.
IPRC 2026 yang dianjurkan oleh ROBOROBO akan berlangsung di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, dengan pertandingan dijadualkan pada 9 Ogos 2026. Dalam edisi kali ini, pas**an NADI akan bersaing dalam kategori Robot Algorithm (Younger Division) bertemakan “Energy Solution”.
Sepanjang program yang berlangsung, kontinjen Malaysia bukan sahaja berpeluang menguji kemahiran dalam bidang robotik dan pengaturcaraan, malah memperoleh pengalaman berharga, membina jaringan antarabangsa serta memperluaskan pendedahan kepada perkembangan teknologi di peringkat global.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADI MCMC dalam memperkasa bakat digital generasi muda serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bersaing di pentas dunia.
NADI MCMC mendoakan agar seluruh kontinjen diberikan kelancaran sepanjang berada di Seoul, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Malaysia. Semoga pulang membawa pengalaman yang membanggakan 🇲🇾




See less

Selamat maju jaya diucapkan kepada Pas**an NADI Tiny Techies Malaysia yang telah berlepas ke Seoul, Republik Korea pada 6 Ogos 2026 bagi mewakili Malaysia dalam International Programming Robot Challenge (IPRC) 2026.

Seramai 7 peserta NADI akan membawa nama negara ke pentas antarabangsa dalam pertandingan robotik dan pengaturcaraan yang menghimpunkan bakat muda dari Korea Selatan, China, Jepun, Vietnam, Filipina, Ukraine dan Malaysia.

IPRC 2026 yang dianjurkan oleh ROBOROBO akan berlangsung di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, dengan pertandingan dijadualkan pada 9 Ogos 2026. Dalam edisi kali ini, pas**an NADI akan bersaing dalam kategori Robot Algorithm (Younger Division) bertemakan “Energy Solution”.

Sepanjang program yang berlangsung, kontinjen Malaysia bukan sahaja berpeluang menguji kemahiran dalam bidang robotik dan pengaturcaraan, malah memperoleh pengalaman berharga, membina jaringan antarabangsa serta memperluaskan pendedahan kepada perkembangan teknologi di peringkat global.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADI MCMC dalam memperkasa bakat digital generasi muda serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bersaing di pentas dunia.

NADI MCMC mendoakan agar seluruh kontinjen diberikan kelancaran sepanjang berada di Seoul, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Malaysia. Semoga pulang membawa pengalaman yang membanggakan 🇲🇾





Fake BTS merupakan peralatan komunikasi tidak standard yang meniru rangkaian mudah alih bagi membolehkan SMS dihantar te...
09/08/2026

Fake BTS merupakan peralatan komunikasi tidak standard yang meniru rangkaian mudah alih bagi membolehkan SMS dihantar terus ke telefon pengguna tanpa melalui rangkaian rasmi penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Kaedah ini sering disalahgunakan oleh sindiket untuk menghantar SMS palsu yang mengandungi pautan penipuan.
Lindungi diri anda daripada menjadi mangsa:
•⁠ ⁠Jangan kongsi maklumat peribadi melalui SMS.
•⁠ ⁠Jangan klik pautan daripada sumber yang tidak dikenali.
•⁠ ⁠Semak kesahihan maklumat melalui saluran rasmi penyedia perkhidmatan.
•⁠ ⁠Laporkan SMS yang mencurigakan kepada pihak berkuasa.
Bersama kita kekalkan ruang digital yang lebih selamat dan lindungi diri daripada ancaman penipuan dalam talian.
🔗 Salurkan aduan di:
🌐 aduan.mcmc.gov.my
📧 [email protected]
See less

📢 PENDAFTARAN NADI x CYBERSECURITY CTF 2026 KINI DIBUKA!Jom sertai NADI x Cybersecurity Capture The Flag (CTF) 2026 dan ...
01/08/2026

📢 PENDAFTARAN NADI x CYBERSECURITY CTF 2026 KINI DIBUKA!

Jom sertai NADI x Cybersecurity Capture The Flag (CTF) 2026 dan uji kemahiran anda dalam dunia keselamatan siber! 💻🔐

Cara pendaftaran:
1️⃣ Kunjungi Pusat NADI berhampiran.
2️⃣ Daftar sebagai Ahli NADI (jika belum) & cipta akaun Cybersecurity LMS.
3️⃣ Log masuk ke LMS, enrol ke Program CTF 2026 dan lengkapkan borang pendaftaran.
4️⃣ Peserta yang berjaya melepasi tapisan akan menerima e-mel pengesahan berserta pautan WhatsApp rasmi program.

⏰ Tarikh tutup pendaftaran: 10 Ogos 2026

📩 Sebarang pertanyaan:
[email protected]

🚀 Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang dan buktikan kebolehan anda dalam dunia keselamatan siber.

MCMC telah mengeluarkan Penentuan Suruhanjaya mengenai Standard Mandatori bagi Pendaftaran Pengguna Akhir Perkhidmatan S...
01/08/2026

MCMC telah mengeluarkan Penentuan Suruhanjaya mengenai Standard Mandatori bagi Pendaftaran Pengguna Akhir Perkhidmatan Selular Awam Prabayar (Penentuan No. 1 Tahun 2026) pada 26 Februari 2026 untuk menjadikan pendaftaran kad SIM prabayar lebih selamat dan terjamin, serta memberikan perlindungan yang lebih baik kepada pengguna.

Individu yang mendaftar kad SIM prabayar perlu melengkapkan empat (4) langkah mudah seperti berikut:

1. Pemilihan Kaedah Pendaftaran – Pilih kaedah pendaftaran yang anda inginkan.
2. Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri – Kemukakan Dokumen Pengenalan diri yang sah.
3. Pengesahan Identiti – Identiti anda akan disahkan mengikut proses yang ditetapkan.
4. Pengesahan Pendaftaran – Anda akan menerima pengesahan setelah pendaftaran berjaya diselesaikan.�

Address

Tanah Merah
17500

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI RAKR Kusial Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to NADI RAKR Kusial Bharu:

Shortcuts

Share