MIYC Tampin

Contact the organization

MIYC Tampin Malaysian Indian Youth Council (MIYC TAMPIN)
�Tampin, Negeri Sembilan
Step up • Stand out • Serve

10/09/2026
31/08/2026
Trissha a/p Varatharaju, selaku Ketua Cawangan Tampin, atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Perundingan Belia Negara (MPB...
19/08/2026

Trissha a/p Varatharaju, selaku Ketua Cawangan Tampin, atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Tampin Tahun 2026. Majlis telah diadakan pada 12 Ogos 2026 (Rabu), jam 2.00 petang hingga 5.00 petang, bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Tampin. Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat terus memperkukuhkan peranan beliau dalam membawa suara serta aspirasi belia, khususnya di Daerah Tampin. 🇲🇾✨

STEP UP • STAND OUT • SERVE

*BENGKEL PEMIMPIN BAHARU ARPRM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026*📅 24 – 26 Julai 2026📍 Pusat Latihan LKIM Camar LautBengkel...
07/08/2026

*BENGKEL PEMIMPIN BAHARU ARPRM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026*

📅 24 – 26 Julai 2026
📍 Pusat Latihan LKIM Camar Laut

Bengkel Pemimpin Baharu Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Sembilan telah berjaya dilaksanakan pada 24 hingga 26 Julai 2026 di Pusat Latihan LKIM Camar Laut.

Bengkel ini bertujuan memperkukuh pengetahuan, kemahiran kepimpinan, jati diri serta semangat kesukarelawanan dalam kalangan pemimpin baharu ARPRM.

MIYC Negeri Sembilan telah menghantar 4 orang wakil untuk menghadiri program ini. Penyertaan ini memberikan peluang kepada para peserta untuk menimba ilmu, mengukuhkan kemahiran kepimpinan, membina jaringan kerjasama, serta memperkasakan peranan belia dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk memperkukuh kepimpinan belia serta terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat di Negeri Sembilan.

"Pemimpin Berintegriti, Belia Berkualiti, Masyarakat Sejahtera."

STEP UP • STAND OUT • SERVE


Saudara Suria Rajan dan Saudara Rishidran telah hadir sebagai penceramah sempena Minggu Suaikenal Sesi 2/2026 di ADTEC J...
06/08/2026

Saudara Suria Rajan dan Saudara Rishidran telah hadir sebagai penceramah sempena Minggu Suaikenal Sesi 2/2026 di ADTEC JTM Kampus Pedas.

Mereka telah menyampaikan ceramah bertajuk "Ikon Anak Muda, Kepimpinan Generasi Madani", dengan berkongsi ilmu, pengalaman dan inspirasi kepada para pelajar baharu. Semoga perkongsian ini memberi manfaat serta menyuntik semangat kepimpinan dalam kalangan generasi muda.

STEP UP • STAND OUT • SERVE

Address

Tampin

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MIYC Tampin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MIYC Tampin:

Shortcuts

Share