Wanita IKRAM Johor

Wanita IKRAM Johor http://wanitajohor.ikram.org.my/ Alamat:
Kompleks IKRAM Johor
10-11, Jln Pendidikan 3, Taman Universiti, Skudai, Johor

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته MAJLIS ILMU WANITAKUPASAN KITAB RIADHUS SOLIHIN🧕PENCERAMAH:Ustazah Shahidah binti Sheikh...
05/06/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

MAJLIS ILMU WANITA
KUPASAN KITAB RIADHUS SOLIHIN

🧕PENCERAMAH:
Ustazah Shahidah binti Sheikh Ahmad
📍Penceramah Bertauliah MAIJ

📖TAJUK : BAB 28
Menutup aib orang muslim kecuali dalam keadaan darurat

📝HADIS: 241
Larangan membuka aib sendiri (Mujaharah), menghalang keampunan Allah.

🗓️ TARIKH :
5 Jun 2026/ 19 Zulhijjah 1447H (Jumaat)

🕰️ MASA :
5:00 - 6:00 ptg

🪩 TEMPAT :
Secara dalam talian

📲 LINK : https://meet.google.com/vaq-hmzg-urz

ANJURAN :
Helwa Surau Asy Syakirin,
Taman Universiti.

Jom hadir & sebarluaskan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته🌷🌷MAJLIS ILMU : TADABBUR AL-QURAN 🌷🌷Surah : An - Nuur (Sambungan Ayat 31) - Siri 13Tajuk ...
31/05/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

🌷🌷MAJLIS ILMU : TADABBUR AL-QURAN 🌷🌷

Surah : An - Nuur (Sambungan Ayat 31) - Siri 13

Tajuk :
Larangan bersolek dan melihat lelaki ajnabi

Tarikh : 31 Mei 2026 (Ahad)/ 14 Zulhijjah 1447H

Masa : 5.00 - 6.00 petang

Tempat : Google Meet
(https://meet.google.com/vaq-hmzg-urz)

Penceramah :
Ustazah Shahidah binti Sheikh Ahmad,
Penceramah Bertauliah MAIJ

Anjuran : Wanita IKRAM Negeri Johor

Makluman PENANGGUHAN KELAS Kelas Hadith minggu ini (29/5/2026) ditangguhkan berikutan cuti Hari Raya Aidiladha.b/p Penga...
29/05/2026

Makluman PENANGGUHAN KELAS

Kelas Hadith minggu ini (29/5/2026) ditangguhkan berikutan cuti Hari Raya Aidiladha.

b/p Penganjur.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam Aidiladha 1447H buat seluruh umat Islam di mana jua anda berada. Semoga...
26/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Aidiladha 1447H buat seluruh umat Islam di mana jua anda berada.

Semoga Aidiladha ini menghidupkan kembali nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. Mudah-mudahan setiap pengorbanan kita dalam mendidik keluarga, membina masyarakat dan menyebarkan kebaikan diterima sebagai amal soleh di sisi-Nya.

Pada kesempatan yang mulia ini, marilah kita mendoakan agar seluruh dhuyufurrahman yang sedang menunaikan ibadah haji dikurniakan kesihatan, kekuatan, kemudahan dalam setiap urusan serta memperoleh haji yang mabrur. Semoga mereka selamat pergi dan kembali dengan membawa keberkatan buat keluarga dan ummah.

Kita juga tidak melupakan saudara-saudara kita di Palestin yang terus diuji dengan penderitaan dan penindasan. Semoga Allah SWT mengurniakan perlindungan, kekuatan dan kemenangan kepada mereka, mengangkat segala kesusahan yang dihadapi serta mengurniakan keamanan dan kebebasan kepada bumi Palestin.

Marilah kita terus memperkukuh ukhuwah, menyantuni masyarakat serta menyemai kasih sayang dan kebersamaan dalam menghadapi cabaran ummah hari ini.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf zahir dan batin.

Ikhlas daripada,
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia




26/05/2026

Kapkek 311 : KAPSUL KEKELUARGAAN

Hari Arafah, Hari Pengampunan & Pengharapan

Hari Arafah bukan sekadar hari untuk mereka yang berada di Tanah Suci. Ia juga “hadiah langit” buat kita yang berada di rumah, di tempat kerja, dan bersama keluarga. Rasulullah SAW menyebut bahawa puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Betapa luasnya kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.

Dalam sibuk mengejar dunia, Hari Arafah mengajar kita untuk kembali memandang keluarga dengan hati yang lebih lembut. Mungkin ada ibu ayah yang sedang menunggu perhatian anak-anak. Mungkin ada pasangan yang memendam lelah tanpa pernah diluah. Mungkin juga ada hati yang pernah terluka sesama keluarga.

Hari ini, belajarlah untuk memaafkan, menghargai dan mendoakan. Kerana keluarga bukan tentang siapa yang paling sempurna, tetapi siapa yang tetap bertahan saling menyayangi walau penuh kekurangan.

Ambillah peluang pada Hari Arafah untuk memperbanyak doa. Sebut nama anak-anak satu persatu. Doakan pasangan, ibu ayah dan seluruh ahli keluarga agar dipelihara iman, dipermudahkan urusan dan dikurniakan hati yang tenang. Kadang-kadang, kekuatan sebuah keluarga bukan terletak pada kemewahan rumahnya, tetapi pada doa yang tidak pernah putus antara satu sama lain.

Doa Pengharapan

“Ya Allah, satukan hati-hati kami dalam kasih sayang dan keimanan. Ampunkan dosa kami, lembutkan tutur kata kami, dan jadikan rumah tangga kami tempat lahirnya ketenangan serta rahmat-Mu. Kurniakanlah kepada kami zuriat yang soleh, hati yang sabar, dan keluarga yang saling berpimpin menuju syurga-Mu.”

Semoga Hari Arafah kali ini bukan sekadar berlalu sebagai tarikh, tetapi menjadi titik pulangnya hati kita kepada Allah dan kepada keluarga yang kita sayangi. 🌹







السلام عليكم ورحمة الله وبركاته🌷🌷MAJLIS ILMU : TADABBUR AL-QURAN 🌷🌷Surah : An - Nuur (Ayat 31) - Siri 12Tajuk :Larangan ...
24/05/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

🌷🌷MAJLIS ILMU : TADABBUR AL-QURAN 🌷🌷

Surah : An - Nuur (Ayat 31) - Siri 12

Tajuk :
Larangan bersolek dan melihat lelaki ajnabi

Tarikh : 24 Mei 2026 (Ahad)/ 7 Zulhijjah 1447H

Masa : 5.00 - 6.00 petang

Tempat : Google Meet
(https://meet.google.com/vaq-hmzg-urz)

Penceramah :
Ustazah Shahidah binti Sheikh Ahmad,
Penceramah Bertauliah MAIJ

Anjuran : Wanita IKRAM Negeri Johor

Alhamdulillah, kami bertiga berpeluang menghadiri Majlis Sambutan Hari Ibu Negeri Johor 2026 atas jemputan LPPKN. Kehadi...
22/05/2026

Alhamdulillah, kami bertiga berpeluang menghadiri Majlis Sambutan Hari Ibu Negeri Johor 2026 atas jemputan LPPKN. Kehadiran kami sebagai wakil Wanita IKRAM Negeri Johor di Dewan Seroja, Kompleks Penyayang Kempas, Johor Bahru, amat bermakna dan penuh kenangan indah.

Majlis yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh penghargaan ini bukan sahaja meraikan jasa dan pengorbanan para ibu, malah turut mengiktiraf Pejuang Dua Garisan, iaitu pasangan suami isteri yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata dengan penuh kesabaran, harapan dan doa. Antara pasangan yang diraikan ialah Puan Hidayah Junaidi bersama pasangan, Dr. Afzamiman, yang menjadi inspirasi kepada ramai tentang kekuatan jiwa dan keutuhan sokongan dalam rumahtangga.

Kami turut berpeluang beramah mesra dengan para peserta, bertukar pandangan serta mengeratkan ukhuwah sesama badan dan agensi. Pengisian majlis yang sarat dengan nilai kasih sayang, kesabaran dan pengorbanan ini benar-benar menyentuh hati serta mengingatkan kami tentang betapa besarnya peranan keluarga dalam membentuk masyarakat sejahtera.

Semoga kehadiran kecil kami ini dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara Wanita IKRAM Johor dan LPPKN, serta terus menyemarakkan usaha memartabatkan institusi kekeluargaan di negeri Johor.






السلام عليكم ورحمة الله وبركاته MAJLIS ILMU WANITA : KUPASAN KITAB RIADHUS SOLIHIN🧕 PENCERAMAH :Ustazah Shahidah binti S...
22/05/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

MAJLIS ILMU WANITA : KUPASAN KITAB RIADHUS SOLIHIN

🧕 PENCERAMAH :
Ustazah Shahidah binti Sheikh Ahmad,
Penceramah Bertauliah MAIJ

📖 TAJUK : BAB 28
Menutup aib orang muslim kecuali dalam keadaan darurat

📝 HADIS : 240
Allah akan menutup aib seorang muslim jika ia menutup aib saudaranya

🗓 TARIKH :
22 Mei 2026 (Jumaat) /
5hb Zulhijjah1447H

🕰 MASA :
5:00 - 6:00 ptg

🪩 TEMPAT :
Secara dalam talian

📲 LINK : https://meet.google.com/vaq-hmzg-urz

PENAJA :
Keluarga Nik-Ida

Jom hadir & sebarluaskan

LAPORAN PROGRAM: TEA CORNER  EDISI KHAS - SAMBUTAN HARI IBU (17 Mei 2026)Pada 17 Mei 2026, Wanita IKRAM Johor dan Lembag...
20/05/2026

LAPORAN PROGRAM: TEA CORNER EDISI KHAS - SAMBUTAN HARI IBU (17 Mei 2026)

Pada 17 Mei 2026, Wanita IKRAM Johor dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN Negeri Johor) telah menganjurkan program Tea Corner Edisi Khas sempena Sambutan Hari Ibu di Kompleks IKRAM Johor, Taman Universiti, Skudai.

Program kali ni bertajuk “Belai Diri.. Ibu Bahagia Keluarga Sejahtera”. Penceramah jemputan, Puan Rozita binti Mohamed dari MamaCare telah berkongsi ilmu dan praktikal teknik urutan stres dan urutan wajah yang betul. Selari dengan itu, diadakan juga saringan kesihatan (BMI, gula, kolesterol dan tekanan darah), saringan kanser servik HPVDNA serta saringan mamogram yang diberikan secara percuma.

Program ini turut diserikan dengan persembahan nasyid kanak-kanak yang bertajuk My Mother. Kanak-kanak juga diberikan peluang untuk berkarya menghasilkan seni lukisan pada beg canvas sebagai hadiah kepada ibu masing-masing. Aktiviti kanak-kanak dikendalikan oleh Puan Manihah binti Alias dan Dr Anizatul Azna binti Ahmad.

Program yang mendapat sambutan dengan kehadiran seramai 120 orang ibu-ibu dan kanak-kanak. Moga pengisian program ini dapat dimanfaatkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Wanita IKRAM Johor mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program TC kali ini, terutama kepada semua peserta yang hadir.

🌷🌷MAJLIS ILMU : TADABBUR AL-QURAN 🌷🌷Surah : An - Nuur (Ayat 30 - 31) - Siri 11Tajuk :Perintah menjaga pandangan dan menj...
17/05/2026

🌷🌷MAJLIS ILMU : TADABBUR AL-QURAN 🌷🌷

Surah : An - Nuur (Ayat 30 - 31) - Siri 11

Tajuk :
Perintah menjaga pandangan dan menjaga aurat.

Tarikh : 17 Mei 2026 (Ahad)/ 29 Zulkaedah 1447H

Masa : 5.00 - 6.00 petang

Tempat : Google Meet
(https://meet.google.com/vaq-hmzg-urz)

Penceramah :
Ustazah Shahidah binti Sheikh Ahmad,
Penceramah Bertauliah MAIJ

Anjuran : Wanita IKRAM Negeri Johor

Address

No 10-11, Jalan Pendidikan 3
Taman Universiti
81300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita IKRAM Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share