14/08/2026
Turun ke Batu 8 Lekir. Kadang-kadang rakyat tak minta apa-apa pun⦠cuma nak kita singgah dan bertanya khabar.
Petang ini saya sempat menziarahi beberapa penduduk di Batu 8, Lekir.
Sempat tegur sapa, duduk berbual dan mendengar cerita mereka.
Bila dah duduk dengan orang kampung, memang susah nak elak daripada gurauan. π
Ada cerita pasal keluarga, kerja, jiran-jiran dan macam-macam lagi. Kadang-kadang perkara yang kita anggap kecil, rupanya cukup besar maknanya bagi mereka.
Inilah seronoknya turun padang. Bukan semua perkara perlu diselesaikan dalam mesyuarat.
Ada perkara yang hanya boleh kita faham apabila duduk depan-depan dan dengar sendiri suara rakyat.
Terima kasih warga Batu 8 Lekir atas sambutan yang cukup mesra.
Insya-Allah, kita teruskan budaya tegur, ziarah, dengar dan bantu seadanya.
Kalau nampak saya datang, jangan segan tegur. Kalau ada cerita, kita dengar. Kalau ada masalah, kita cuba cari jalan. Kalau ada gurauanβ¦ kita gelak sama-sama. π