08/03/2026
KENANGAN MAJLIS BERBUKA PUASA KRT ZON F
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Berbuka Puasa anjuran KRT Zon F dengan kerjasama Restoran Ppone TPP dan rakan-rakan NGO yang telah berlangsung semalam, 7 Mac 2026.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua penduduk Ruvena Villa yang hadir memeriahkan suasana. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan benar-benar mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturahim dalam komuniti kita.
Majlis semalam bukan sekadar berbuka puasa, malah kita berpeluang menunaikan solat Maghrib, Isyak, dan Terawih secara berjemaah, serta menikmati juadah moreh bersama-sama di perkarangan Surau Nur Hikmah.
Penghargaan khas juga ditujukan kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha dan kebaikan tuan-tuan dan puan-puan mendapat ganjaran yang sewajarnya.
Jumpa lagi di program komuniti yang akan datang!