Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga - PAKSI IKRAM

  • Home
  • Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga - PAKSI IKRAM

Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga - PAKSI IKRAM Pusat Sokongan Wanita yang terkehadapan dalam menangani isu wanita dan keluarga

Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga (PAKSI-IKRAM) ialah satu bentuk khidmat masyarakat atau “community service” oleh IKRAM. Ia adalah satu terjemahan berbentuk praktikal terhadap keprihatinan IKRAM kepada ahli masyarakat khususnya di dalam hal-hal yang berkaitan dengan remaja, wanita dan keluarga
1.Unit Khidmat Nasihat Wanita dan Remaja
2.Unit Khidmat Nasihat Undang-undang Keluarga
3. Unit Khidm

at Sokongan Pesakit Kanser (CAKNe- Cancer Associates and Kindreds Networking)
4.Unit Santunan Wanita (reach-out programmes di penjara)

*Mangsa Terjerat Dadah, Perlu Hukum Atau Rawat?*Kita selalu dengar kes dadah, tapi jarang kita tanya soalan yang lebih d...
04/06/2026

*Mangsa Terjerat Dadah, Perlu Hukum Atau Rawat?*

Kita selalu dengar kes dadah, tapi jarang kita tanya soalan yang lebih dalam:

➡️ Adakah sistem sekarang betul-betul bantu mangsa?
➡️ Apa kata Islam tentang rawatan vs hukuman?
➡️ Siapa yang sebenarnya menanggung akibatnya?

▶️ Tonton & kongsi: [https://youtu.be/c2yKufIUo-g]

_🎙️Bicara Rahmah bersama panelis, Puan Faridah Maludin & dan hos Ustaz Nu'man Hani_

_Jika rasa ada yang perlu dengar, forward kepada mereka_ 😊

_Jemput tonton dan tinggalkan komen_📍

Malaysia sedang berdepan dengan dilema besar, pendekatan lama sudah...

02/06/2026
30/05/2026
Tirai keinsafan, mencari jalan p**ang..
09/05/2026

Tirai keinsafan, mencari jalan p**ang..

Pesanan yg baik
27/04/2026

Pesanan yg baik

TAHANLAH DIRI KITA DARIPADA TERMASUK DALAM 4 GOLONGAN INI:

1. Ultracrepidarianism:

Kecenderungan seseorang untuk memberikan pendapat atau ulasan tentang perkara di luar bidang kepakarannya, sering kali dengan penuh keyakinan tetapi tanpa kefahaman yang mendalam.

2. Dunning–Kruger effect:

Kecenderungan individu yang kurang berpengetahuan untuk terlalu yakin terhadap pemahaman mereka.

3. Pseudointellectualism:

Sikap berpura-pura intelektual tetapi dengan hujah yang lemah dan bias.

4. Armchair expert:

Seseorang yang memberi pandangan tentang isu kompleks tanpa pengalaman sebenar dalam bidang tersebut.

Dalam era media sosial, empat kecenderungan ini semakin mudah berlaku kerana akses kepada maklumat tidak semestinya diiringi dengan kefahaman yang sahih.

Psikologi kognitif menunjukkan bahawa manusia cenderung mengalami ilusi kefahaman dan bias keyakinan berlebihan — yang menyebabkan kita merasakan kita tahu lebih daripada yang sebenarnya.

Apa yang boleh kita lakukan?

* Kenali had pengetahuan diri
* Terus belajar dan uji kefahaman
* Fokus kepada bukti dan hujah, bukan gaya
* Dapatkan pengalaman sebenar dan rujuk pakar

💥 Punchline:
Bukan semua perkara perlu kita ulas.
Kadang-kadang, diam dengan ilmu lebih bernilai daripada bercakap tanpa kefahaman.


Ramadan yang memudahkan kita berbuat kebaikan utk orang lain..
26/02/2026

Ramadan yang memudahkan kita berbuat kebaikan utk orang lain..

26/02/2026

Jom teruskan sumbangan. Sedikit pun amat bermakna

Jom bersedia untuk meraih pahala!Carilah Yayasan Ikram Malaysia
31/12/2025

Jom bersedia untuk meraih pahala!
Carilah Yayasan Ikram Malaysia

Menyambut Rejab, Menanti Syaaban, Bersedia Menjelang Ramadhan

Apabila kita melangkah masuk ke bulan Rejab, hati kita mula diseru untuk bersiap menuju perjalanan rohani yang agung, bulan Syaaban dan seterusnya Ramadhan yang mulia.

Rasulullah ﷺ mengajar umatnya agar menjadikan Rejab sebagai permulaan persediaan. Baginda sering berdoa:

“Allahumma bārik lanā fī Rajab wa Syaaban, wa ballighnā Ramadhan.”
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Bulan Syaaban p**a merupakan bulan yang sangat diberi perhatian oleh Rasulullah ﷺ. Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Baginda banyak berpuasa di bulan Syaaban, lebih daripada bulan-bulan lain selain Ramadhan—menunjukkan bahawa persediaan itu sendiri adalah satu ibadah.

Semoga Rejab menyedarkan hati kita,
Semoga Syaaban menyucikan jiwa kita,
Dan semoga Ramadhan menemui kita dalam keadaan bersedia, teguh iman, ikhlas bertaubat dan lapang untuk berbuat kebaikan.

Mudah-mudahan Allah ﷻ mengurniakan kita keberkatan umur, kesihatan dan istiqamah, serta mempertemukan kita dengan Ramadhan dalam keadaan yang diredai-Nya.

Ayuh berinfaq bersama yaIKRAM:
https://app.herepay.org/yayasanikrammalaysia/RR26YIM

Atau

Yayasan Ikram Malaysia
Maybank: 5621 4240 4402
Rujukan Bank: RR26

Jom bantu
08/11/2025

Jom bantu

Musim Monsun Timur Laut bakal tiba!
Kawasan anda mudah dilanda banjir? Jangan tunggu saat akhir, sediakan BEKAL sekarang!

BEKAL adalah BEG KECEMASAN AWAL yang mengandungi barang-barang keperluan untuk bertahan selama 72 jam ketika menghadapi Krisis Bencana atau keadaan yang tidak dapat dielakan.

BEKAL perlu diletakkan di bahagian yang mudah dicapai apabila berlakunya segala jenis KECEMASAN yang tidak dijangka.

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan ke-68🇲🇾Alhamdulillah, atas nikmat kemerdekaan yang telah Allah SWT kurniakan kepada tanah air...
30/08/2025

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan ke-68🇲🇾

Alhamdulillah, atas nikmat kemerdekaan yang telah Allah SWT kurniakan kepada tanah air tercinta. Sempena Hari Kebangsaan ke-68 ini, marilah kita bersama memperkukuh tekad untuk membina Malaysia yang sejahtera, adil dan penuh rahmat.

Semoga Malaysia terus maju dengan keberkatan, dipimpin oleh insan-insan yang amanah dan berjiwa rakyat.
Kemerdekaan bukan sekadar bebas, tetapi tanggungjawab untuk memakmurkan bumi Allah.

Bersama kita hidup dalam kasih sayang sesama rakyat tanpa mengira latar belakang.

🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka!🇲🇾

Address

300, Lorong Selangor, Taman Melawati,

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga - PAKSI IKRAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga - PAKSI IKRAM:

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share