Pertubuhan Kebajikan Al Afaa Malaysia

Pertubuhan Kebajikan Al Afaa Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Kebajikan Al Afaa Malaysia, Non-Governmental Organization (NGO), Taiping.

🤝 ZIARAH MAHABBAH & MISI INFAQ RAMADHAN 1447HPertubuhan Kebajikan Al Afaa MalaysiaAlhamdulillah, pada 14 & 15 Februari 2...
18/02/2026

🤝 ZIARAH MAHABBAH & MISI INFAQ RAMADHAN 1447H

Pertubuhan Kebajikan Al Afaa Malaysia

Alhamdulillah, pada 14 & 15 Februari 2026, kami telah diberi kesempatan untuk menziarahi lima buah pondok pengajian di Selatan Thailand — menyambung silaturahim, menimba keberkatan ilmu, dan menyampaikan amanah sumbangan sempena Ihya’ Ramadhan.



1️⃣ Pondok Krung Pinang – Yala

Bersama Baba Sayuti

Pertemuan penuh mahabbah bersama tuan guru dan para penuntut ilmu yang istiqamah menadah kitab turath. Semoga Allah panjangkan usia dalam keberkatan ilmu.

2️⃣ Pondok Bukit Harimau Jemur

Bersama Baba Abdullah

Suasana sederhana namun sarat dengan roh perjuangan mengekalkan warisan ilmu Islam. Moga terus subur dengan keberkatan Ramadhan.



3️⃣ Pondok Katong

Bersama Baba Abdul Basit

Melihat kesungguhan para pelajar mengulang hafalan dan talaqqi kitab, hati terasa sebak dan syukur atas nikmat iman dan ilmu.



4️⃣ Pondok Sekam Budi

Bersama Baba Ghazali Ahmad (Baba Li Sekam)

Pertemuan yang mengingatkan kita bahawa perjuangan mempertahankan ilmu agama tidak pernah berhenti, walau dalam serba kekurangan.



5️⃣ Pondok Tepus – Fathoni

Bersama Baba Rashidi Abu Qutaibah

Ziarah penuh kasih sayang dan doa. Moga Allah terus pelihara pusat-pusat pengajian ini sebagai benteng akidah dan akhlak umat.



🌙 MISI INFAQ RAMADHAN

Sumbangan yang disampaikan adalah amanah daripada para penyumbang melalui Pertubuhan Kebajikan Al Afaa Malaysia.

✨ Setiap ringgit yang tuan/puan hulurkan, sampai kepada mereka yang memerlukan.
✨ Setiap infak menjadi saksi di akhirat kelak.
✨ Setiap doa para penuntut ilmu, moga kembali kepada para penyumbang.

“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji…” (Al-Baqarah: 261)

Alhamdulillah, semoga Allah memberkati setiap sumbangan yang disalurkan.



📌 PELUANG BERINFAQ SENTIASA TERBUKA

Bagi yang berhajat untuk turut serta dalam misi kebajikan dan infaq Ramadhan akan datang, pintu sumbangan sentiasa terbuka.

Kami menyampaikan amanah anda terus kepada yang memerlukan — insyaAllah dengan penuh integriti dan kasih sayang.

🤲 Semoga Allah terima sebagai amal jariah yang berpanjangan.





PROGRAM SUMBANGAN BACK TO SCHOOL 🎒📚🗓️ Sabtu | 10 Januari 2026📍 Masjid Daerah TaipingAlhamdulillah 🤲Telah selesai Program...
10/01/2026

PROGRAM SUMBANGAN BACK TO SCHOOL 🎒📚
🗓️ Sabtu | 10 Januari 2026
📍 Masjid Daerah Taiping

Alhamdulillah 🤲
Telah selesai Program Sumbangan Back To School bersama Masjid Daerah Taiping pada pagi ini.

Seramai 49 orang penerima telah menerima sumbangan. Semoga bantuan kecil ini dapat meringankan beban serta memberi semangat kepada anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih yakin dan ceria.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang sudi berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan melalui Pertubuhan Kebajikan Al Afaa Malaysia.

Semoga setiap kebaikan ini menjadi amal jariah dan diberkati oleh Allah SWT. 🤍

Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka yang terkena musibah banjir di seluruh Taiping 🤲
24/10/2025

Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka yang terkena musibah banjir di seluruh Taiping 🤲

إنا لله وإنا إليه راجعوندافت خبران دوكا چيتا بهواس توانڬورو باب حاج احمد بن يعقوب  فندق الأنصار تله كمبالي كرحمة اللهDap...
28/09/2025

إنا لله وإنا إليه راجعون
دافت خبران دوكا چيتا بهواس توانڬورو باب حاج احمد بن يعقوب
فندق الأنصار تله كمبالي كرحمة الله

Dapat khabar dukacita bahawa Tuan Guru Baba Haji Ahmad bin Yaakob Pondok Al Ansor telah kembali ke Rahmatullah

الفاتحة
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ (1) ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ (2) ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ (3) مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (5) ٱهۡدِنَا
ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (6) صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (7)

اللَّهُمَّ، اغْفِرْ له وَارْحَمْهُ، وَاعْفُ عنْه وَعَافِهِ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بمَاءٍ وَثَلْجٍ وَبَرَدٍ، وَنَقِّهِ مِنَ الخَطَايَا كما يُنَقَّى الثَّوْبُ الأبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِن دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِن أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِن زَوْجِهِ، وَقِهِ فِتْنَةَ القَبْرِ وَعَذَابَ النَّارِ

SALAM TAHUN BAHARU HIJRAH 1447H
27/06/2025

SALAM TAHUN BAHARU HIJRAH 1447H

17/06/2025

Pertubuhan Kebajikan Al Afaa Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang, sukarelawan, serta rakan kerjasama yang telah menjayakan Program Ibadah Qurban Yala & Pattani 1446H / 2025M pada tahun ini.

Dengan izin Allah SWT dan sokongan padu daripada pihak tuan/puan, keseluruhan misi qurban telah berjaya dilaksanakan dengan penuh tertib dan barakah. Daging qurban telah selamat diagihkan kepada asnaf, fakir miskin, anak yatim serta penduduk Islam di wilayah selatan Thailand yang amat memerlukan.

Kami doakan agar setiap sumbangan dan pengorbanan ini diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT dan menjadi bekalan berharga buat semua di akhirat kelak. Semoga ukhuwah dan kasih sayang merentas sempadan ini terus subur demi ummah yang lebih bersatu dan sejahtera.

جزاكم الله خير الجزاء
Sekian, terima kasih.

Pertubuhan Kebajikan Al Afaa Malaysia

🇲🇾 PROGRAM RIDE YALA & PATTANI x IBADAH QURBAN YALA & PATTANI 🇹🇭🗓️ 8 - 10 Jun 2025 | MISI SELESAI Alhamdulillah, kami se...
13/06/2025

🇲🇾 PROGRAM RIDE YALA & PATTANI x IBADAH QURBAN YALA & PATTANI 🇹🇭
🗓️ 8 - 10 Jun 2025 | MISI SELESAI

Alhamdulillah, kami semua telah selamat kembali ke tanah air Malaysia.
Misi 3 hari 2 malam merentas sempadan demi menyempurnakan amanah ibadah qurban bagi pihak peserta di Malaysia akhirnya selesai dengan penuh keberkatan.

Sepanjang program ini, kami menelusuri bumi Yala & Pattani, singgah dari satu pondok ke satu maahad tahfiz, bukan sekadar menyempurnakan ibadah qurban, tetapi turut menzahirkan kasih, persaudaraan dan harapan sesama umat Islam.

Sebanyak 4 ekor lembu dan 15 ekor kambing telah disembelih dan diagihkan kepada pondok serta para pelajar tahfiz.

Sumbangan wang tunai juga telah kami serahkan sebagai tanda sokongan kepada perjuangan ilmu yang sedang mekar di bumi selatan Thailand.

Kami pulang bukan hanya dengan kenangan, tetapi dengan hati yang lebih bersyukur, mata yang terbuka melihat pengorbanan sebenar di bumi yang sederhana namun penuh berkat ini.

Terima kasih kepada semua penyumbang, peserta korban, serta yang mendoakan dari jauh.
Segala bentuk pengorbanan ini dari harta, masa, tenaga dan rasa, mudah-mudahan menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT.

Ini bukan noktah, ini permulaan untuk lebih banyak misi kemanusiaan dan kebajikan yang akan datang.
Kerana kami percaya, pengorbanan yang kecil bagi kita, mampu membawa makna besar buat mereka di sana.

🤲🏼 Doakan kami terus diberi kekuatan dan keikhlasan untuk menyambung langkah ini, demi Islam dan kemanusiaan.









🇲🇾 PROGRAM RIDE YALA & PATTANI x IBADAH QURBAN YALA & PATTANI 🇹🇭🗓️ 8 - 10 Jun 2025
13/06/2025

🇲🇾 PROGRAM RIDE YALA & PATTANI x IBADAH QURBAN YALA & PATTANI 🇹🇭
🗓️ 8 - 10 Jun 2025

Address

Taiping
34000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Al Afaa Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share