Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping

Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping Membantu para wanita di sekitar Taiping terutamanya dalam pelbagai aspek

1 MUHARAM 1447HSalam Maal Hijrah daripada Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping (PECINTA). Jom sama-sama mulakan tahun...
27/06/2025

1 MUHARAM 1447H

Salam Maal Hijrah daripada Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping (PECINTA). Jom sama-sama mulakan tahun baru ni dengan semangat hijrah yang positif, hati lebih tenang, amal makin bertambah, dan hidup makin diberkati.

Setiap langkah kecil menuju kebaikan, tetap bermakna.
๐ŸŒ™ Hijrah itu perjalanan hati, mari kita teruskan bersama!




Street Dakwah Santun Mahabbah!Alhamdulillah hari ini, 21 Jun 2025, bertempat di Raintree Walk, Taman Tasik Taiping, NGO ...
21/06/2025

Street Dakwah Santun Mahabbah!

Alhamdulillah hari ini, 21 Jun 2025, bertempat di Raintree Walk, Taman Tasik Taiping, NGO PECINTA bersama Pejabat Agama Taiping dan anak-anak IKDAR telah menjayakan Street Dakwah Santun Mahabbah bermula jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Program ini menyantuni non-Muslim dengan pendekatan penuh hikmah, sambil memperkenalkan kayu sugi serta khasiat dan penggunaannya dalam kehidupan seharian.

Semoga usaha ini menjadi jambatan dakwah yang menyentuh hati dan membawa kebaikan bersama. ๐ŸŒฑ

๐Ÿค ZIARAH KASIH PECINTA Alhamdulillah pada hari ini, team PECINTA berpeluang menziarahi beberapa orang pelajar UPSI yang ...
12/06/2025

๐Ÿค ZIARAH KASIH PECINTA

Alhamdulillah pada hari ini, team PECINTA berpeluang menziarahi beberapa orang pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini. Ziarah ini bertujuan menyantuni mereka yang sedang menerima rawatan serta menyampaikan sedikit sumbangan dan doa agar diberi kesembuhan segera.

Walaupun diuji dengan musibah, senyuman dan semangat mereka benar-benar menginsafkan kami. Kami mendoakan agar adik-adik semua terus kuat, tabah dan kembali pulih untuk meneruskan perjuangan ilmu ๐Ÿ’ช๐Ÿ“š

Terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang bersama menjayakan misi ziarah kasih ini.

โค๏ธ Menyantuni dengan Cinta, Menyulam Harapan



Terima Kasih juga kepada pihak Hospital Taiping.
29/03/2025

Terima Kasih juga kepada pihak Hospital Taiping.

SUMBANGAN CENDERAHATI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA PESAKIT DI HOSPITAL TAIPINGPada 27 Mac 2025, Pertubuhan Cakna ...
28/03/2025

SUMBANGAN CENDERAHATI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA PESAKIT DI HOSPITAL TAIPING

Pada 27 Mac 2025, Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping Perak (PECINTA) telah mengadakan program pemberian sumbangan cenderahati kepada pesakit di Hospital Taiping sempena Hari Raya Aidilfitri. Program ini berlangsung pada pukul 2.30 petang di wad-wad yang berkaitan dengan jumlah penerima sumbangan seramai 100 orang.

Objektif utama program ini adalah untuk menyantuni dan memberi kegembiraan kepada para pesakit sempena sambutan Aidilfitri. Pihak PECINTA telah memohon kerjasama dan kebenaran pihak hospital bagi melancarkan program ini.

Pihak PECINTA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.



SALAM 1 REJAB 1446HAlhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk melangkah ke bulan Rejab, bulan penuh keberkatan yang men...
01/01/2025

SALAM 1 REJAB 1446H

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk melangkah ke bulan Rejab, bulan penuh keberkatan yang mengingatkan kita kepada peristiwa agung Israโ€™ dan Miโ€™raj. Bulan ini menjadi medan persediaan bagi kita menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba. Semoga Allah SWT mempermudahkan langkah kita menuju amal ibadah yang lebih baik.

Pada masa yang sama, tahun baru 2025 ini menjadi peluang untuk kita memperbaharui azam, memperkukuh keimanan, dan memperbaiki diri. Kami, daripada Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping, mengajak semua untuk menjadikan tahun ini sebagai tahun pengukuhan ukhuwah Islamiah, amal kebajikan, dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Marilah kita panjatkan doa bersama:
Doa Masuk Bulan Rejab
ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุจูŽุงุฑููƒู’ ู„ูŽู†ูŽุง ูููŠ ุฑูŽุฌูŽุจูŽ ูˆูŽุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽุŒ ูˆูŽุจูŽู„ู‘ูุบู’ู†ูŽุง ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ
โ€œYa Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaโ€™ban, dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadan.โ€

Semoga doa ini menjadi ikhtiar kita untuk terus mendekatkan diri kepada Allah SWT sepanjang tahun ini.

Salam ukhuwah dan kasih sayang,
Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping




#2025

Hi-Tea Bersama Ustazah Hjh Muzayyah30 Disember 2024 | Hotel Taiping PerdanaAlhamdulillah semalam, telah diadakan Majlis ...
31/12/2024

Hi-Tea Bersama Ustazah Hjh Muzayyah
30 Disember 2024 | Hotel Taiping Perdana

Alhamdulillah semalam, telah diadakan Majlis Hi-Tea bersama Ustazah Hjh Muzayyah anjuran Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping (PECINTA) yang berlangsung dengan penuh kehangatan di Hotel Taiping Perdana. Acara ini menjadi medan pertemuan inspirasi bagi para peserta yang hadir, mengisi waktu petang dengan santapan rohani. Turut dipersembahkan juga Alunan Selawat yang disampaikan oleh ahli jawatankuasa PECINTA.

Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran tetamu- tetamu istimewa iaitu Puan Hariza binti Harun (Isteri ADN Kamunting), Toh Puan Datin Seri Norisha binti Abdul Rahman (Isteri Orang Besar Jajahan Taiping), Puan Siti Nur Zaya binti Hassan (Isteri Pegawai Daerah Taiping) & Puan Azizah binti Abdullah ( Pengerusi PENAWAR)

Alhamdulillah, majlis ini telah berjaya mempertemukan hati-hati yang cinta akan ilmu, menjadikan Hi-Tea ini lebih daripada sekadar pertemuan, tetapi juga medan penyuburan jiwa. Semoga acara seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang, insyaAllah.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan Majlis Hi Tea ini serta syabas kepada ahli jawatankuasa pelaksana PECINTA yang sentiasa memastikan majlis berjalan lancar.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR Pada Isnin (16 Disember 2024) yang lalu telah dianjurkan Program Lawatan Sambil Belajar bersama a...
20/12/2024

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Pada Isnin (16 Disember 2024) yang lalu telah dianjurkan Program Lawatan Sambil Belajar bersama ahli Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping dan LATAS.

Antara tempat yang dilawati ialah Tanaman Cendawan di Kg Sg Rambutan, turut dilawati tempat Pembuatan Sambal Bilis Krup Krap di Kg Merbau Sg Siputeh & lawatan ke Mak Lang Frozen di Rantau Panjang

Alhamdulillah perjalanan sepanjang program berjalan lancar serta dapat mengeratkan ukhwah & menambah kenapa sepanjang lawatan.

Semoga Program Lawatan ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta.


โœจ Jemputan Istimewa ke Majlis Hi Tea bersama Ustazah Hjh Muzayyanah โœจAssalamualaikum wbt,Pertubuhan Cakna Insan Muslimah...
05/12/2024

โœจ Jemputan Istimewa ke Majlis Hi Tea bersama Ustazah Hjh Muzayyanah โœจ

Assalamualaikum wbt,
Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping ( PECINTA) dengan sukacitanya menjemput semua para wanita ke Majlis Hi Tea Eksklusif yang bakal memberi manfaat dan inspirasi buat jiwa kita.

๐ŸŒŸ Butiran Program:-
๐Ÿ“… Tarikh: 30 Disember 2024 (Isnin)
๐Ÿ•’ Masa: 2.00 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Hotel Taiping Perdana

Yuran RM60 Sorang.

๐ŸŽŸ๏ธ Tempat adalah TERHAD!
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut:
๐Ÿ“ž Hubungi: 019-5754912 (Pn Noorsinah) & 013-5102153 (Pn Haniza)

Jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam majlis penuh keberkatan ini. Daftarlah sekarang!


Street DakwahPada hari ini bertarikh 30 November 2024 telah dianjurkan program Street Dakwah di yang dianjurkan oleh NGO...
30/11/2024

Street Dakwah

Pada hari ini bertarikh 30 November 2024 telah dianjurkan program Street Dakwah di yang dianjurkan oleh NGO Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping (PECINTA). Program telah diadakan di Taman Tasik Taiping. Para peserta yang terlibat terlebih dahulu mendengar taklimat yang disampaikan & dipecahkan kepada beberapa kumpulan.

Tujuan program dianjurkan adalah untuk berkongsi ilmu tentang agama Islam di samping menyantuni warga Taiping yang hadir ke Taman Tasik Taiping tanpa mengira bangsa.

Alhamdulillah pelbagai aktiviti juga turut diselitkan dan program berjalan dengan lancar.

Terima Kasih diucapkan kepada para peserta yang hadir serta para pengunjung di Taman Tasik Taiping yang sudi bersama kami.






Solat Sunat Tasbih bersama NGO PECINTA Alhamdulillah pada Rabu lalu (13 November 2024) telah diadakan Solat Sunat Tasbih...
15/11/2024

Solat Sunat Tasbih bersama NGO PECINTA

Alhamdulillah pada Rabu lalu (13 November 2024) telah diadakan Solat Sunat Tasbih di Masjid Expo. Disamping itu, selepas solat Sunat Tasbih turut disampaikan tazkirah ringkas serta perkongsian ilmu berkaitan ubat-ubatan.

InsyaAllah semoga program ini dapat dilaksanakan berterusan di masa akan datang, Terima Kasih diucapkan kepada para Muslimat yang hadir.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PECINTA KALI KE 3Alhamdulillah pada Ahad lalu (10 November 2024) telah diadakan Mesyuarat Agung ...
12/11/2024

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PECINTA KALI KE 3

Alhamdulillah pada Ahad lalu (10 November 2024) telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping (PECINTA) Kali ke 3.

Pertemuan yang diadakan disamping menambahbaik NGO, ianya bertujuan bagi mengeratkan silaturahim sesama ahli dan kepimpinan.
Semoga setiap input & cadangan dapat di laksanakan bersama-sama.

Terima kasih & syabas diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PECINTA pada Kali ini.




Address

Taiping

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping:

Share