JAKOA Daerah Kuala Kangsar

JAKOA Daerah Kuala Kangsar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JAKOA Daerah Kuala Kangsar, Community Center, JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI DAERAH KUALA KANGSAR, PUSAT PENTADBIRAN DAN KOMERSIAL ORANG ASLI ONE STOP CENTRE (OAOSC), KAMPUNG ORANG ASLI BAWONG, Sungai Siput.

04 Jun 2025 โ€“ Kampung Kelah, Jalong Tinggi. JAKOA Daerah Kuala Kangsar telah menyampaikan bantuan susu tambahan kepada p...
13/06/2025

04 Jun 2025 โ€“ Kampung Kelah, Jalong Tinggi. JAKOA Daerah Kuala Kangsar telah menyampaikan bantuan susu tambahan kepada pesakit kanak-kanak Orang Asli iaitu NURAZVE BINTI RAMLEE yang berumur 2 bulan daripada Kampung Kelah, Jalong Tinggi kerana telah didiagnosis dengan penyakit Transposition of Great Arteries with Patent Ductus Arteriosus dan baru sahaja selesai menjalani pembedahan jantung. Beliau memerlukan bantuan susu khas iaitu susu Similac Neosure Rumusan Khas bagi membantu tumbesaran dan keperluan zat tambahan. Keprihatinan Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah serta Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Kuala Kangsar yang telah meluluskan bantuan tersebut telah membantu meringgankan beban dan kesusahan keluarga tersebut.




๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข
01/05/2025

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐Ÿ ๐Œ๐ž๐ข

"Pekerja Kesuma Bangsa"

Selamat Hari Pekerja 1 Mei!

Terima kasih atas dedikasi dan usaha keras. Anda adalah tunggak kemajuan bangsa.

JAKOA Kinta & Kampar
JAKOA Hulu Perak Baling
JAKOA Daerah Perak Tengah & Hilir Perak
JAKOA Daerah Kuala Kangsar
JAKOA Batang Padang & Muallim
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐๐š๐ง ๐‘๐š๐ฆ๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ฌ๐ซ๐š ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐‰๐€๐Š๐Ž๐€ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐€๐ฌ๐ฅ๐ขOAOSC Bawong...
28/04/2025

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐๐š๐ง ๐‘๐š๐ฆ๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ฌ๐ซ๐š ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐‰๐€๐Š๐Ž๐€ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐€๐ฌ๐ฅ๐ข

OAOSC Bawong, 24 April โ€“ Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz Bersama Pengurusan dan Pegawai JPA serta SUK Negeri Perak telah hadir mengadakan lawatan kerja di Orang Asli One Stop Centre (OAOSC Bawong) bagi melihat hasil outcome salah satu komponen Projek Bersepadu Kawasan Orang Asli Sungai Siput (U) iaitu OAOSC Bawong.

Sejurus sampai di OAOSC Bawong jam 2.30 petang, YBhg. Tan Sri KPPA telah dibawa ke Bilik Taklimat untu mendengar taklimat pengenalan dan pencapaian berkaitan OAOSC Bawong. Usai taklimat tersebut, YBhg. Tan Sri KPPA dibawa p**a melawat fasiliti yang terdapat di OAOSC Bawong seperti Kaunter Berpusat, Perpustakaan, Kaunter Agri Bank, Lot Kedai, Terminal Bas dan Pejabat Lembaga Koko. Selesai lawatan ke fasiliti tersebut, YBhg. Tan Sri KPPA kemudiannya dibawa ke Dewan Pandak Hamid untuk Majlis Ramah Mesra bersama Warga JAKOA dan Komuniti Orang Asli.

Dalam Program Ramah Mesra tersebut, YBhg. Tan Sri KPPA telah menyampaikan 20 bakul makanan kepada Penduduk Asnaf Kg. Bawong serta 200 kotak makanan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk disampaikan kepada golongan Orang Asli yang memerlukan. Turut disampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Futsal sempena Karnival Sukan Orang Asli Negeri Perak.



๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐…๐”๐“๐’๐€๐‹ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐€๐’๐‹๐ˆ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“24 / 04 / 2025 โ€“ OAOSC Bawong. JAKOA Da...
28/04/2025

๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐…๐”๐“๐’๐€๐‹ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐€๐’๐‹๐ˆ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

24 / 04 / 2025 โ€“ OAOSC Bawong. JAKOA Daerah Kuala Kangsar telah diamanahkan untuk menganjurkan Pertandingan Futsal sempena Karnival Sukan Orang Asli peringkat Negeri Perak. Pertandingan tersebut telah disertai oleh 8 pasukan yang terdiri daripada masyarakat Orang Asli seluruh Negeri Perak yang mewakili 5 daerah di Negeri Perak. Pertandingan tersebut juga diadakan bagi mencari bakat serta pasukan yang berkualiti untuk mewakili pasukan futsal Negeri Perak ke Pertandingan Karnival Sukan Orang Asli 2025 peringkat kebangsaan yang akan diadakan di UNISZA, Kuala Terengganu pada bulan Mei / Jun 2025 nanti.

Pada perlawanan tersebut, pasukan KROH FC yang mewakili Daerah Hulu Perak telah memenangi pertandingan tersebut setelah menewaskan pasukan MERGAS FT di tempat ke-2 yang mewakili Daerah Perak Tengah. Pasukan CHADAK FC p**a berada di tempat ke-3 setelah menewaskan pasukan MAKMUR FC masing-masing daripada Daerah Kinta. JAKOA Daerah Kuala Kangsar mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan yang berjaya serta semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh semua pasukan yang bertanding.awam.




19-20 April 2025 โ€“Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik Program DPA INTAN tahun 2024/2025 telah mengadakan Program Caring ...
28/04/2025

19-20 April 2025 โ€“Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik Program DPA INTAN tahun 2024/2025 telah mengadakan Program Caring Connection with Andromeda: Outreach Siri 4 Orang Asli di Kampung Beswok, Pos Yum dan di Dewan OAOSC Bawong. Program tersebut juga mendapat kerjasama JAKOA Negeri Perak dan JAKOA Daerah Kuala Kangsar. Program ini bertujuan memperkasakan pemahaman dan pendedahan kadet PTD terhadap realiti sebenar komuniti Orang Asli dari aspek budaya, sosioekonomi, kemasyarakatan dan pembangunan.

Program tersebut mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada penduduk Kampung Beswok serta penduduk Kampung Bawong. Pelbagai acara menarik yang telah dijalankan antaranya simbolik penanaman pokok, pemberian sumbangan kepada 85 keluarga, aktiviti sukaneka, permainan bola sepak kampung, persembahan kebudayaan, bengkel interview trick serta pemeriksaan kesihatan.

Program penutup ini dijalankan di Dewan Pandak Hamid, OAOSC Bawang dan telah disempurnakan oleh Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Kuala Kangsar iaitu Encik Muhamad Hazwan Bin Sabri. Semoga program kali ini memberi lebih pemahaman, pengalaman dan rasa tanggungjawab yang akan dipikul apabila bergelar penjawat awam.




๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐…๐ฎ๐ญ๐ฌ๐š๐ฅ ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐€๐ฌ๐ฅ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐š๐ค  ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ข๐š๐๐š๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐ข ๐›๐ž๐ซ...
15/04/2025

๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐…๐ฎ๐ญ๐ฌ๐š๐ฅ ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐€๐ฌ๐ฅ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ข๐š๐๐š๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐ข ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฎ๐ญ :-

Tarikh : 24 April 2025 ( Khamis )
Tempat : Gelanggang Futsal Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Bawong,Sungai Siput(U)
Masa : 8.00pagi (Pendaftaran)

๐Ÿ“Œ ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ญ-๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐ข ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฎ๐ญ :

1) Pertandingan ini terbuka kepada belia Orang Asli (Lelaki) dan berumur 18 tahun keatas.
2) Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 10 orang (5 pemain 5 simpanan)
3) Pemain perlu mengemukakan borang penyertaan yang telah disahkan oleh Pejabat JAKOA Daerah di Kawasan masing โ€“ masing besertakan :
โœ…๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ(๐Ÿ) ๐’๐š๐ฅ๐ข๐ง๐š๐ง ๐ฌ๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ ๐ฅ๐š๐ก๐ข๐ซ ๐๐š๐ง
โœ…๐’๐š๐ญ๐ฎ(๐Ÿ) ๐’๐š๐ฅ๐ข๐ง๐š๐ง ๐ค๐š๐ ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ž๐ง๐š๐ฅ๐š๐ง

๐Ÿ“ŒBersama- sama ini dilampirkan Poster Pertandingan Futsal dan peserta perlu mengimbas QR Code yang tertera di poster untuk mendapatkan borang penyertaan

โ˜Ž๏ธSebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor telefon Pejabat JAKOA Daerah masing-masing yang tertera di poster tersebut.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐‹๐Ž๐“ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐“๐€๐๐€๐Œ๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐”๐‹๐€ ๐‹๐€๐ƒ๐€๐๐† (๐“๐’๐‹) ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐€๐’๐‹๐ˆ ๐“๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐‡7 April 2025 -Majlis penyerahan lot ta...
08/04/2025

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐‹๐Ž๐“ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐“๐€๐๐€๐Œ๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐”๐‹๐€ ๐‹๐€๐ƒ๐€๐๐† (๐“๐’๐‹) ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐€๐’๐‹๐ˆ ๐“๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐‡

7 April 2025 -Majlis penyerahan lot tanah Tanam Semula Ladang (TSL) Temakah telah diadakan di Kampung Orang Asli Temakah yang telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Hjh Sapiah binti Dato' Mohd Nor, Ketua Pengarah JAKOA Malaysia. Turut hadir bersama Ketua Pegawai Eksekutif Risda Plantation Sdn Bhd (RPSB) En. Mohamad Arif Bin Ismail, Pengarah JAKOA negeri Perak dan kedah En Harulnizam Bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah JAKOA Negeri Perak Dan Kedah En Kairul Amilin @ Khairul Amilin Bin Ibrahim.

Majlis diserikan dengan ucapan aluan Batin Kampung Orang Asli Temakah iaitu Yang Beradat, Batin Rantau bin Pandak. Turut tampil berucap Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah, Yang Berusaha Encik Harulnizam bin Abdul Rahman dan seterusnya ucapan perasmian oleh Ketua Pengarah JAKOA Malaysia, Yang Berbahagia Datoโ€™ Hjh Sapiah binti Datoโ€™ Mohd Nor. Dalam Ucapan Ketua Pengarah JAKOA, beliau menasihatkan agar komuniti orang asli di Temakah supaya lebih bersemangat dan rajin meningkatkan ekonomi keluarga melalui usaha dan bantuan yang telah disalurkan oleh pihak Kerajaan.

Majlis turut diserikan dengan Jamuan Raya dan Ramah Mesra Ketua Pengarah JAKOA bersama Komuniti Orang Asli setempat bersama Batin โ€“ Batin Daerah Kuala Kangsar.

Turut hadir bersama Ketua Unit Sosial Ekonomi JAKOA Perak dan Kedah En. Badrul Hisham Bin Kamarudin, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Kuala Kangsar En. Mahamad Hazwan Bin Sabri, Pengurus Wilayah Utara Risda Plantation Sdn Bhd (RPSB) En. Ismail Bin Harun, Pengurus Pusat Operasi Kuala Kangsar En Mohd Shaharul Rizal Bin Mohd Shariff

Diharapkan dengan penyerahan Ladang TSL ini dapat diusahakan dengan baik oleh peserta TSL sekaligus dapat meningkatkan taraf pendapatan peserta.

JAKOA Perak dan Kedah





๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’  ๐ˆ๐‡๐˜๐€ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐€๐’๐‹๐ˆ ๐˜๐”๐Œ ๐๐Ž๐’ ๐˜๐”๐Œ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐’๐ˆ๐๐”๐“๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐€๐‚ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ / ๐Ÿ๐ŸŽ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ”Program Ihya Ramadan...
26/03/2025

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐ˆ๐‡๐˜๐€ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐€๐’๐‹๐ˆ ๐˜๐”๐Œ ๐๐Ž๐’ ๐˜๐”๐Œ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐’๐ˆ๐๐”๐“

๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐€๐‚ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ / ๐Ÿ๐ŸŽ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ”

Program Ihya Ramadan anjuran JAKOA Negeri Perak dan Kedah melalui JAKOA Daerah Kuala Kangsar telah diadakan di Kampung Orang Asli Yum, Pos Yum. Program telah berlangsung dengan meriah dan penuh kesyukuran bersama komuniti Kampung Yum yang terdiri daripada suku kaum Temiar. Menariknya program ini kerana penduduk kampung bersepakat bergotong royong menyediakan pelbagai juadah seperti Ikan Tengas, Ayam Panggang, Nasi Dalam Buluh, Sup Kambing, Kari Daging, Pucuk Paku dan pelbagai lagi juadah yang sangat menyelerakan.

Program Ihya Ramadan ini turut dihadiri oleh Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah, Encik Harulnizam bin Abdul Rahman serta barisan Ahli Mesyuarat Pengurusan JAKOA Negeri Perak yang terdiri daripada Ketua โ€“ Ketua Unit serta Ketua โ€“ Ketua di Daerah. Selain itu, batin di Kawasan Pos Yum juga turut hadir memeriahkan Program Ihya Ramadan ini seperti Yang Beradat Batin Pandak bin Liong, Batin Daud bin Anjang, serta Batin Alang bin Pandak. Turut tidak terkecuali barisan kakitangan JAKOA Daerah Kuala Kangsar yang turut hadir bagi menyelaras program ini.

Sebelum berbuka puasa, Yang Beradat Batin Pandak bin Liong telah menyampaikan ucapan aluan di mana beliau menzahirkan kesyukuran dan terima kasih kepada Tuan Pengarah dan JAKOA kerana sudi memilih Kampung Yum sebagai destinasi untuk Program Ihya Ramadan kali ini. Tambahan lagi, Pengarah JAKOA Negeri Perak, Encik Harulnizam bin Abdul Rahman juga turut memberi ucapan penghargaan kepada Komuniti Kampung Yum kerana telah berjaya menghidupkan budaya gotong royong di kalangan komuniti bagi menyediakan pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Selain itu, Encik Harulnizam juga turut menasihatkan seluruh komuniti untuk sentiasa berwaspada dengan aktiviti di sungai untuk mengelak kecelakaan yang tidak diiingini.

Usai Berbuka Puasa, Program diteruskan dengan solat berjemaah Maghrib, Isya dan Taraweh. Solat telah diimamkan oleh kakitangan JAKOA Daerah Kuala Kangsar sendiri iaitu Encik Tajudin bin Hassan serta Pelajar Praktikum di Pejabat JAKOA Daerah Kuala Kangsar iaitu Encik Muhd Irfan Husni Bin Abdul Hafeez. Program ini telah berjalan dengan lancar dan telah berjaya mencapai matlamat yang dirancang. Selepas ini Program Ihya Ramadan anjuran JAKOA akan dilaksanakan di Kampung Orang Asli Pisang pada 27 Mac 2025.

JAKOA Perak dan Kedah


25/03/2025

PENGAMBILAN MURID KE PUSAT TRANSFORMASI MODAL INSAN ORANG ASLI (PUTRA ASLI) TINGKATAN 1 TAHUN 2025

๐Ÿ“š Pendaftaran Murid Orang Asli ke Tingkatan 1 (JUN 2025) Kini Dibuka! ๐Ÿ“š
Kami mengalu-alukan anak-anak Orang Asli untuk kemasukan ke PUSAT TRANSFORMASI MODAL INSAN ORANG ASLI (PUTRA ASLI) bagi Sesi Persekolahan JUN 2025.
โœจ Kelebihan Menyertai Kami:
โœ… Pembangunan Akademik & Sukan
โœ… Skim Bantuan Galakan Pendidikan (SBGP)
โœ… Asrama dan kemudahan yang lengkap
โœ… Aktiviti kokurikulum yang menarik
๐Ÿ“† Tarikh Permohonan: 24 Mac โ€“ 05 Mei 2025

๐Ÿ“ž Hubungi kami: 017-9729691 / 010-2454343
๐Ÿ“ฒ SILA IMBAS QRCODE YANG TERTERA UNTUK PERMOHONAN ๐Ÿ“ฒ
Peluang Pendidikan Terbaik! Daftar Sekarang! ๐ŸŽ“โœจ

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ (๐Š๐๐๐€) ๐Š๐„ ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐€๐’๐‹๐ˆ ๐Ž๐๐„ ๐’๐“๐Ž๐ ๐‚๐„๐๐“๐‘๐„ (๐Ž๐€๐Ž๐’๐‚) ๐๐€๐–๐Ž๐๐†7 Mac...
07/03/2025

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ (๐Š๐๐๐€) ๐Š๐„ ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐€๐’๐‹๐ˆ ๐Ž๐๐„ ๐’๐“๐Ž๐ ๐‚๐„๐๐“๐‘๐„ (๐Ž๐€๐Ž๐’๐‚) ๐๐€๐–๐Ž๐๐†

7 Mac 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Lawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) ke Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Bawong telah diadakan di Bilik Mesyuarat OAOSC Bawong yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Cadangan tentatif serta taklimat berkaitan pengoperasian OAOSC Bawong serta Projek Bersepadu Perkampungan Orang Asli Sungai Siput telah dibentangkan oleh Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah, Tuan Harulnizam bin Abdul Rahman.

Turut hadir bersama, Timbalan SUK Perak Dato' Nor Sham binti Rahman, Pengarah JKPTG Perak Dato' Mohd Fariz bin Mohd Hanip, Pegawai Daerah Kuala Kangsar Tuan Muhammad Nazri bin Abdullah serta Barisan Pengurusan SUK Perak, Pejabat Daerah serta JAKOA..

Diharapkan segala yang dirancang semasa lawatan KPPA di OAOSC Bawong pada 24 April 2025 ini akan berjalan lancar.

Jakoa Negeri Perak/Kedah





Address

JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI DAERAH KUALA KANGSAR, PUSAT PENTADBIRAN DAN KOMERSIAL ORANG ASLI ONE STOP CENTRE (OAOSC), KAMPUNG ORANG ASLI BAWONG
Sungai Siput
31100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JAKOA Daerah Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share