19/09/2024
Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan juga Hari Malaysia, pihak Persatuan Penduduk Taman Lurik Indah telah mengadakan pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang.
Kempen ini dijalankan dengan harapan dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan Penduduk Taman Lurik Indah yang terdiri dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.
Sambutan yang hangat telah diberikan oleh penduduk Taman Lurik Indah dengan menghiaskan kawasan rumah menggunakan Bendera Malaysia mengikut kreativiti masing-masing.