Ikram Timur Laut

Ikram Timur Laut Pertubuhan IKRAM Malaysia, Daerah Timur Laut Pulau Pinang. Dakwah, kebajikan serta tarbiyah. Kami tidak bertujuan membuat keuntungan.

Kami peduli urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran Islam. FB IKRAM Pusat https://www.facebook.com/ikram.malaysia/info
FB IKRAM Pulau Pinang https://www.facebook.com/ikram.mediapp

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei yang hadir seiring dengan sambutan Har...
16/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei yang hadir seiring dengan sambutan Hari Belia pada 15 Mei, Pertubuhan IKRAM Malaysia Timur Laut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh guru dan pendidik di Pulau Pinang atas segala jasa dan pengorbanan dalam mendidik anak bangsa. Dua tarikh yang berdekatan ini menggambarkan hubungan erat antara guru dan belia; pendidik membentuk, belia meneruskan legasi.

Peranan guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, bahkan membina karakter, menyemai nilai dan mencorakkan masa depan negeri serta negara melalui pembinaan generasi muda yang berilmu dan berakhlak. Setiap usaha dan pengorbanan dalam membimbing anak didik merupakan pelaburan jangka panjang dalam melahirkan belia yang berintegriti, berdaya saing dan berjiwa insani.

Semoga segala bakti yang dicurahkan menjadi amal soleh yang berpanjangan dan terus melahirkan generasi belia yang mampu memimpin masyarakat dengan nilai, hikmah dan tanggungjawab. Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Belia.

“Guru Membina, Belia Memaknai Masa Depan.”

Ahmad Luthfi Ahmad Azhari
YDPK IKRAM Timur Laut

13/05/2026
Selamat Hari IbuIbu, engkaulah insan teristimewa yang Allah hadirkan dalam hidup kami. Kasihmu tidak pernah bertepi, pen...
10/05/2026

Selamat Hari Ibu

Ibu, engkaulah insan teristimewa yang Allah hadirkan dalam hidup kami. Kasihmu tidak pernah bertepi, pengorbananmu tidak ternilai, dan doamu menjadi kekuatan dalam setiap langkah kami.

Dalam penatmu, masih ada senyuman. Dalam susahmu, masih ada doa. Dalam diam, terlalu banyak pengorbanan yang tidak mampu kami balas.

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ اِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُوْلَ اللهِ مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِيْ قَالَ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أَبُوْكَ

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?’ Nabi salallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi salallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Baginda menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi salallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.'” (Hadis riwayat Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)

Semoga Allah merahmati ibu-ibu kita, mengampuni dosa mereka, memuliakan kedudukan mereka, serta mengurniakan kebahagiaan di dunia dan syurga di akhirat. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Ukhuwah Teras Kegemilangan

Usaha yang tak terlihat, tetapi membawa impak positif kepada masyarakat.
07/05/2026

Usaha yang tak terlihat, tetapi membawa impak positif kepada masyarakat.

Memperkenalkan barisan AJK IKRAM Kawasan Timur Laut bagi sesi 2026–2028Kini tampil dengan saf kepimpinan yang baharu, be...
05/05/2026

Memperkenalkan barisan AJK IKRAM Kawasan Timur Laut bagi sesi 2026–2028

Kini tampil dengan saf kepimpinan yang baharu, bersedia menggalas amanah dan meneruskan perjuangan dalam membina masyarakat yang lebih sejahtera.

Semoga diberi kekuatan, kebijaksanaan dan keikhlasan dalam memimpin, memperkukuh ukhuwah serta terus berbakti kepada masyarakat.

Bersama menggerakkan usaha dakwah, kebajikan dan pembangunan ummah ke arah Malaysia Negara Rahmah.

Amalan Syura Diyakini
Ukhuwah Teras Kegemilangan
_________________________________________________
Yang Dipertua
Ahmad Luthfi Bin Ahmad Azhari

Timbalan Yang Dipertua
Wan Ahmad Furqan Bin Wan Mahmud Khairi

Setiausaha
Latifah Bee Binti Majid

Ketua Wanita
Najwa binti Abdul Halim

Ketua IKRAM Muda
Ahmad Badiuzzaman Bin Roslan

Bendahari
Muhammad Khairil Akmal Bin Mohd Khairuddin

JK Kebajikan
Muhammad Ridzuan Firdaus Bin Sidek

JK HEMA
Muhammad Ihsan Bin Rosli

JK Kebajikan Ahli
Muhammad Rizal Bin Mohamad Amin

JK TMI
Ahmad Mujahid Bin Mohd Razip

JK Dakwah
Shazwani Amanullah

JK Media
Muaz Bin Amir Nur Rashid

Address

2B-1, Jalan Bukit Kecil 1
Sungai Nibong
11900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikram Timur Laut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share