15/05/2026
Untuk rujukan semuanya ya✌️
Ada yang bertanya, kenapa semua kenderaan wakaf UKVJ berwarna merah dan bukannya putih.
Ok jom saya beri pencerahan dan sila baca sampai habis.
Untuk makluman, warna tema jentera UKVJ ialah berwarna oren kemerahan dan bukan merah seperti yang dinyatakan.
Warna oren tersebut adalah pilihan saya mengikut salah satu warna yang ada di logo rasmi UKVJ.
Kesemua 27 jentera wakaf kami warna dan cat di taja oleh pemilik bengkel ASY MAJU AUTO.
Antara tujuan utama saya menggunakan warna tema oren adalah kerana tidak mahu terkait dengan isu sekiranya ada pihak lain yang mengenakan caj bayaran untuk van jenazah kepada waris.
Seandainya perkara tersebut berlaku sekalipun, jentera UKVJ tidak terkait sama dan dipandang serong oleh masyarakat.
Lazimnya, van jenazah berwarna putih digunakan oleh pihak masjid atau badan khairat kematian.
Bagi yang berdaftar dengan khairat kematian dibawah masjid kariah, tiada kos bayaran perkhidmatan yang akan dikenakan kepada waris simati.
Segala kos akan di claim dari kewangan badan khairat kematian yang dibayar oleh ahli berdaftar.
Tetapi untuk yang bukan ahli berdaftar, kadar bayaran untuk van jenazah di dalam kariah mahupun di dalam daerah, ianya bergantung mengikut jarak penggunaan.
Kebiasaannya, khidmat dari masjid atau rumah ke tanah perkuburan, anggaran kadar bayaran perkhidmatan van jenazah bermula dengan sebut harga rm50 hingga rm400.
Ada juga pihak kariah yang tidak mengenakan sebarang caj bayaran, kerana kos tersebut ditanggung menggunakan tabung khas simpanan masjid.
Untuk penghantaran jarak jauh p**a, kadar bayaran yang ditetapkan ialah mengikut pada perkilo meter untuk perjalanan pergi dan balik, termasuk kos tol.
Ada harga yang ditetapkan kepada waris simati mengikut budi bicara, iaitu kadar bayaran dibuat secara lumsum.
Kebiasannya van jenazah yang dikendalikan individu, syarikat atau lebih mesra di gelar KARTEL VAN JENAZAH adalah berwarna putih.
Ada p**a van jenazah milik NGO yang berselindung menawarkan perkhidmatan percuma tetapi dalam diam menetapkan kadar bayaran secara tersembunyi kepada waris simati.
Ada beberapa NGO van jenazah / pengurusan jenazah yang menawarkan perkhidmatan percuma hanya untuk golongan tertentu seperti ;-
➡️Penerima Bantuan Asnaf Fakir Dan Miskin
➡️Penerima Bantuan Baitulmal
➡️Pemegang Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat
➡️Pemegang Kad Orang Kelainan Upaya OKU
➡️Ibu Mengandung
Untuk golongan kurang mampu atau berkemampuan, ada harga yang perlu dibayar bagi khidmat pengurusan jenazah / van jenazah.
Antaranya ialah bayaran bagi kos untuk peralatan mandi kafan atau bayaran untuk kos minyak serta tol bagi perjalanan pergi dan balik.
Ada juga NGO yang menawarkan perkhidmatan percuma hanya untuk didalam daerah atau di negeri mereka beroperasi.
Tetapi NGO tersebut mengenakan caj bayaran mengikut kadar perkilo meter bagi penghantaran jenazah keluar ke negeri lain.
Ada NGO yang menawarkan khidmat pengurusan dan penghantaran jenazah 100 peratus percuma bagi semua GOLONGAN contohnya seperti ;-
➡️Unit Khas Van Jenazah
➡️ Afiz Ayub Foundation
➡️ Persatuan van jenazah gua musang VJGM
➡️Van Jenazah Wakaf Perlis https://www.facebook.com/share/1S7x1kDmp7/
➡️Van Jenazah Teluk Intan https://www.facebook.com/share/1S7x1kDmp7/
➡️ Skuad Amal Van Jenazah
➡️ Unit Pengurusan Jenazah Cinta Kifayah
➡️ Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih
Rakan Strategik ;-
➡️0139721200 Mohd Azizul Jojo Team JNZA Gaung Global base di Besut.
➡️0175589242 Pertubuhan Amal Warisan base di Kuala Ketil
➡️0175335600 Muhammad Ridzuan Osman DikWan base di Sungai Petani
➡️0194210115 Team Van Jenazah Jerai base di Gurun
0175589242 Pertubuhan Amal Warisan base di Kuala Ketil
➡️0146628093 Mior Firdaus Skuad Amal Cahaya Kasih base di Kuala Kangsar
➡️0143620104 Shuk K**a Team Van Jenazah percuma Perak base di Manjung
0134909392 Ainul Mukries Hasan Team Kami Infaq base di Kg Gajah
0189539774 Paknjang Maknjang Team Pengurusan Jenazah Percuma Base di Beruas
➡️0165217036 Saiful Yusra base di Ipoh
➡️0127782211 Ahmad Shah Team van jenazah percuma Johor base di Iskandar Puteri Nusaja
➡️01971339321 Pertubuhan Kebajikan Khidmat Pengurusan Jenazah Selatan Muar Johor 01971339321
➡️01:2277002 Van Jenazah Johor Percuma 0132277002
➡️0122543835 Persatuan Skuad Amal Rembau 0122543835
➡️0197477852 Mohd Mirzaffar Abu Bakar Nur By Khiriah base di Lembah Klang
➡️0143505035 – Ustaz Mohammad Kenderaan Amal Khairat Keningau
Kesemua NGO van jenazah / pengurusan jenazah yang saya kongsikan, menawarkan perkhidmatan 200 peratus PERCUMA, tanpa memilih GOLONGAN simati atau waris.
Kalau ada yang mengenakan caj tersembunyi, anda boleh pm buat aduan kepada saya, InshaAllah kita dedahkan dan tibai sama2🙈
Untuk pengetahuan pembaca, saya hanya kongsikan senarai NGO yang memberi perkhidmatan 100 peratus percuma untuk semua golongan dan pernah berkerjasama dengan pihak UKVJ sahaja.
Atau NGO yang pernah saya hubungi bagi meminta bantuan pengurusan jenazah melibatkan kematian di daerah atau di negeri team tersebut beroperasi.
Dan kebiasaanya, saya akan follow up semula dengan waris apabila NGO tersebut selesai membantu jenazah.
Jika ada caj tersembunyi, sudah pasti waris akan bersangka buruk dan beranggapan saya mendapat komisen dari NGO terbabit.
Kita sedang memasuki fasa akhir zaman yang penuh tipu daya dan fitnah.
Saya tidak mahu orang lain buat kerja kotor, tetapi orang lain yang kena getah.
Sebenarnya, banyak lagi NGO yang menawarkan perkhidmatan percuma di dalam Malaysia.
Cuma saya tidak mention nama mereka kerana kami tidak pernah bekerjasama.
NGO yang tunggang perkata PERCUMA juga tidak kurang banyaknya.
Contoh seperti Van Jenazah Percuma Kelantan yang saya viralkan baru2 ini.
Guna perkataan PERCUMA, tetapi dalam diam mengenakan caj bayaran kepada waris.
Percuma hanya pada nama sebagai marketing untuk memerangkap waris.
Lebih memalukan, apabila salah laku itu didedahkan, ramai waris yang tampil memberitahu sudah menjadi mangsa.
Selepas modus operandi mangkuk ayun itu terbongkar, ayat percuma di akaun facebook milik individu terbabit tiba2 ditukar kepada Van Jenazah Negeri Kelantan.
Punyalah jahat perangai.
Nasib ada pihak yang membuat aduan.
Jika tidak pasti lebih ramai lagi waris akan tertipu dan menjadi mangsa.
Ok jom kita fokus semula kepada isu utama.
“Kenapa buat warna merah, bukan warna putih”
Ini antara soalan yang sering dilontarkan diruangan komen oleh beberapa orang followers UKVJ.
Kebanyakkan soalan tersebut dilontarkan oleh followers yang baru mengikuti page ini.
Perlulah kita semua ketahui,
Van jenazah berwarna putih hanyalah lebih kepada adat dan budaya.
Yang disunatkan berwarna putih ialah kain kafan dan bukannya van jenazah.
Tiada hadis, nas hukum, atau dalil syarak yang mewajibkan van jenazah perlu berwarna putih.
Kalau ianya ada boleh kongsikan kepada saya diruangan komen.
Perkara melibatkan adat dan budaya tentang pengurusan jenazah ini pernah beberapa kali pernah saya kongsikan.
Dengan tujuan sebagai perkongsian ilmu dan perbetulkan tafsiran yang salah.
Persepsi kuno yang ada, perlu diperbetulkan agar tidak diikuti oleh waris dan mereka yang tidak tahu.
Jangan terikut dengan budaya dan adat yang merumitkan kita.
Dalam dunia pengurusan jenazah, adat dan budaya yang menyusahkan waris harus ditinggalkan.
Share sekiranya penulisan ini bermanfaat😉