Darul Uloom Al Mustafa

  • Home
  • Darul Uloom Al Mustafa

Darul Uloom Al Mustafa DARUL ULOOM AL MUSTAFA
CIMB: 8600 5904 60
BANK ISLAM: 1228 9010 0181 74 DARUL ULOOM AL MUSTAFA
CIMB ISLAMIC: 8600 590 460
BANK ISLAM: 12289010018174

16/07/2026

"Jangan biarkan Jumaat berlalu tanpa sedekah.

Mungkin inilah Jumaat yang Allah jadikan asbab terbukanya pintu rezeki, ketenangan hati dan syurga buat kita.

Ayuh hidupkan Tabung Jumaat Madrasah Darul Uloom Almustafa.

❤️ Infaq Hari Ini, Pahala Berterusan."

DARUL ULOOM AL MUSTAFA
CIMB: 8600 5904 60
BANK ISLAM: 1228 9010 0181 74

👨‍👩‍👧 Ibu Ayah... Pernah Terfikir Untuk Menjadi Sebahagian Daripada Perjuangan Melahirkan Hafiz Al-Quran?Sebagai ibu aya...
06/07/2026

👨‍👩‍👧 Ibu Ayah... Pernah Terfikir Untuk Menjadi Sebahagian Daripada Perjuangan Melahirkan Hafiz Al-Quran?

Sebagai ibu ayah, kita sentiasa mengimpikan anak-anak membesar dengan akhlak yang baik dan dekat dengan agama.

Namun, masih ramai pelajar yang memerlukan sokongan untuk meneruskan pengajian Al-Quran dalam suasana yang lebih selesa.

🤲 Hari ini, anda berpeluang membantu mereka.

Semoga setiap ayat Al-Quran yang dibaca dan dihafaz menjadi saham akhirat buat anda dan keluarga.

📲 Hulurkan sumbangan melalui QR pada poster sekarang.
Klik Whatsapp Untuk Menderma & Pertanyaan Lanjut

🌿 Durian, Sebuah Rezeki Yang Mengajar Syukur 🌿Semalam, empat orang pelajar Madrasah Darul Ulum Al-Musthofa datang dengan...
24/06/2026

🌿 Durian, Sebuah Rezeki Yang Mengajar Syukur 🌿

Semalam, empat orang pelajar Madrasah Darul Ulum Al-Musthofa datang dengan wajah penuh harapan.

"Ustaz, kami nak makan durian..."

Masing-masing mengeluarkan RM10 daripada wang simpanan mereka. Bukan jumlah yang besar bagi sesetengah orang, tetapi bagi seorang pelajar yang menghabiskan hari-harinya menghafal Kalamullah, setiap ringgit itu ada nilainya.

Ana pun pergi membeli durian seperti yang mereka kirimkan.

Ketika di gerai, pakcik penjual durian bertanya:

"Durian ni untuk siapa?"

Ana ceritakan tentang anak-anak tahfiz yang mengumpulkan duit sendiri kerana teringin merasai durian bersama sahabat-sahabat mereka.

Pakcik itu diam seketika.

Kemudian beliau tersenyum.

"Ambillah lebih sikit. Bagi budak-budak tahfiz makan puas-puas."

Allahu Akbar...

Kadang-kadang, bantuan yang paling indah bukan datang daripada orang yang berharta, tetapi daripada hati yang penuh kasih kepada para penghafal Al-Quran.

Alhamdulillah, durian yang asalnya untuk beberapa orang akhirnya dapat dinikmati oleh hampir semua warga madrasah.

Melihat mereka tersenyum, bergelak ketawa dan makan bersama-sama, mengingatkan kami bahawa kebahagiaan itu sebenarnya sangat sederhana.

Anak-anak ini tidak mengejar dunia yang mewah.

Hari-hari mereka dipenuhi dengan hafazan, murajaah, kelas pengajian, zikir dan ibadah.

Namun di sebalik kesederhanaan hidup mereka, Allah sentiasa mengirimkan rezeki melalui insan-insan yang berhati mulia.

Terima kasih pakcik.

Mungkin bagi pakcik itu hanya beberapa biji durian tambahan.

Tetapi bagi anak-anak tahfiz ini, ia menjadi kenangan yang akan mereka ingat untuk waktu yang sangat lama.

Semoga Allah melimpahkan keberkatan rezeki, kesihatan dan kebahagiaan buat pakcik sekeluarga.

❤️ Doakan anak-anak Madrasah Darul Ulum Al-Musthofa terus istiqamah menghafal Al-Quran dan menjadi pewaris perjuangan Rasulullah ﷺ.






17/06/2026

Apabila kita tiada nanti, apakah yang akan terus menemani anak-anak kita?

Harta boleh habis. Pangkat boleh hilang. Namun ilmu, adab dan agama akan sentiasa menjadi cahaya dalam kehidupan mereka.

Di Darul Uloom Al Mustafa, kami berusaha membimbing generasi yang bukan sahaja berilmu, bahkan berakhlak dan dekat dengan Allah.

✅ Pengajian Al-Quran dan Kitab Turath
✅ Bimbingan adab dan akhlak Islam
✅ Tarbiyah rohani dan pembentukan sahsiah
✅ Suasana pembelajaran yang kondusif dan berkat
✅ Bimbingan para asatizah yang berpengalaman

🌱 Hari ini mereka menuntut ilmu. Esok mereka menjadi penyambung warisan agama.

Pengambilan Pelajar Baharu Kini Dibuka

📲 WhatsApp sekarang untuk pendaftaran dan maklumat lanjut

"Didiklah anak dengan ilmu dan adab, kerana itulah bekalan yang akan kekal sepanjang hayat." ✨

Alhamdulillah syukur nikmat Allah taala.Rutin pelajar di madrasah kami, setiap malam membaca ratib Al hadad.Insyaallah d...
22/05/2026

Alhamdulillah syukur nikmat Allah taala.

Rutin pelajar di madrasah kami, setiap malam membaca ratib Al hadad.

Insyaallah dapat membina keperibadian yang baik dalam mengajar ilmu Allah swt.

16/05/2026

“Mak Ayah… Pernah Tak Terfikir Siapa Anak Kita 10 Tahun Akan Datang?” 🥺

Adakah mereka membesar dengan akhlak yang baik, menjaga solat & menghormati ibu ayah… atau hanyut dengan dunia tanpa arah? 😔

Sebab itu pendidikan bukan sekadar akademik, tetapi juga tarbiyah & didikan agama yang membentuk hati anak sejak kecil ❤️

📖 Pengambilan Pelajar Kini Dibuka
Darul Uloom Al Mustafa

✨ Pengajian Al-Quran & Bahasa Arab
✨ Talaqqi Kitab Turath
✨ Pembelajaran berteraskan adab & tarbiyah

Terbuka untuk pelajar lelaki & perempuan peringkat rendah & menengah 🕌

📲 Hubungi sekarang untuk pertanyaan & pendaftaran.

😔 Zaman sekarang... ibu ayah risau tengok anak makin jauh dengan agama. Pengaruh luar makin kuat sampai takut fikir masa...
16/05/2026

😔 Zaman sekarang... ibu ayah risau tengok anak makin jauh dengan agama. Pengaruh luar makin kuat sampai takut fikir masa depan anak nanti.

Sebab tu pendidikan bukan sekadar akademik semata-mata.
Anak juga perlukan bimbingan ilmu agama, adab & tarbiyah untuk jadi insan yang bermanfaat dunia dan akhirat ❤️

📖 Pengambilan Pelajar Kini Dibuka

Darul Uloom Al Mustafa
✨ Pengajian Al-Quran & Bahasa Arab
✨ Talaqqi Kitab Turath
✨ Sistem pembelajaran berteraskan tarbiyah

Terbuka untuk pelajar lelaki & perempuan peringkat rendah dan menengah 🕌

📲 Hubungi sekarang untuk pertanyaan & pendaftaran.

✨Mak Ayah✨ Takut salah pilih sekolah agama untuk anak? Takut nanti ilmu tak sampai, masa terbuang, dan hati tak tenang?D...
16/04/2026

✨Mak Ayah✨ Takut salah pilih sekolah agama untuk anak? Takut nanti ilmu tak sampai, masa terbuang, dan hati tak tenang?

Darul Uloom Al Mustafa (DUAM) guna sistem talaqqi + tarbiyah, bukan sekadar hafaz, tapi kefahaman, akhlak & pengawasan asrama.

Pilihan yang tepat bagi Mak Ayah tenang hati.

Tempat terhad untuk setiap pengambilan.

📲 Hubungi kami melalui WhatsApp untuk Daftar segera untuk kemasukan sesi 2026 tahun ini

🌙 Salam Aidilfitri 1447H 🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…Di saat takbir bergema…tanda kemenangan bagi jiwa y...
20/03/2026

🌙 Salam Aidilfitri 1447H 🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Di saat takbir bergema…
tanda kemenangan bagi jiwa yang berjaya menundukkan nafsu,
menusuk ke dalam qalbu yang paling sunyi…

kita mula menyedari.. bahawa perjalanan Ramadhan ini bukan sekadar ibadah zahiriah…

tetapi perjalanan kembali mengenal Tuhan…
perjalanan mengikat diri dengan Allah SWT…
mengutip semula serpihan hati yang pernah jauh…
lalu dihimpunkan dalam sujud yang panjang…
dalam tangis rindu… dan syukur yang mendalam…

Hari Raya ini bukan sekadar pada pakaian yang serba baru…
tetapi pada hati yang dibersihkan…
yang mampu memaafkan tanpa syarat…
yang kembali lembut…
yang kembali hidup dengan zikrullah…
dan kembali rindu kepada Baginda Rasulullah ﷺ…

Jika sepanjang langkah kita bersama…
ada khilaf yang tidak terungkap…
ada kata yang terlepas tanpa sedar…
ada sikap yang mengguris tanpa niat…
maka di hari yang penuh rahmat ini…
kami tundukkan hati…
memohon ampun dan maaf setulusnya…

Semoga Aidilfitri ini menjadi titik bangkit…
bukan sekadar hari kemenangan…
tetapi permulaan perjalanan yang lebih dekat dengan Allah SWT…
lebih tenggelam dalam mahabbah Nabi ﷺ…
dan lebih teguh dalam saf perjuangan menuju redha-Nya…

Daripada:
Ust Hakim Almustafa & Family

serta
Keluarga Besar Nur Almustafa Malaysia

Taqabbalallahu minna wa minkum…
wa ja‘alana min ahlil mahabbah wal wusul…

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin 🤍
21 Mac 2026 | 1 Syawal 1447H

Address

LOT 1677, JALAN GAJAH 10, KG KUBU GAJAH

47000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Darul Uloom Al Mustafa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Darul Uloom Al Mustafa:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share