19/02/2024
Pada 18 Februari 2024, Yayasan Azinal Abidin berkolobrasi bersama pejabat Ahli Undangan Negeri Hulu Kelang Ybhg Dato' Seri Azmin Ali untuk menyumbang kepada program Back to School Charity Drive komuniti ragbi All United Rugby Old Boys ( AUROB).
AUROB telah dibina sejak 2020 dan matlamat asal adalah untuk mengumpulkan dan menghidupkan semangat sukan ragbi dari pihak juniors, seniors dan veteran. Pihak Yayasan amat mengagumi semangat dan dedikasi yang ditunjukkan pemain-pemain dengan displin dan komitmen setiap hari Ahad pagi untuk latihan serta latihan-latihan tambahan setiap kali menyertai kejohanan.
Syabas dan pihak Yayasan mengucapkan selamat berjaya dan untuk anak-anak yang menerima sumbangan back to school, tunjukkan semangat dan dedikasi serta displin yang ditunjukkan di padang dibawa juga ke pengajian akademik di sekolah.
"The whole point of rugby is that it is, first and foremost, a state of mind, a spirit"
-Jean-Pierre Rives-