Geramm

Geramm Bebaskan media daripada cengkaman Tandatangan petisyen online di sini: http://www.change.org/id/petisi/wartawan-dan-pengamal-media-sila-tandatangan

Gerakan Media Merdeka (Geramm) ditubuhkan di Bangsar oleh sekumpulan wartawan portal berita utama bersama sokongan aktivis masyarakat sebagai membantah tindakan kerajaan menggantung permit penerbitan mingguan 'The Heat'.

LETS JOM YUK MARI! Panduan lokasi serta aturcara penuh Media Solidarity Festival 2026, Media Solidarity Awards 2026.
08/05/2026

LETS JOM YUK MARI! Panduan lokasi serta aturcara penuh Media Solidarity Festival 2026, Media Solidarity Awards 2026.

LETS JOM YUK MARI! Sekali lagi, Geramm bersama      kembali meraikan solidariti bersempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia...
03/05/2026

LETS JOM YUK MARI! Sekali lagi, Geramm bersama kembali meraikan solidariti bersempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia.

Undian juga kini dibuka (LINK IN STORY) untuk tiga kategori Media Solidarity Awards 2026, merayakan pengorbanan, sumbangan dan sokongan kepada industri media tempatan.

Undian dijalankan secara atas talian (online voting) melalui Google Form. Bermula hari ini hingga 11.59pm 9 Mei. Pemenang akan diumumkan pada 10 Mei di acara Media Solidarity Festival 2026.

Kongsikan poster dan pautan Google Form ke media sosial anda, mention kami di FB atau IG bagi meningkatkan peluang calon-calon pilihan untuk memenangi hadiah istimewa.

Agenda penuh acara akan menyusul.

PERUTUSAN HARI KEBEBASAN AKHBAR 2026 ✊
03/05/2026

PERUTUSAN HARI KEBEBASAN AKHBAR 2026 ✊

LETS JOM YUK MARI! Sekali lagi, Geramm bersama   Majlis Media Malaysia Centre for Independent Journalism National Union ...
03/05/2026

LETS JOM YUK MARI! Sekali lagi, Geramm bersama Majlis Media Malaysia Centre for Independent Journalism National Union of Journalists Peninsular Malaysia kembali meraikan solidariti bersempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia.

Undian juga kini dibuka untuk tiga kategori Media Solidarity Awards 2026, merayakan pengorbanan, sumbangan dan sokongan kepada industri media tempatan.

Undian dijalankan secara atas talian (online voting) melalui Google Form. Bermula hari ini hingga 11.59pm 9 Mei. Pemenang akan diumumkan pada 10 Mei di acara Media Solidarity Festival 2026.

Kongsikan poster dan pautan Google Form ke media sosial anda, mention kami di FB atau IG bagi meningkatkan peluang calon-calon pilihan untuk memenangi hadiah istimewa.

Agenda penuh acara akan menyusul.

PERUTUSAN HARI KEBEBASAN AKHBAR SEDUNIA 2026Hari ini, kita mengangkat satu prinsip yang tidak boleh dikompromi: kewartaw...
03/05/2026

PERUTUSAN HARI KEBEBASAN AKHBAR SEDUNIA 2026

Hari ini, kita mengangkat satu prinsip yang tidak boleh dikompromi: kewartawanan bukan jenayah.

Dalam keadaan semasa, kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Sedunia terus merosot — jatuh ke tangga ke-95 pada tahun 2026, berbanding ke-88 tahun sebelumnya.

Ini bukan sekadar angka, tetapi cerminan tekanan yang semakin meningkat terhadap kebebasan media dan ruang bersuara di negara ini.

Dalam landskap yang semakin mencabar, pengamal media terus berdepan tekanan — daripada ugutan halus hingga tindakan undang-undang — hanya kerana menjalankan tugas melaporkan kebenaran. Ini tidak boleh dinormalisasikan.

Solidariti media bukan sekadar slogan. Ia adalah benteng bersama untuk mempertahankan kebebasan bersuara, melindungi wartawan, dan memastikan rakyat terus mendapat maklumat yang telus serta berintegriti.

Geramm menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menakut-nakutkan, membungkam atau menjenayahkan kewartawanan adalah ancaman kepada demokrasi.

Kami berdiri teguh bersama semua pengamal media: Melapor bukan jenayah. Bertanya bukan jenayah. Mendedahkan kebenaran bukan jenayah.

Kewartawanan adalah tanggungjawab — bukan kesalahan.

****

GERAMM’s WORLD PRESS FREEDOM DAY 2026 Message

Today, we uphold a principle that cannot be compromised: journalism is not a crime.

In the current climate, Malaysia’s position in the World Press Freedom Index continues to decline — falling to 95th place in 2026, compared to 88th the year before.

This is not merely a number, but a reflection of the growing pressure on media freedom and the space for expression in this country.

In an increasingly challenging landscape, media practitioners continue to face pressure — from subtle intimidation to legal action — simply for carrying out their duty to report the truth. This must not be normalised.

Media solidarity is more than just a slogan. It is a shared bulwark to defend freedom of expression, protect journalists, and ensure the public continues to receive transparent and credible information.

Geramm stresses that any attempt to intimidate, silence, or criminalise journalism is a threat to democracy.

We stand firmly with all media practitioners: Reporting is not a crime. Asking questions is not a crime. Exposing the truth is not a crime.

Journalism is a responsibility — not an offence.

Dari Kami Untuk Kita ✊
01/05/2026

Dari Kami Untuk Kita ✊

✊
28/04/2026

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan NUJM-Malaysiakini menyatakan kebimbangan mendalam berhubung serbuan polis ke atas kediaman wartawan Malaysiakini, B Nantha Kumar.

Serbuan tersebut, yang dilaporkan berkait siasatan terhadap hasil kerja kewartawanan beliau dalam mendedahkan rancangan kerajaan untuk melaksanakan sistem baharu pengambilan pekerja asing, merupakan satu perkembangan membimbangkan dalam tindakan terhadap pengamal media yang menjalankan tugas profesional mereka.

Kami menegaskan satu prinsip asas dalam mana-mana masyarakat demokratik: kewartawanan bukan jenayah. Wartawan mempunyai tanggungjawab untuk melaporkan perkara berkepentingan awam, termasuk dasar, sistem dan keputusan yang memberi implikasi besar terhadap tadbir urus, kebertanggungjawaban dan hak individu.

Serbuan ke atas rumah seorang wartawan yang berkait dengan laporannya menghantar isyarat yang menggerunkan kepada komuniti media. Ia menimbulkan kebimbangan serius mengenai unsur intimidasi, perlindungan sumber, serta kemerosotan kebebasan media di Malaysia.

KENYATAAN MEDIA| Seperti mana pihak polis mempunyai tanggungjawab untuk menyiasat setiap laporan yang diterima, media ju...
27/04/2026

KENYATAAN MEDIA| Seperti mana pihak polis mempunyai tanggungjawab untuk menyiasat setiap laporan yang diterima, media juga bertanggungjawab untuk menjunjung prinsip hak jawab (right of reply) dalam setiap penerbitan berita.

Namun, perlu diketahui bahawa keengganan untuk menggunakan hak jawab bukanlah ‘tiket’ untuk menghalang wartawan atau media dari menerbitkan sesebuah laporan, terutama melibatkan kewartawanan investigasi (investigative journalism) yang melibatkan pelbagai sumber.

Adalah amat dikesali apabila pihak berkaitan enggan memberikan kerjasama, terutama dalam isu melibatkan kepentingan awam, dan sebaliknya cuba menghentikan pelaporan berita dengan membuat laporan polis.

Geramm bersolidariti dalam semangat Kewartawanan Bukan Jenayah (Journalism is Not A Crime) ✊

*****

“Difahamkan bahawa Kementerian Sumber Manusia membuat laporan (polis) terhadap laporan itu, walaupun telah berulang kali ditawarkan untuk memberi komen oleh Malaysiakini.”



ENGLISH VERSION

MEDIA STATEMENT | Just as the police have a duty to investigate every report they receive, the media also bears the responsibility to uphold the principle of the right of reply in every news publication.

However, it must be understood that a refusal to exercise the right of reply is not a “ticket” to prevent journalists or the media from publishing a report, especially in the case of investigative journalism that draws on multiple sources.

It is deeply regrettable when the parties concerned refuse to cooperate, particularly on matters of public interest, and instead attempt to halt news reporting by lodging police reports.

Geramm stands in solidarity under the spirit that Journalism Is Not a Crime ✊

Address

PARC, Taman Subang Ria, Selangor
Subang Jaya
47500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Geramm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Geramm:

Share