Malaysian Advocates for Cerebral Palsy - Mycp

Call Website Contact the organization

Malaysian Advocates for Cerebral Palsy - Mycp Support group for Cerebral Palsy community in Malaysia

Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP) is a support group and advocate for children and individuals with Cerebral Palsy (CP) and their families. Cerebral Palsy is a neurological condition that affects movements, positions and body coordination whereby approximately
1 out of 278 children is diagnosed with it. As a national level association registered under the Registrar of Societies of Malaysia, MyCP aims to provide support for CP individuals, their parents and families in Malaysia as well as promoting the exchange of information and advocating the rights of CP individuals and other CP related issues

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Mohd Shah Irfan bin Mohd Hafis. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan d...
29/09/2026

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Mohd Shah Irfan bin Mohd Hafis.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh keluarga dalam menghadapi kehilangan ini.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan betamal soleh.

Al-Fatihah.

Daripada Keluarga MyCP

MYCP FAMILY DAY VOL. 2 Satu Hati, Satu Keluarga, Satu MatlamatAlhamdulillah, selesai sudah MYCP Family Day Vol. 2. Satu ...
08/09/2026

MYCP FAMILY DAY VOL. 2

Satu Hati, Satu Keluarga, Satu Matlamat
Alhamdulillah, selesai sudah MYCP Family Day Vol. 2.

Satu hari yang penuh dengan kegembiraan, games, gurauan, semangat kekeluargaan dan macam2 gelagat keluarga MYCP.

Alhamdulillah yang bestnya, kali ni ada lebih 30 family bukan sahaja dari sekitar Selangor atau KL, ada yang datang dari Melaka dan ada yang dah OTW dari Kuantan tapi berpatah balik kerana kesihatan anak. Semua family turun padang. Ibu ayah, adik-beradik, penjaga, rakan sokongan sama2 masuk game. Ada yang serius nak menang, ada yang main suka2, ada yang baru nak warm up dah penat ketawa.😆

Tapi itulah yang kami cari.
Bukan siapa yang menang atau kalah dalam games, tapi siapa yang dapat mencipta kenangan bersama.

Untuk seketika, kita lupakan rutin dan cabaran dan ujian masing2. Kita gelak sama2, borak & bersorak sama2, support sama2 dan raikan setiap keluarga yang ada sama2

Terima kasih kepada semua yang menjadikan MYCP Family Day Vol. 2 begitu meriah. Terima kasih kerana hadir, bermain, membantu dan paling penting… menjadi sebahagian daripada keluarga besar MYCP. 🤝

Moga kenangan hari ini menjadi satu lagi memori indah untuk kita simpan bersama.
Satu hati. Satu keluarga. Satu matlamat.
Bersama kita kuat, bersama kita bahagia.

MYCP Family Day Vol. 2
Kerana Setiap Keluarga MYCP, Anak Syurga Luar Biasa! 🔥


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kesempatan mengadakan perjumpaan bersama Team Akaun MyCP pada hari ini.Se...
04/09/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kesempatan mengadakan perjumpaan bersama Team Akaun MyCP pada hari ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli pasukan atas kesudian meluangkan masa, berkongsi pandangan serta memberikan komitmen yang amat bermakna. Perjumpaan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah memperkukuhkan semangat kerjasama demi memastikan urusan dan tanggungjawab persatuan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini terus berkekalan, dipermudahkan segala urusan, dan membawa manfaat kepada semua.

Terima kasih atas kerjasama dan dedikasi yang diberikan. 🤝

Assalamualaikum SemuaInsya Allah inilah aturcara program kita pada hujung minggu ini- Sabtu 5/9 Family Day - Ahad 6/9 La...
03/09/2026

Assalamualaikum Semua

Insya Allah inilah aturcara program kita pada hujung minggu ini
- Sabtu 5/9 Family Day
- Ahad 6/9 Larian Sawah Padi Tg Karang

Pada 33 family yang akan join & travel moga dipermudahkan urusan dan dikurniakan keselamatan dalam perjalanan. Kita jumpa disana Insya Allah

Sambutan Merdeka yang penuh makna. Merdeka kan pemikiran segenap lapisan masyarakat dalam melihat nilai kemanusiaan. Ben...
01/09/2026

Sambutan Merdeka yang penuh makna. Merdeka kan pemikiran segenap lapisan masyarakat dalam melihat nilai kemanusiaan.

Benarlah seperti di kata oleh En Wira kita.."Biar Dunia Melihat Mereka"...lihatlah, agar kamu semakin mengenal .

Demi memastikan anak istimewa mereka tidak ketinggalan merasai kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan, sepasang suami isteri sanggup mengayuh basikal sejauh tujuh kilometer sambil membawa anak penghidap Cerebral Palsy (CP) bersama-sama menyemarakkan suasana di Dataran Putrajaya.

ZUMBA UNTUK KITA – IBU2 LUAR BIASA Syukur Alhamdulillah, Ahad lepas telah berlangsung aktiviti Zumba Untuk Kita, khas un...
23/08/2026

ZUMBA UNTUK KITA – IBU2 LUAR BIASA

Syukur Alhamdulillah, Ahad lepas telah berlangsung aktiviti Zumba Untuk Kita, khas untuk ibu2 penjaga anak2 syurga dan wanita2 sahaja.

Uniknya program kali ini, aktiviti dibuat dalam dewan tertutup yang penuh privacy. Ruang untuk sama2 bergerak, berpeluh, happy dan paling penting... bebas jadi diri sendiri. 😆

Admin yang tulis ni tak dapat join. Tapi dengar cerita daripada peserta, selain penat berzumba, sesi gelak ketawa pun jauh lebih penat. Almaklumlah... ibu2 dan wanita2 sahaja!

Sebenarnya itulah antara tujuan program ini.
Bukan sekadar aktiviti kesihatan dan senaman, tetapi menyediakan sedikit ruang untuk healing, berkongsi cerita, melepaskan rasa dan saling menguatkan.

Ada perkara yang mungkin susah nak diluahkan seorang diri. Tetapi bila bersama mereka yang melalui perjalanan yang hampir sama, mungkin lebih mudah untuk ketawa, berkongsi dan rasa bahawa kita tidak keseorangan.

-Terima kasih Coach Nani atas Zumba yang happening!

-Terima kasih Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) atas tajaan Dewan Serbaguna MBSJ Putra Permai.

- Terima kasih juga Yayasan Anak Istimewa Selangor (YANIS) atas sokongan kepada program ini.

- Terima Kasih Puan Karimah dan rakan2 sokongan yang hadir dan buat surprise agihan goodies buat family2 yang terlibat

Sekarang admin nak tanya peserta2 p**a...
Macam mana? Nak lagi tak?
Kalau feedback positif dan ramai yang demand, Insya Allah kita cuba repeat dan jadikan Zumba Untuk Kita sebagai salah satu program berterusan untuk ibu2 luar biasa kita.

Sebab kadang2...
Mereka yang selalu menjaga dan menguatkan orang lain juga perlukan ruang untuk dijaga dan dikuatkan.

Zumba Untuk Kita – Ibu2 Luar Biasa

PERINGATAN MESRA DARIPADA BARISAN AJK____________________◇____________________*1. ZUMBA IBU2 LUAR BIASA!*Ahad ini kita g...
19/08/2026

PERINGATAN MESRA DARIPADA BARISAN AJK
____________________◇____________________

*1. ZUMBA IBU2 LUAR BIASA!*

Ahad ini kita gegarkan Sri Kembangan!
Bukan sekadar berzumba, tapi masa untuk berpeluh, bergembira & berukhuwah bersama. 🥰

📍 Sri Kembangan
🏠 Dewan tertutup
📅 Hari Ahad (23/8/26)

Jangan datang seorang… ajak kawan, jiran, saudara & geng2 ibu sekali!
Lagi ramai, lagi happening!
*AWAS!* - Wanita sahaja ya☺️

*2. FAMILY DAY MYCP – JOM MERIAHKAN BERSAMA!*

Family Day di Tanjung Karang menanti kita!
Bawa keluarga, bawa keceriaan dan cipta memori indah bersama2.

Semua maklumat adalah seperti yang tertera di poster.

Masih teringin nak join? Boleh! 😉
Untuk penyertaan saat2 akhir, boleh terus hubungi saya.

Jom kita sama2 hidupkan aktiviti MYCP!
Biar meriah, biar rapat, biar penuh kenangan!

MYCP — Bersama kita meriahkan, bersama kita eratkan ukhuwah! 🤝❤️

HI-TEA OF HOPE Celebrating Amazing FamiliesAlhamdulillah, Ahad yang lalu kami berpeluang menghadiri sesi taaruf dan meet...
22/07/2026

HI-TEA OF HOPE
Celebrating Amazing Families

Alhamdulillah, Ahad yang lalu kami berpeluang menghadiri sesi taaruf dan meet & greet bersama YB Senator Puan Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dalam suasana yang santai, mesra dan penuh makna.

MYCP diwakili oleh 3 keluarga Ahli Jawatankuasa serta 2 keluarga ahli yang berkongsi kisah kehidupan masing2. Setiap keluarga hadir dengan cerita yang berbeza, namun disatukan oleh satu perkara yang sama, kasih sayang, kekuatan dan harapan dalam membesarkan anak2 syurga luar biasa.

Apa yang benar2 menyentuh hati kami ialah kesungguhan YB Senator mendengar setiap perkongsian. Hampir setiap kisah dicatat satu persatu di dalam buku notanya. Bagi kami, ia memberi gambaran bahawa setiap suara, setiap pengalaman dan setiap cabaran yang dikongsikan mempunyai nilai untuk didengari.

Terima kasih kepada YB Senator dan seluruh pasukan atas jemputan yang sederhana tetapi cukup bermakna, serta atas sumbangan yang diberikan kepada MYCP. Sokongan seperti ini menjadi suntikan semangat untuk kami terus memperjuangkan kebajikan komuniti OKU dan keluarga mereka.

Bagi yang ingin mengikuti perkongsian dan penulisan beliau, bolehlah singgah ke Facebook YB Senator yang sering memuatkan kisah2 kehidupan serta pengajaran yang memberi inspirasi.

Seperti kata2 yang dikongsikan oleh beliau:
"Kerana setiap keluarga luar biasa, berhak diraikan dengan kasih sayang luar biasa."

Semoga pertemuan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak jalinan kerjasama yang memberi manfaat, membuka lebih banyak ruang kefahaman, dan bersama2 memartabatkan sebuah masyarakat yang lebih inklusif, penyayang dan tidak meninggalkan sesiapa di belakang.

Bersama kita membina harapan, memperkukuh sokongan dan meraikan setiap keluarga luar biasa.

HI-TEA OF HOPE"Celebrating Amazing Families" Alhamdulillah, berpeluang meluangkan masa bersama keluarga-keluarga luar bi...
21/07/2026

HI-TEA OF HOPE
"Celebrating Amazing Families"

Alhamdulillah, berpeluang meluangkan masa bersama keluarga-keluarga luar biasa yang setiap hari mengajar kita erti kasih sayang, kesabaran dan pengorbanan.

Di sebalik senyuman mereka, ada ibu yang sudah bertahun-tahun berjaga malam. Ada ayah yang bekerja tanpa mengenal lelah. Ada adik-beradik yang membesar dengan penuh tanggungjawab demi insan tersayang.

Mereka mungkin tidak selalu menjadi tajuk utama, tetapi mereka ialah wira sebenar yang membina sebuah keluarga dengan cinta yang tidak pernah bersyarat.

Terima kasih kepada Persatuan OKU yang membuka ruang untuk saya bertemu dan menyantuni keluarga-keluarga hebat ini. Setiap pertemuan mengajar saya bahawa kasih sayang, kesabaran dan pengorbanan seorang penjaga adalah sesuatu yang tidak mampu dinilai dengan apa jua ukuran.

Semoga setiap usaha memartabatkan golongan OKU dan para penjaga terus dipermudahkan, diperkukuhkan serta menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus membina negara yang lebih penyayang, inklusif dan saling menghargai.

"Kerana setiap keluarga luar biasa, berhak diraikan dengan kasih sayang yang luar biasa." ❤️

°°°

Khidmat mendekatkan,
Islah menguatkan.

Fokus kerja,
Istiqamah melangkah.



✍️ Radhi (Peg Media YBTM HEA)

Address

4 USJ 3/4X
Subang Jaya
47600SUBANGJAYASELANGOR

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Advocates for Cerebral Palsy - Mycp posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysian Advocates for Cerebral Palsy - Mycp:

Share