Kesatria Cawangan Selangor/ Wilayah Persekutuan

Kesatria Cawangan Selangor/ Wilayah Persekutuan Kesatuan Kakitangan Awam Angkatan Tentera Malaysia

16/06/2026
“Salam Aidiladha 1447H / 2026M.Semoga ibadah korban mengajar kita erti keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama i...
26/05/2026

“Salam Aidiladha 1447H / 2026M.
Semoga ibadah korban mengajar kita erti keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan.
Taqabbalallahu minna wa minkum, selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.” 🌙🐄✨

30/04/2026

1 mei 2026

Alhamdulillah, mesyuarat yang diadakan telah berjalan dengan lancar dan penuh semangat kerjasama. Setiap pandangan dan c...
28/04/2026

Alhamdulillah, mesyuarat yang diadakan telah berjalan dengan lancar dan penuh semangat kerjasama. Setiap pandangan dan cadangan telah dibincangkan dengan teliti demi mencapai kata sepakat bersama.

Apa yang penting, mesej dan hasrat yang ingin disampaikan dalam mesyuarat ini telah pun tercapai dengan baik. Semoga segala keputusan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan memberi manfaat kepada semua pihak.

Terima kasih kepada semua yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.

BERSATU MEMBELA KEADILAN🤝

20/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dari KESATRIA CAWANGAN SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN.

Mohon maaf zahir dan batin atas segala khilaf sepanjang kita berurusan.

Semoga hari raya anda penuh dengan kegembiraan bersama keluarga tercinta.

Ingatan tulis ikhlas

Pengerusi dan Barisan Kepimpinan Tertinggi
KESATRIA SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN

16/01/2026

Salam Israk Mikraj.
Semoga hikmah perjalanan Rasulullah SAW menjadi pedoman dalam kehidupan kita, memperkukuh Akidah dan meningkatkan ketaatan kepada Allah SWT.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,Salam Malaysia MADANI, Salam Perjuangan.Saudara/ Saudari ...
24/12/2025

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,Salam Malaysia MADANI, Salam Perjuangan.

Saudara/ Saudari ahli KESATRIA yang dihormati dan dikasihi sekalian

Untuk makluman semua ahli bahawa semasa Persidangan Perwakilan Tritahunan KESATRIA Kali Ke-8 bagi Sesi 2024-2027 yang telah berlangsung di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 2 Dis 2024 - 5 Dis 2024, satu usul telah dikemukakan oleh Perwakilan dari Cawangan Pahang, Selangor dan juga Melaka bagi Kenaikan Bayaran Yuran Keahlian RM7.00 Ke RM10.00.

Cadangan kenaikan bayaran yuran keahlian daripada RM7.00 ke RM10.00 ini adalah berasaskan beberapa pertimbangan penting demi kelangsungan, keberkesanan dan Kebajikan KESATRIA, antaranya:-

1. Peningkatan Kos Operasi Dan Pentadbiran – kos pengurusan seperti percetakan, pengurusan mesyuarat serta urusan pentadbiran semakin meningkat sejajar dengan keadaan semasa.

2. Penambahbaikan Perkhidmatan Dan Kebajikan Ahli - Dana tambahan membolehkan KESATRIA memperluaskan program kebajikan dan bantuan serta aktiviti yang memberi manfaat langsung kepada ahli.

3. Kadar Kenaikan Yang Munasabah Dan Masih Rendah - Kenaikan sebanyak RM3.00 sahaja adalah minimum, berpatutan dan tidak membebankan ahli. Hal ini kerana Penjawat Awam baru menikmati kenaikan gaji 8% pada tahun 2025 dan akan menikmati sekali lagi kenaikan sebanyak 7% pada Januari 2026.

4. Penyesuaian dengan kadar semasa - kadar yuran yang sedia ada telah lama tidak disemak iaitu hampir 20 tahun dan tidak lagi relevan selaras dengan peningkatan kos operasi dan pentadbiran dalam pengurusan KESATRIA.

Usul tersebut telah dibahaskan secara terperinci oleh perwakilan dengan hujah dan asas seperti yang saya nyatakan di atas dan seterusnya mendapat persetujuan majoriti perwakilan yang hadir dalam persidangan tersebut.

Selaras dengan peruntukan di dalam Buku Perlembagaan KESATRIA serta nasihat daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan (JHEKS), ususl ini hendaklah diputuskan melalui undi sulit yang melibatkan keseluruhan ahli KESATRIA. Oleh yang demikian pihak KESATRIA akan melaksanakan undi sulit ini bagi mendapat mandat rasmi daripada semua ahli, sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan usul kenaikan bayaran yuran keahlian tersebut.

Saya menyeru dan mengharapkan kerjasama serta penyertaan semua ahli demi memastikan Keputusan yang dibuat benar-benar mencerminkan suara dan kehendak keseluruhan ahli.

Sekian Terima kasih..

Presiden KESATRIA.

foto di bawah perlaksanaan undi sulit untuk kesatria daerah sungai besi...daerah PU Subang PU Sendayan PU Jugra akan melaksananya dalam masa terdekat..
jom tunaikan kewajipan sebagai Ahli Kesatria

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua perwakilan atas kejayaan melaksanakan Konv...
12/12/2025

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua perwakilan atas kejayaan melaksanakan Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS Sesi 2025–2028 dengan penuh tertib, berhemah dan semangat kebersamaan.

Persidangan ini bukan sekadar medan berhimpun, tetapi platform memperkukuh perjuangan demi kebajikan dan masa depan seluruh penjawat awam Malaysia. Segala idea, usul dan keputusan yang telah dipersetujui hari ini menjadi amanah bersama untuk kita laksanakan dengan penuh integriti dan kesungguhan.

Semoga CUEPACS terus maju, terus ampuh sebagai suara utama penjawat awam, serta terus memacu kecemerlangan perkhidmatan awam Malaysia

terpilih salah seorang Jawatankuasa Pemeriksa/Pengira Undi..

Address

Subang Jaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesatria Cawangan Selangor/ Wilayah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kesatria Cawangan Selangor/ Wilayah Persekutuan:

Shortcuts

Share