Balai Polis Nusa Bestari

  • Home
  • Balai Polis Nusa Bestari

Balai Polis Nusa Bestari Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Balai Polis Nusa Bestari, Community Organization, No 187, Jalan Bestari 2/5, Taman Nusa Bestari, 81300 Skudai Johor, .

📢 AWAS: PENIPUAN PANGGILAN TELEFON MENINGKAT!📊 Statistik Januari 2026:📞481 kes penipuan panggilan telefon direkodkan.💸RM...
11/03/2026

📢 AWAS: PENIPUAN PANGGILAN TELEFON MENINGKAT!

📊 Statistik Januari 2026:
📞481 kes penipuan panggilan telefon direkodkan.
💸RM27 juta kerugian dilaporkan.
📊Peningkatan sebanyak 46% dari segi kes, dan 58% dari segi jumlah kerugian berbanding Januari 2025

Langkah Lindungi Diri Anda:
📴 Jangan Layan: Abaikan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.
🔑 Jangan Kongsi Maklumat: Elak dedahkan butiran perbankan atau maklumat peribadi kepada pemanggil yang tidak disahkan.

🔐 Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

💡 Pesanan Penting: Kekal tenang, Jangan mudah terpedaya & Anda perlu lebih bijak! 💪

IKLAN PELABURAN PALSU ‼️
14/02/2026

IKLAN PELABURAN PALSU ‼️

Antara kes terkini..

RM1.2 JUTA LESAP KERANA IKLAN PELABURAN

Seorang kontraktor tempatan kerugian RM1,219,300.00 selepas terpedaya dengan pelaburan saham yang diiklankan di Facebook.
Mangsa menekan pautan iklan tersebut dan dimasukkan ke dalam kump**an WhatsApp.

Di situ, beliau dijanjikan keuntungan 10% bagi setiap pelaburan serta jaminan pampasan jika rugi.

Mangsa diminta memuat turun satu aplikasi pelaburan. Dalam aplikasi tersebut, paparan menunjukkan keuntungan meningkat dengan mendadak.

Percaya dengan paparan “untung” itu, mangsa membuat pindahan wang secara berperingkat ke beberapa akaun berbeza.

Apabila mangsa cuba mengeluarkan RM600,000.00, beliau diminta membayar komisen 10% terlebih dahulu.
Selepas membayar, mangsa dimaklumkan p**a kononnya wang disekat dan perlu membayar “cukai” tambahan.

Di sinilah hakikat sebenar terbongkar.
Tiada pelaburan.
Tiada keuntungan.
Hanya paparan palsu dalam aplikasi.
Akibatnya, RM1.2 juta hilang.
😭 😭

,

PROGRAM COMMUNITY POLICING BALAI POLIS NUSA BESTARI Nusa Bestari , 13 Februari 2026 - Ketua Polis Balai Nusa Bestari,  I...
13/02/2026

PROGRAM COMMUNITY POLICING BALAI POLIS NUSA BESTARI

Nusa Bestari , 13 Februari 2026 - Ketua Polis Balai Nusa Bestari, Insp Prem Pradid A/L Eh Bun dan T/KPB Nusa SM Hasbullah Bin Mohd Hasim bersama anggota Nusa Bestari membuat Program Kepolisan Komuniti di sekitar kawasan Nusa Bestari.

Program ini bertujuan mendekati masyarakat dan lebih tertumpu kepada orang awam serta memberi tips keselamatan bagi tujuan pendedahan serta penerangan tentang ilmu keselamatan.

Tambahan itu , memberi nasihat keselamatan kepada pemilik premis mahupun penduduk terutamanya yang balik kampung merayakan Tahun Baru Cina 2026 agar mengisi borang Kempen Rumah Selamat untuk memastikan kejadian jenayah yang tidak diingini berlaku sepanjang perayaan Tahun Baru Cina.

Pelekat nombor Hotline juga ditampal pada premis yang dilawati untuk memudahkan setiap pemilik premis dan orang awam menghubungi nombor Hotline sekiranya terdapat aktiviti yang meragukan dan kecemasan berlaku .

Address

No 187, Jalan Bestari 2/5, Taman Nusa Bestari, 81300 Skudai Johor

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Nusa Bestari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share