NADI Pekan Sindumin

NADI Pekan Sindumin Dibuka setiap hari 8.00am - 5.00pm kecuali Cuti Umum & Pelepasan SKMM

Waktu rehat 1.00pm - 2.00pm Baki 34 NADI baharu kini sedang dalam fasa pelaksanaan.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Objektif NADI adalah seperti berikut:

- Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada komuniti khususnya di luar bandar dan dari kawasan yang kurang liputan perkhidmatan;

- Memperkasakan komuniti me

lalui program-program yang lebih mampan dan relevan untuk merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosio-ekonomi. Program-program yang ditawarkan di NADI merangkumi empat (4) bidang fokus utama iaitu keusahawanan, e-pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kematangan dalam penggunaan Internet; dan

-Menyediakan platform untuk masyarakat luar bandar terutamanya komuniti sekitar NADI mendapat maklumat yang terkini dan tepat berkenaan inisiatif-inisiatif Kerajaan seperti PADU, Manfaat MADANI dan BUDI MADANI agar semua lapisan masyarakat tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Di bawah aspirasi 1 DUN 1 NADI, 188 NADI baharu sedang dibangunkan. Daripada jumlah tersebut, 154 NADI telah siap dan beroperasi setakat 31 Disember 2024. Ini menjadikan jumlah NADI yang sedang beroperasi setakat ini adalah sebanyak 1065 NADI. Menjelang suku pertama 2025, sebanyak 1,099 NADI dijangka akan beroperasi di seluruh negara.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, makluman penutupan operasi NADI Pekan Sindumin sempena Hari Kemerdekaan 2026
30/08/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, makluman penutupan operasi NADI Pekan Sindumin sempena Hari Kemerdekaan 2026

29/08/2026
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & HARI SABAH (HKHS) 2026 PERINGKAT DAERAH SIPITANGPada 22 Ogos 2026, NADI Kluster Sipitang tela...
23/08/2026

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & HARI SABAH (HKHS) 2026 PERINGKAT DAERAH SIPITANG

Pada 22 Ogos 2026, NADI Kluster Sipitang telah menerima jemputan daripada Pejabat Penerangan Daerah Sipitang (JAPEN) bersama MCMC Negeri Sabah, Cawangan Keningau untuk menyertai pameran sempena Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Sabah (HKHS) 2026 yang berlangsung di Dewan Terbuka Gereja Kg. Mendulong, Sipitang.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Matbali bin Musah, Pengerusi Pengelola Lembaga Koko Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.178 Sipitang.

✨ Pengisian Pameran MCMC & NADI:
πŸ“Œ Pendaftaran Keahlian NADI
πŸ–‹οΈ Pameran Perkhidmatan Pintar NADI
πŸ“± Kempen Internet Selamat
πŸ“š Promosi Tuisyen Rakyat & Baju Sekolah NADI
πŸ’Ό Tayangan Video Pra Latihan Keusahawanan
πŸ›οΈ Pameran Inisiatif Kerajaan
πŸ›οΈ Jualan Produk Usahawan NADI

Terima kasih kepada JAPEN Daerah Sipitang atas jemputan dan peluang yang diberikan kepada NADI untuk bersama-sama mendekati komuniti serta memperkenalkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif NADI.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Makluman penutupan sementara operasi NADI Pekan Sindumin pada 25 Ogos 2026 (Selasa) se...
22/08/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Makluman penutupan sementara operasi NADI Pekan Sindumin pada 25 Ogos 2026 (Selasa) sempena cuti umum Maulidur Rasul.
NADI akan kembali beroperasi pada 26 Ogos 2026 (Rabu)

Terima kasih.

πŸ“’ JAWATAN KOSONG – PENOLONG PENGURUS NADINADI Pekan Sindumin, Sipitang, Sabah kini membuka peluang bagi jawatan Penolong...
19/08/2026

πŸ“’ JAWATAN KOSONG – PENOLONG PENGURUS NADI

NADI Pekan Sindumin, Sipitang, Sabah kini membuka peluang bagi jawatan Penolong Pengurus NADI.

βœ… Berumur 35 tahun ke bawah
βœ… Minimum Diploma
βœ… Mempunyai kenderaan sendiri & lesen B2/D
βœ… Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
βœ… Mampu bekerja di bawah pengawasan minimum

πŸ“… Tarikh tutup: 30 September 2026
πŸ“§ Hantar resume: [email protected]

Kami menanti calon yang berminat dan berkelayakan!

12/08/2026

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sentiasa komited memperkasa masa depan komuniti melalui inisiatif yang menyokong pendidikan anak-anak, di samping membantu meringankan beban keluarga.

πŸ“š Program Tuisyen Rakyat
NADI menyediakan bimbingan pembelajaran secara PERCUMA kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di seluruh negara, bagi membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam pelajaran. Dijalankan dengan bimbingan guru berpengalaman dan kemudahan internet pantas bagi sesi atas talian yang lancar.

πŸ‘• Program Pakaian Sekolah NADI
βœ… Harga istimewa untuk Ahli NADI
βœ… Pre-order dan mula bayaran secara ansuran
βœ… Penghantaran PERCUMA ke NADI yang ditanggung
βœ… Tiada caj tambahan

Uniform ini dihasilkan oleh alumni NADI Mahir Jahit yang telah mengikuti latihan kemahiran menerusi Perkhidmatan Pintar NADI dan kini melangkah sebagai usahawan bagi membantu komuniti sekitar mendapatkan keperluan persekolahan dengan lebih mudah.

Dari sokongan pembelajaran, NADI MADANI terus menyediakan peluang yang memberi manfaat kepada pelajar, keluarga dan komuniti.

πŸ“ Dapatkan maklumat lanjut di NADI berhampiran anda
🌐 www.nadi.my
πŸ“± Ikuti NADI Malaysia di Facebook, Instagram & TikTok
βœ‹πŸ» Malaysia Madani




12/08/2026

Saksikan Dr. Mohd Arif Adenan, Ketua Pejabat NADI MCMC dalam program Assalamualaikum yang akan mengupas peranan NADI dalam memperkasa komuniti serta inisiatif Program Pakaian Sekolah NADI.

12 Ogos 2026 (Rabu)
9.00 pagi – 10.00 pagi
Siaran langsung di TV AlHijrah

Jangan lepaskan perkongsian menarik ini. Selamat menonton!


πŸ“’ WEBINAR BERKALA MATEMATIK – EDISI 8 πŸ“’Hello pelajar! 🌟Jom sertai Webinar Berkala Matematik – Edisi 8 dan tingkatkan pen...
11/08/2026

πŸ“’ WEBINAR BERKALA MATEMATIK – EDISI 8 πŸ“’

Hello pelajar! 🌟

Jom sertai Webinar Berkala Matematik – Edisi 8 dan tingkatkan penguasaan anda dalam Fungsi dan Persamaan Kuadratik & Ketaksamaan Linear dengan lebih mudah dan berkesan! βž•πŸ“˜

πŸ—“οΈ 22 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ• 2.30 PM – 4.30 PM
πŸ“ Dalam Talian
πŸ‘₯ Sasaran: Pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

🎯 Topik:
Fungsi dan Persamaan Kuadratik & Ketaksamaan Linear

πŸ’‘ Pelajari konsep fungsi dan persamaan kuadratik serta ketaksamaan linear, teknik menyelesaikan soalan dengan tepat dan kaedah mudah untuk meningkatkan keyakinan serta prestasi dalam Matematik.

πŸ“ž Daftar sekarang di cawangan NADI berhampiran anda!

Adilla: https://wa.me/60193269895
Safinah: https://wa.me/60196879895

πŸš€ TINY TECHIES 2026KELAS OGOS (ATAS TALIAN)Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur🟑 Robotic Innovation...
11/08/2026

πŸš€ TINY TECHIES 2026

KELAS OGOS (ATAS TALIAN)
Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur

🟑 Robotic Innovation S5
Pengenalan kepada robotik dan inovasi melalui projek hands-on menggunakan komponen elektronik secara interaktif

πŸ—“οΈ 15 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 11.30 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ’» NADIBook

✨ Apa yang menarik?
- Kelas ATAS TALIAN & SIARAN LANGSUNG
* PERCUMA kepada semua Ahli Berdaftar NADI
* Modul pembelajaran disediakan
* Dikendalikan oleh guru berpengalaman
* Peserta boleh tanya soalan secara terus semasa kelas

πŸ“Œ Syarat penyertaan:

* Berdaftar sebagai Ahli NADI

πŸ“² Tempat terhad.
Daftar awal! Kunjungi NADI berdekatan untuk keterangan lanjut

Adilla: https://wa.me/60193269895
Safinah: https://wa.me/60196879895

πŸš€ TINY TECHIES 2026KELAS OGOS Q3 (ATAS TALIAN)Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur🟑 Python in Anima...
11/08/2026

πŸš€ TINY TECHIES 2026

KELAS OGOS Q3 (ATAS TALIAN)
Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur

🟑 Python in Animation S5
Belajar asas pengaturcaraan Python dengan menghasilkan animasi yang menarik dan interaktif secara mudah dan menyeronokkan

πŸ—“οΈ 15 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 10.00 pagi – 11.00 pagi
πŸ’» NADIBook

✨ Apa yang menarik?

* Kelas ATAS TALIAN & SIARAN LANGSUNG
* PERCUMA kepada semua Ahli Berdaftar NADI
* Modul pembelajaran disediakan
* Dikendalikan oleh guru berpengalaman
* Peserta boleh tanya soalan terus semasa kelas

πŸ“Œ Syarat penyertaan:

* Berdaftar sebagai Ahli NADI

πŸ“² Tempat terhad.
Daftar awal! Kunjungi NADI berdekatan untuk keterangan lanjut

Adilla: https://wa.me/60193269895
Safinah: https://wa.me/60196879895

Address

Lot Ruang Terbuka R&R Sindumin
Sipitang
89850

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Pekan Sindumin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to NADI Pekan Sindumin:

Shortcuts

Share