Ameerah SHAH ALAM

Website Contact the organization

Ameerah SHAH ALAM "BERISTIQOMAH hingga KEMENANGAN" Mendedahkan masyarakat dengan isu-isu semasa yang berlaku di Shah Alam khususnya dan di negara Malaysia amnya.

Mendidik masyarakat berpolitik secara matang,bukan politik wang ataupun politik fitnah. Membersihkan fikrah-fikrah yang tidak jelas dalam era politik Islam.

🇲🇾 Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69!Satu tanah air.Satu jiwa.Malaysia tercinta. ❤️  !
31/08/2026

🇲🇾 Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69!

Satu tanah air.
Satu jiwa.
Malaysia tercinta. ❤️


!

Kerana diantara azan dan iqamah, terbuka pintu langit, dan waktu mustajab doa
25/08/2026

Kerana diantara azan dan iqamah, terbuka pintu langit, dan waktu mustajab doa




🌙 MAULIDUR RASUL ﷺ12 Rabiulawal 1448H“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah ﷺ itu contoh teladan yang baik bagi ka...
24/08/2026

🌙 MAULIDUR RASUL ﷺ

12 Rabiulawal 1448H

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah ﷺ itu contoh teladan yang baik bagi kamu.”
— Surah al-Ahzab: 21

Hari ini kita memperingati kelahiran insan mulia, junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ — insan yang mengajarkan erti kasih sayang, kesabaran, amanah dan pengorbanan.

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda ﷺ, menghayati sirah perjuangannya serta berusaha menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan seharian.

Bukan sekadar mengenang kelahiran Baginda, tetapi meneruskan ajaran dan akhlak yang diwariskan.

🌿 Selamat menyambut Maulidur Rasul ﷺ
12 Rabiulawal 1448H


☕️🤍 GIRLS DAY OUT : Coffee & Books_🌸Where Stories Meet The Cup🌸_Jom luangkan masa untuk diri sendiri—ngopi, borak santai...
04/08/2026

☕️🤍 GIRLS DAY OUT : Coffee & Books
_🌸Where Stories Meet The Cup🌸_

Jom luangkan masa untuk diri sendiri—ngopi, borak santai, dan berkongsi cerita tentang buku dalam suasana yang tenang & selesa. 📚🌸

📍 Tempat: Tasik Shah Alam
📆 Tarikh: 9 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi
👥 Terbuka kepada wanita Shah Alam sahaja
✅ Yuran penyertaan RM5 sahaja (per individu)
📞Sebarang pertanyaan sila hubungi : 011-10812044 (Khairin)

🔗 *Link Pendaftaran* :
https://forms.gle/GqmaPw49dzDBPG8f9

✨ Apa yang menanti?
☕ Free Zus coffee & chill session
📖 Sembang santai tentang buku
💬 Networking & sharing
💕 Aktiviti mewarna untuk anak2 yang hadir

Tag your bestie atau datang solo, kita jumpa nanti! ☕💗









🌍 Hari Belia Sedunia – World Youth Skills Day Belia bukan sekadar pewaris, tetapi pencipta perubahan. Dengan penguasaan ...
15/07/2026

🌍 Hari Belia Sedunia – World Youth Skills Day

Belia bukan sekadar pewaris, tetapi pencipta perubahan. Dengan penguasaan kemahiran seperti literasi digital, keusahawanan, dan kepimpinan, mereka mampu membuka peluang, melahirkan inovasi, serta membina dunia yang lebih mampan.

Mari kita sokong pembangunan kemahiran belia melalui akses kepada pendidikan, latihan, dan peluang untuk berkembang. Setiap kemahiran adalah pelaburan untuk masa depan yang lebih cerah.




Mesyuarat Agung PAS Kawasan Shah Alam 2026Alhamdulillah, hari ini bukan sekadar sebuah mesyuarat agung. Hari ini adalah ...
07/07/2026

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Shah Alam 2026

Alhamdulillah, hari ini bukan sekadar sebuah mesyuarat agung. Hari ini adalah hari pertemuan hati hati yang lama terikat dalam perjuangan.

Ada rasa yang sukar diungkapkan apabila bertemu kembali dengan sahabat sahabat seperjuangan dari seluruh Shah Alam. Wajah yang pernah bersama mengharungi susah senang perjuangan, bertukar pandangan, berkongsi cerita, dan mengimbau kembali perjalanan yang penuh liku.

Ada yang telah lama berada di medan ini, memerah keringat, menyusun langkah dan memikul amanah tanpa mengenal lelah. Ada juga wajah wajah baharu yang hadir dengan semangat membara, membawa harapan dan sinar buat kesinambungan perjuangan.

Pertemuan hari ini mengingatkan kita bahawa perjuangan ini tidak pernah dibina oleh seorang dua, tetapi oleh hati hati yang ikhlas, yang sanggup memberi masa, tenaga dan jiwa demi Islam.

Betapa indah apabila generasi lama dan baharu duduk bersama dalam satu saf, berkongsi cita cita yang sama. Yang lama menjadi akar yang menguatkan, yang muda menjadi pucuk yang menyambung hayat perjuangan.

Semoga setiap langkah yang kita atur hari ini menjadi saksi di hadapan Allah bahawa kita pernah berusaha, pernah berjuang, dan tidak pernah berhenti berharap agar Islam terus dimartabatkan.

Selagi ada yang setia memikul amanah ini, selagi itu perjuangan akan terus hidup.

Perjuangan ini bukan tentang siapa yang kekal di hadapan, tetapi tentang siapa yang terus setia bertahan di jalan ini hingga ke akhirnya.

Credit : PAS KAWASAN SHAH ALAM

Dewan Muslimat PAS Shah Alam Pemuda PAS Shah Alam

💃SIS ON THE GO! : AEROBIC DANCE  🔥Nak sihat, nak fun, nak ukhuwah? Jom join Aerobic Dance!! 💥_Move Bold, Dance Bold_📍 Te...
18/06/2026

💃SIS ON THE GO! : AEROBIC DANCE 🔥

Nak sihat, nak fun, nak ukhuwah? Jom join Aerobic Dance!! 💥

_Move Bold, Dance Bold_

📍 Tempat: Dewan Semarak, Seksyen 13 Shah Alam

📆 Tarikh: Ahad, 21 Jun 2026

⏰ Masa: 8.00 pagi – 10.00 pagi

🧑‍🏫 Coach: Coach Rose

📞 Pendaftaran: https://forms.gle/FK9LbDca1XJkATgX6

👥 Terbuka untuk WANITA Shah Alam secara PERCUMA !! 😱😍

Bukan sekadar berzumba, ini ruang untuk wanita berkumpul, bertenaga & saling menguatkan!
Sihat dapat, ukhuwah erat, pahala pun dapat 💪✨








🌙 Salam Maal Hijrah 1448H  Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi perpindahan hati menuju kebaikan.Mari kita ja...
17/06/2026

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H
Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi perpindahan hati menuju kebaikan.

Mari kita jadikan tahun baru ini sebagai langkah untuk memperbaharui iman, memperkukuh azam, dan menebarkan kasih sayang. Semoga tahun ini dipenuhi dengan kejayaan, keberkatan, dan rahmat Allah yang tidak putus-putus.


🌙 Salam Aidiladha 1447H 🌙Di sebalik ibadah korban, tersimpan makna keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan kepada Allah ❤️S...
26/05/2026

🌙 Salam Aidiladha 1447H 🌙

Di sebalik ibadah korban, tersimpan makna keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan kepada Allah ❤️

Semoga Aidiladha kali ini mengajar kita erti memberi, mensyukuri nikmat dan mendekatkan hati kepada-Nya.

✨ Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf zahir & batin daripada kami di Ameerah Shah Alam.

21/05/2026

10 Hari Terbaik Dalam Islam

10 hari pertama bulan Zulhijjah merupakan hari yang sangat besar ganjarannya dalam Islam 🤍

Antara amalan yang digalakkan: • Puasa sunat (terutama Hari Arafah)
• Zikir: Allahu Akbar, Alhamdulillah, La ilaha illallah
• Sedekah
• Solat sunat
• Membaca Al-Quran

Jangan biarkan 10 hari ini berlalu tanpa amalan ✨

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah SHAH ALAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ameerah SHAH ALAM:

Shortcuts

Share