06/07/2026
Sebelum terus menyalahkan “kerajaan 65 tahun”, lebih baik PMX jawab dulu kenapa dalam era Madani sendiri hutang naik laju, melepasi garis selamat 65%, kos faedah makin berat, dan ruang fiskal negara makin sempit.
Ada had hutang 65%, Madani langgar.
Ada garis selamat faedah hutang 15%, Madani pecah.
Kalau ini dipanggil pembaikan, rosaknya macam mana p**a?
Mengikut pengiraan Trading Economics, Malaysia sekarang bukan sekadar hutang makin tinggi.
Yang lebih membimbangkan ialah kadar kenaikan nisbah hutang negara kepada KDNK sejak 2022 adalah paling pantas berbanding negara jiran.
Mengikut kaedah pengiraan Trading Economics, nisbah hutang Malaysia sudah naik daripada 61.1% pada 2022 kepada 71.1% pada 2025.
Ini bukan sahaja kenaikan +10.0 mata peratusan dalam masa tiga tahun, tetapi juga sudah melepasi garis selamat 65%.
Dalam tempoh sama:
Indonesia hanya naik daripada 40.1% kepada 41.0%.
Thailand naik daripada 60.9% kepada 65.6%.
Vietnam p**a turun daripada 34.9% kepada 33.6%.
Maknanya, sejak PMX mengambil alih, Malaysia mencatat kenaikan paling laju dalam nisbah hutang kepada KDNK — jauh lebih laju daripada Indonesia dan Thailand, manakala Vietnam berjaya menurunkannya.
Lebih serius, nisbah bayaran faedah hutang kepada hasil kerajaan atau DSC juga sudah melepasi had selamat 15% sejak 2024.
2017: 12.6%
2022: 14.0%
2023: 14.7%
Garis selamat: 15.0%
2024: 15.6%
2025: 16.3%
2026: 17.0%
Ini bermaksud semakin besar bahagian hasil kerajaan digunakan hanya untuk bayar faedah hutang, bukan untuk pembangunan, bantuan rakyat, hospital, sekolah atau pengangkutan awam.
Pada tahun 2022, kerajaan bayar faedah hutang tahunan sebanyak RM41.3 bilion.
Tahun 2026, Madani bayar RM58.3 bilion.
Dana tambahan sebanyak RM17 bilion diperlukan tiap-tiap tahun hanya untuk membayar faedah hutang.
Dan ini lah sebab peruntukan bagi kesihatan dan pendidikan terpaksa dipotong Madani sebab tiada lagi ruang untuk tanggung subsidi bahan api sebab kena bayar jumlah faedah hutang yang lebih besar.
(Link data can carta Trading Economics, saya letak dalam ruangan komen untuk korang tengok sendiri)