Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama' - Geng Ustaz

Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama' - Geng Ustaz Facebook rasmi kedua Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz) dahulunya dengan nama Geng Ustaz Cintakan Ulama'.

PEGAWAI PENYIASAT PDRM SAHKAN YB MENTERI MEMBERI UCAPAN DAN KERTAS SIASATAN BELUM DITUTUPMahkamah Tinggi Kuala Lumpur - ...
09/04/2026

PEGAWAI PENYIASAT PDRM SAHKAN YB MENTERI MEMBERI UCAPAN DAN KERTAS SIASATAN BELUM DITUTUP

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - 8 April 2026.

Saksi sapina kedua merupakan Pegawai Penyiasat Inspektor Faidhi Bin Fadzil daripada Balai Polis Sg Buloh hadir memberi keterangan berkenaan kes yang hangat dan penuh spekulasi berkenaan sesi berucap YB Menteri, Fahmi Fadzil di Masjid Nurul Yaqin Seri Kundang. Beliau mengesahkan bahawa berlakunya sesi pengucapan YB Menteri dihadapan jemaah yang hadir.

Tambahan beliau ketika ditanya oleh peguam defenden tentang ucapan YB Menteri , beliau menyatakan isi kandungan yang diucapkan berkaitan isu pembatalan konsert kumpulan The 1975 yang mana beliau sifatkan bukan isu politik. Namun beliau mengesahkan ada ucapan YB Menteri yang berucap dan menjawab soalan berkaitan isu tersebut melalui video yang menjadi bahan bukti kes.

Apabila peguam defenden bertanya berkenaan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor , beliau akur dengan kewujudan titah tersebut namun tidak menyiasat diatas akta yang melibatkan bidang penguatkuasa JAIS. Justeru beliau menyiasat di bawah Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan dua lagi akta yang perlu dirujuk kembali . Beliau juga menyatakan seingat kes siasatan berlangsung bermula 2023 sehingga awal bulan Ogos 2025 bahawa kertas siasatan masih belum ditutup kes. Setelah itu, beliau sudah tidak mengetahui status siasatan kes kerana telah dipindahkan dan berkhidmat di Balai Polis yang lain.

Maka, terdapat satu perkara yang menarik daripada keterangan dua saksi pegawai penyiasat PDRM dengan pegawai penyiasat Seksyen Jenayah Khas JAIS iaitu kes yang ini belum ditutup kertas siasatan dan kertas siasatan daripada JAIS di klasifikasikan sebagai NFA (No Further Action) tanpa mengikut SOP (tidak diserahkan kertas siasatan kepada Pendakwa Syarie).

USTAZ DR AHMAD DUSUKI MENJUNJUNG DAN PERTAHANKAN TITAH DULI MULIA SULTAN SELANGOR DI MAHKAMAH TINGGIMahkamah Tinggi Kual...
08/04/2026

USTAZ DR AHMAD DUSUKI MENJUNJUNG DAN PERTAHANKAN TITAH DULI MULIA SULTAN SELANGOR DI MAHKAMAH TINGGI

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - 8 April 2026. �
Hari ini prosiding perbicaraan keatas Ustaz Dr. Ahmad Dusuki Abd Rani selaku pendakwah bebas yang telah lama berkecimpung lebih 27 tahun dalam medan dakwah diseluruh Malaysia. Mempunyai pelbagai pengalaman dalam memohon dan birokrasi bersama majlis-majlis agama islam selaku pendakwah dan berceramah dimerata masjid dan surau.
�Bilamana terdapat Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor pada 3 Mac 2019 sempena Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-Masjid Negeri Selangor yang menitahkan “semua anggota politik khususnya wakil rakyat sama ada peringkat negeri mahupun parlimen, daripada parti kerajaan ataupun pembangkang, tidak dibenarkan ceramah serta berucap di dalam masjid serta surau”. �
Titah ini menjadi rujukan dan panduan kepada seluruh para pendakwah dan wajar di hormati dan di ikuti bahkan tidak terlepas kepada mana-mana individu yang ada atau tiada jawatan. Titah ini jelas menjadi panduan dan kefahaman bagi seluruh warga Malaysia khususnya di Selangor.��Adapun peguam plaintif cuba bertanya dan mengaitkan ucapan YB Menteri, Fahmi Fadzil di dalam masjid itu kepada klausa pengecualian yang membolehkan dan membenarkan seorang ahli politik memimpin tahlil, bacaan yasin dan bacaan doa. Lalu Ust. Dr. Ahmad Dusuki membantah persamaan yang cuba dibuat oleh peguam plaintif dengan penerangan untuk membezakan antara ucapan dengan doa, tahlil dan yasin kerana ia jelas-jelas melibatkan ibadah.�
Isu ini dibangkitkan setelah ramai asatizah dan penceramah yang sebelum ini dikenakan tindakan disekat daripada memberi ceramah dan ucapan pada fasa Pilihan Raya yang lepas. Ada pun yang di tarik tauliah atas sebab terdapat unsur politik dan sebagainya.

Maka keadilan wajar diberi hukuman sama rata kepada semua tanpa pengaruh, pangkat atau jawatan. Berintergriti, hormati pada titah dan undang-undang.

KEPUTUSAN NFA DIBUAT KETUA SEKSYEN JENAYAH KHAS JAIS DENGAN TIDAK MERUJUK KES KEPADA PENDAKWA SYARIE Saksi sapina yang d...
07/04/2026

KEPUTUSAN NFA DIBUAT KETUA SEKSYEN JENAYAH KHAS JAIS DENGAN TIDAK MERUJUK KES KEPADA PENDAKWA SYARIE

Saksi sapina yang dibawa plaintif merupakan Ketua Seksyen Jenayah Khas JAIS, Nurhelmi bin Ikhsan hadir membantu memberi keterangan pada hari ini bahawa siasatan yang dibuat oleh pegawainya, Mohd Faizal bin Ngadiman yang telah dikatakan NFA (no further action) terhadap YB Menteri, Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil berikutan isu YB Menteri memberi ucapan di Masjid Nurul Yaqin Seri Kundang.

Kertas siasatan dibawah Seksyen 12(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan dengan kesalahan menghina, mengingkari, atau melanggar titah Sultan Selangor atau arahan MAIS/JAIS. Pesalah boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga 2 tahun telah dibuka pada tahun 2023 berikutan insiden tersebut.

Didalam sesi soal jawab peguam plaintif telah bertanya SOP atau pelaksanaan asas sebagai pegawai penyiasat dibawah Seksyen Jenayah Khas JAIS dalam menangani kes. Lalu dibentangkan pelaksanaan dengan dengan memanggil pengadu, saksi dan yang terlibat. Kemudian kertas siasatan yang lengkap akan dihantar dan dirujuk kepada bahagian Pendakwa Syarie. Ketua Seksyen Jenayah Khas JAIS yang telah berkhidmat lebih kurang enam tahun dan berkelulusan STPM itu juga berkata beliau pernah mendapatkan kursus penyiasatan dibawah kelolaan JAKIM sebelum ini.

Pendedahan yang menariknya adalah saksi selaku Ketua Seksyen Jenayah Khas memberi jawapan “TIDAK PASTI” berhubung soalan peguam defenden berkenaan adakah YB Menteri telah dipanggil untuk bantu siasatan. Kemudian beliau telah mengaku bahawa kertas siasatan tersebut TIDAK diserahkan dan dirujuk kepada Pendakwa Syarie atau Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor. Menjadi spekulasi dan pertanyaan bahawa keputusan tersebut telah diputuskan NFA oleh pegawai penyiasat sahaja dan keputusan tersebut diguna pakai oleh MAIS dalam membuat sidang akhbar dan sebagainya.

Beliau turut akui bahawa Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor pada 3 Mac 2019 sempena Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-Masjid Negeri Selangor yang menitahkan “semua anggota politik khususnya wakil rakyat sama ada peringkat negeri mahupun parlimen, daripada parti kerajaan ataupun pembangkang, tidak dibenarkan ceramah serta berucap di dalam masjid serta surau” masih diguna pakai dan tiada pembatalan sehingga hari ini.

Di akhir sesi soal jawab, beliau mengakui bahawa keterangan ini berdasarkan kepada pembacaan melalui laporan kertas siasatan yang dilaksanakan oleh pegawainya sahaja. Bahkan ke lokasi Masjid kejadian pun beliau tidak turun sendiri kesana namun kes ini DITUTUP dengan keputusan NFA.

AKHIRNYA FAHMI FADZIL MENGAKU TIADA TAULIAH BERUCAP DALAM MASJIDMahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 7 April 2026 - Bermulanya ...
07/04/2026

AKHIRNYA FAHMI FADZIL MENGAKU TIADA TAULIAH BERUCAP DALAM MASJID

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 7 April 2026 - Bermulanya sidang perbicaraan kes saman oleh YB Menteri ,Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil terhadap Ustaz Dr. Ahmad Dusuki Abd Rani dimana terdapat satu kenyataan menerusi akaun Facebook milik Ust Dr. Ahmad Dusuki berkaitan mempersoalkan tauliah yang YB Menteri miliki sehinggakan membenarkan YB Menteri berucap didalam Masjid Nurul Yaqin Seri Kundang, Rawang pada Julai 2023 lepas sekitar fasa menghampiri Pilihan Raya.

Selain itu, merujuk kapada titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor pada 3 Mac 2019 sempena Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-Masjid Negeri Selangor yang menitahkan “semua anggota politik khususnya wakil rakyat sama ada peringkat negeri mahupun parlimen, daripada parti kerajaan ataupun pembangkang, tidak dibenarkan ceramah serta berucap di dalam masjid serta surau”. Dalam kenyataan yang sama Ust Dr Ahmad Dusuki juga menggesa dan menantikan tindakan daripada pihak MAIS agar selaras dengan titah Tuanku Sultan Selangor.

Berhubung tularnya kejadian yang melibatkan YB Menteri berucap didalam masjid dan mengundang komentar awam. Seramai tiga orang defenden telah disaman oleh YB Menteri iaitu Mohd Azri (Papa Gomo), Ust Dr. Ahmad Dusuki dan Ustaz Fauzan. Dimana dua daripadanya telah di tarik saman fitnah tersebut dengan tiada permohonan maaf dan ganti rugi.

Prosiding perbicaraan dimulakan dengan YB Menteri memberi keterangan dan mengakui bahawa beliau tidak memiliki tauliah daripada MAIS dan tidak mengaku telah melanggar titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Dalam masa yang sama YB Menteri mengakui bahawa beliau memang ada memberi ucapan di dalam Masjid sebagaimana yang di tularkan oleh orang ramai.

Bagaimanapun kita nantikan keputusan, apakah nasib apabila melanggar Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan apakah tindakan yang adil boleh dijalankan oleh pihak MAIS terhadap pengingkaran tersebut. Adakah ada imuniti tertentu dan kesamarataan sebagaimana yang menimpa penceramah-penceramah yang lain.

Fahmi Fadzil Tertinggal IC: Prosiding Saman Terhadap Ustaz Dusuki Tertangguh 15 MinitKUALA LUMPUR – Perbicaraan kes sama...
07/04/2026

Fahmi Fadzil Tertinggal IC: Prosiding Saman Terhadap Ustaz Dusuki Tertangguh 15 Minit

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes saman yang difailkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil terhadap pendakwah bebas, Ustaz Dr. Ahmad Dusuki Rani hari ini berdepan situasi tidak dijangka sehingga menyebabkan prosiding tertangguh seketika.

Meskipun Hakim sudah masuk ke dalam dewan mahkamah untuk memulakan sesi, sidang tidak dapat dijalankan serta-merta selepas didapati plaintif, Fahmi Fadzil, tidak membawa bersama Kad Pengenalan (IC) miliknya ke kandang saksi.

Kronologi Ringkas Kejadian:
Kehadiran Hakim: Hakim sudah bersedia di kerusi tugasan untuk memulakan perbicaraan.

Isu Teknikal: Apabila pemeriksaan dokumen dilakukan, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyedari dokumen pengenalan dirinya tertinggal di dalam kenderaan.

Penangguhan: Mahkamah kemudiannya membenarkan prosiding ditangguhkan selama 15 minit bagi memberi ruang kepada beliau untuk mengambil kad pengenalan tersebut di tempat letak kereta.

Setelah dokumen tersebut diperoleh, prosiding diteruskan semula mengikut jadual bagi mendengar keterangan lanjut berkaitan kes saman yang difailkan terhadap Ustaz Ahmad Dusuki.
Kes ini berkaitan dengan hantaran di media sosial dan ceramah yang didakwa mengandungi unsur fitnah terhadap Fahmi Fadzil berhubung isu di sebuah masjid di Rawang sebelum ini.

الله أكبر! الله أكبر! الله أكبر!Gema takbir kini dialunkan, menandakan berakhirnya Ramadhan yang penuh berkat dan tibany...
20/03/2026

الله أكبر! الله أكبر! الله أكبر!
Gema takbir kini dialunkan, menandakan berakhirnya Ramadhan yang penuh berkat dan tibanya hari kemenangan bagi umat Islam.

Segenap saf kepimpinan tertinggi dan seluruh Exco Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz) dengan rendah hati menyusun sepuluh jari menyusun maaf, tulus ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam.

Semoga Allah menerima segala amalan soleh kita! Taqabbalallahuminna wa minkum.

Kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN 1447H / 2026M kepada semua muslimin dan muslimat, walau di mana jua berada.

Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita di bulan Ramadhan dan memberkati Syawal yang mulia ini dengan ukhuwah, kedamaian, dan kebaikan yang berpanjangan.

Di saat kita berhari raya, jangan dilupakan doa kita buat umat Islam yang sedang diuji sama ada dari dalam dan luar negara.

"Ulamak Memimpin Ummah"

REKOD KALAH SAMAN FITNAH BEKAS KETUA AMANAH MARANGUmpama cuba sekali, nak lagi dan lagi. Mungkin begitulah yang dirasai ...
11/03/2026

REKOD KALAH SAMAN FITNAH BEKAS KETUA AMANAH MARANG

Umpama cuba sekali, nak lagi dan lagi. Mungkin begitulah yang dirasai bila keseronokan menulis di laman media sosial. Posting yang dapat tanda s**a, perkongsian dan komen yang dapat sambutan.

Pada 2 Disember 2025 lepas, Mahkamah Sesyen Ipoh memutuskan untuk kes saman fitnah pertama berkenaan memfitnah Ustaz Dr. Ahmad Dusuki s**a menyebar hadis palsu dimana keputusan itu dibuat selepas mahkamah meneliti keseluruhan keterangan sepanjang prosiding lebih 40 jam.

Bagi yang ingin mengikuti kes saman fitnah hadis palsu ini boleh disemak kembali dalam posting sebelum ini yang mengandungi lebih kurang 5 siri ulasan. Memandangkan kes yang dalam ruang lingkup akademik dan mempunyai saksi-saksi ilmuan dan pakar hadis.

Selang beberapa bulan, 10 Mac 2026 Mahkamah Sesyen Ipoh membuat keputusan bagi sebutan kes saman fitnah yang kedua berkenaan fitnah menyebut Dusuku Al-Kazzab dalam penerbitannya pada 14 Julai 2020. Serangan dan memfitnah dengan menerbitkan di laman Facebook amatlah memberi kesan.

Bahkan didalam perbicaraan, defendan iaitu Miqdad Zakaria mengakui dan bersetuju bahawa sebelum ini telah menggelarkan Dusuki Abd Rani Ustaz Pembohong semenjak tahun 2017 lagi.

Begitulah zikir dan meratib dengan fitnah sehingga mendatangkan kerosakan pada imej seorang pendakwah bebas, bertujuan menghina, merendahkan thiqah terhadap ilmu yang disampaikan dan menyebabkan banyak kerugian yang dihadapi.

Kes-kes ini menjadikan peringatan kepada semua bahawa kenyataan dan penerbitan di media sosial juga tertakluk kepada undang-undang. Bayarlah ganti rugi sebagaimana diperintahkan oleh mahkamah.

BEKAS KETUA PAN MARANG KALAH SAMAN LAGIIPOH - Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini memutuskan bekas ketua PAN (Amanah) Kawasan ...
10/03/2026

BEKAS KETUA PAN MARANG KALAH SAMAN LAGI

IPOH - Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini memutuskan bekas ketua PAN (Amanah) Kawasan Marang, Miqdad Zakaria, perlu membayar RM306,000 kepada Ustaz Dr. Ahmad Dusuki Abd Rani buat kes yang kedua.

Hakim, Norashima Khalid memutuskan demikian selepas Ustaz Dr. Ahmad Dusuki melalui Peguamcara Plaintif iaitu Tetuan Srihana Mohamad & Partners berjaya membuktikan dirinya difitnah. Miqdad Zakaria telah memfitnah Ustaz Dr. Ahmad Dusuki apabila membuat penerbitan iaitu Dusuku Al-Kazzab di akaun Facebook milik bertarikh 14 Julai 2020.

Terdahulu, Miqdad Zakaria telah disaman kes berkenaan berpunca daripada kenyataan terbuka Miqdad di media sosial bertarikh 28 April 2018, yang mendakwa bahawa Ustaz Ahmad Dusuki gemar menyebarkan hadis tidak sahih.

Kes ini telah berlangsung selama 5 tahun lebih, pada mulanya kes ini dibicarakan di Mahkamah Sesyen Terengganu dan kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh disebabkan Hakim berpindah. Mahkamah perintahkan untuk Miqdad Zakaria membayar ganti rugi, membuat permohonan maaf dan bayar faedah kos mahkamah.

Hal yang demikian menjadikan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh Ahmad Miqdad RM 622 000 termasuk kos dan faedah berserta permohonan maaf secara terbuka bagi setiap satu.

10 Mac 2026/21 Ramadan 1447H

Bangkitlah Wahai UmatBangkitlah! Wahai Umat IslamBangkitlah kefahaman-mu!Al-Quran itu kalam Tuhan-mu. Al-Quran itu sifat...
01/03/2026

Bangkitlah Wahai Umat
Bangkitlah! Wahai Umat Islam

Bangkitlah kefahaman-mu!
Al-Quran itu kalam Tuhan-mu. Al-Quran itu sifat kalam Pencipta-mu. Al-Quran itu kemuliaan Allah.

Fahamilah apabila ianya dipijak. Bermakna ia dihina dengan sehina-hinanya. Bermaksud ia direndah dengan serendah-rendahnya.

Fahamilah! Menghina Al-Quran ialah menghina Allah Yang Maha Mulia

Bangkitlah: Wahai Umat Islam
Bangkitlah Jiwa-mu!
Al-Quran itu ruh kepada jiwa-mu. Al-Quran itu jantung menghidupkan hati-mu. Al-Quran itu rujukan panduan aqal-mu. Al-Quran itu penghias hidup-mu.

Fahamilah!. Memijak Al-Quran ialah memijak-mijak dan merosakkan segala-galanya tentang diri-mu.

Bangkitlah: Wahai Umat Islam
Bangkitlah Iman-mu
Al-Quran itu keimanan-mu. Al-Quran itu pegangan hidup-mu. Al-Quran itu nilai harga diri-mu. Al-Quran itu maruah-mu.

Fahamilah! Memijak Al-Quran itu mencabar iman-mu. Memijak Al-Quran itu merosakkan pegangan-mu, menjatuhkan harga diri-mu dan mencarik-carik maruah-mu.

Bangkitlah: Wahai Umat Islam
Bangkitlah Semangat Perjuangan-Mu

Al-Quran itu perlembagaan Allah Tuhan-mu. Al-Quran itu Mukjizat Agung Nabi-mu. Al-Quran itu pegangan keimanan-mu.

Ayuh wahai umat!
Wajib kita bangkit. Pertahan hak dan kemulian dan keimanan kita. Pertahan harga diri dan maruah kita.

Bukan ingin bermusuh, bukan ingin bertindak diluar batas, bukan ingin melanggar undang-undang
Namun kita umat Islam berhak dihormati kerana Islam agama Perseketuan.
Kita berhak bersuara di bumi Tanah Melayu.
Kita berhak bangkit sebagai umat Islam yang bermaruah.

Bangkitlah: Wahai Umat Islam
Kepada Para Pemimpin Islam
Lakukan sesuatu. Buktikanlah pada Allah & Rasul nikmat kuasa yang diberikan oleh Allah hendaklah disyukuri dengan menjaga nilai Al-Quran Allah dan buktikan pada Allah dan Rasul SAW bahawa dalam diri tuan-tuan, ada nilai iman kepada kemulian Al-Quran.

Kepada Para Alim Ulamak!
Bangkitlah dengan ilmu-ilmu tuan-tuan yang mulia.
Berbicara, menulis dan membimbing umat. Bangkitkan kesedaran dalam diri umat. Kedudukan, kemulian, ketinggian Al-Quran. Jangan bagi ruang sedikitkan kepada sesiapa lagi menghina Al-Quran.

Kepada seluruh umat Islam!
Ayuh bangkitlah wahai umat!
Tunjukkan bantahan kalian secara berterusan dengan suara dan tulisan-tulisan yang tegas.

Gunakan seluruh media yang ada. Gunalah kepakaran dan segala kelebihan tuan-tuan yang dihormati. Menuntut kehormatan, kemulian dan harga diri dan nilai iman yang dihina.

Namun ingat segalanya dalam batas ketaatan kepada Allah & Rasul. Dalam batas undang-undang

Kerana Islam dan Al-Quran itulah yang mengajar dan meletakkan 'hudud' iaitu batas-batas aturan dan perlembagaan.

Bangkitlah: Wahai Umat Islam
Mohon ingat sesiapa pun!
Jangan sesekali mencabar Umat Islam
Jangan Cabar Bangsa Yang Sangat Lembut & Beradab Ini
الله غايتنا - والرسول قدوتنا - الاسلام ديننا - والقرآن دستورنا - والجهاد سبيلنا - والموت في سبيل الله أسمى أمانينا

! الله اكبر

Penulis:
Ustaz Dr Nik Bakri Nik Mat
Timbalan Presiden 2
Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz)

Address

Shah Alam

Telephone

+60111321244

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama' - Geng Ustaz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama' - Geng Ustaz:

Share