03/10/2025
๐๐จ๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐ซ๐๐๐ฎ๐๐ง ๐๐ข๐๐ ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ข โ ๐๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐จ๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข & ๐๐ฎ๐ค๐ ๐๐๐ฅ๐ฎ๐๐ง๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ
2 Oktober 2025, Kuala Lumpur โ Koperasi Graduan UiTM Berhad terus melangkah ke hadapan apabila barisan Anggota Lembaga Koperasinya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan & Komoditi merangkap Menteri Sumber Asli & Kelestarian Alam Sekitar, bertempat di Menara Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur.
Kunjungan yang diketuai oleh ๐ฌ๐๐ต๐ด. ๐ง๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฟ๐ถ ๐๐ฏ๐ฟ๐ฎ๐ต๐ถ๐บ ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ ๐ญ๐ฎ๐ถ๐ป, ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ฟ๐๐๐ถ ๐๐ผ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ, turut disertai oleh barisan kepimpinan utama koperasi termasuk:
- YBhg. Tan Sri Ibrahim Abu Shah, Timbalan Pengerusi
- YBhg. Datoโ Sri Mohd Zin Mohamed, Bendahari
- YBrs. En. Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, Setiausaha
- Ahli Lembaga: YBhg. Prof. Ir. Dr. Datoโ Seri Abdul Rashid Maidin, YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, YBhg. Datoโ Zahar Zaman, YBhg. Datoโ Nadia Marni Mat Zin, dan YBrs. Ir. Dr. Wan Mahmood Wan Abdul Majid
- Jawatankuasa Penasihat: YBhg. Datoโ Paduka Dr. Ibrahim Ali (Korporat & Motivasi), YBrs. En. Borhan Aris (Governan)
- Urusetia: YBrs. En. Afiq Mohd Azman dan En. Zarif Mohd Zin
Pertemuan ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) serta membincangkan hala tuju strategik koperasi dalam bidang pelaburan, perusahaan, dan keterjaminan makanan negara.
๐๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ฟ๐ฎ๐ฑ๐๐ฎ๐ป, ๐ฃ๐ฒ๐น๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐
Diskusi dua hala ini membuka ruang kerjasama lebih luas, terutamanya dalam bidang pelaburan dan perniagaan strategik. Koperasi Graduan UiTM melihat ini sebagai peluang keemasan untuk meluaskan sayapnya dalam sektor-sektor utama negara yang menjanjikan pulangan jangka panjang.
๐๐ฎ๐ฏ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ป๐ฎ๐ด๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ธ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ด๐ฟ๐ฎ๐ฑ๐๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น ๐จ๐ถ๐ง๐ , yang telah terbukti cemerlang dalam pelbagai industri, adalah aset teras koperasi ini. Dengan pelan strategik yang sedang dibentuk, Koperasi bersedia menyumbang secara signifikan dalam ๐ถ๐ป๐ถ๐๐ถ๐ฎ๐๐ถ๐ณ ๐ธ๐ฒ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ๐บ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป ๐บ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป (๐ณ๐ผ๐ผ๐ฑ ๐๐ฒ๐ฐ๐๐ฟ๐ถ๐๐), sekali gus menyokong agenda nasional.
Sekian.