MYHA Negeri Selangor

MYHA Negeri Selangor Persatuan Asrama Belia Malaysia atau Malaysian Youth Hostel Association (MYHA) is for youth developm

Anda ada idea untuk MYHA Selangor?Jom kongsikan idea korang kerana ianya akan dijadikan sebagai hala tuju kami menuju 20...
19/12/2025

Anda ada idea untuk MYHA Selangor?

Jom kongsikan idea korang kerana ianya akan dijadikan sebagai hala tuju kami menuju 2028! Komen dibawah mengenai aspirasi dan cadangan anda atau layari https://bit.ly/KanvasHTMS28 .

Idea terbaik kami belanja korang dalam bentuk kredit TnG E-Wallet. Menariks kann? 🙂✌️

Pelan Hala Tuju MYHA Selangor (HMTS28) merupakan pelan stategik bagi memeta hala tuju organisasi ke arah lebih baik dengan mengambil kira suara dari ahli sendiri.

Kalau belum lagi sebagai ahli, korang layari bit.ly/daftarahlimyhaselangor. 🙂

Pengerusi Persatuan Asrama Belia Malaysia Negeri Selangor (MYHA Selangor), Saudara Muhammad Amirul Shafiq Ahmad Zuperi s...
17/12/2025

Pengerusi Persatuan Asrama Belia Malaysia Negeri Selangor (MYHA Selangor), Saudara Muhammad Amirul Shafiq Ahmad Zuperi serta barisan Jawatankuasa dan Ahli MYHA Selangor ingin mengucapkan tahniah diatas pelantikan dan selamat berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kepada YB Dr. Mohammed Taufiq bin Tan Sri Dato’ Johari dan YB Tuan Mordi anak Bimol.

Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan ini dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen sekali gus memberi manfaat berterusan kepada pembangunan belia serta kemajuan sukan negara.

16/12/2025
Pengerusi Persatuan Asrama Belia Malaysia Negeri Selangor (MYHA Selangor) , Saudara Muhammad Amirul Shafiq Ahmad Zuperi ...
16/12/2025

Pengerusi Persatuan Asrama Belia Malaysia Negeri Selangor (MYHA Selangor) , Saudara Muhammad Amirul Shafiq Ahmad Zuperi serta barisan Jawatankuasa dan Ahli MYHA Selangor menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YB Puan Hannah Yeoh dan YB Tuan Adam Adli atas khidmat yang diberikan sepanjang menerajui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Tahniah dan Selamat Berkhidmat di kementerian baharu dengan semangat dan misi baharu.



𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔Merafak Sembah dan Ucap Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sult...
11/12/2025

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak Sembah dan Ucap Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 11 Disember 2025 Bersamaan 20 Jumadal Akhirah 1447H.

Sembah Takzim Daripada:-
Seluruh Jawatankuasa dan Ahli Persatuan Asrama Belia Malaysia Negeri Selangor (MYHA Selangor)


21 September 2025 | Mesyuarat Agung Tahunan MYHA Selangor 2025Persatuan Asrama Belia Malaysia Negeri Selangor (MYHA Sela...
05/12/2025

21 September 2025 | Mesyuarat Agung Tahunan MYHA Selangor 2025

Persatuan Asrama Belia Malaysia Negeri Selangor (MYHA Selangor) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (M.A.T) bagi tahun 2025 yang diadakan di Dewan Perniagaan Melayu Selangor, Seksyen 13, Shah Alam.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Saudara Hamirul Idzwan bin Hamizan, Pemangku Presiden MYHA Kebangsaan. Turut hadir wakil daripada ABM Selangor dan MYHA Wilayah Persekutuan.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada MYHA Selangor diatas kejayaan melaksanakan program ‘Fly high Chapter 2.0 - Japan Backpacking Experience’ . Dalam masa sama beliau mengingatkan berkenaan kepentingan MYKD serta program-program yang lebih inklusif bagi menarik golongan belia di Selangor.

Turut diadakan juga pemilihan jawatankuasa baharu bagi tempoh 2025 - 2027. Pada pemilihan ini , Saudara Muhammad Amirul Shafiq Ahmad Zuperi telah dipilih sebagai presiden baharu mengantikan penyandang sebelum ini iaitu Saudara Abdul Muiz bin Misri.

Kepimpinan MYHA Selangor ingin menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Saudara Muiz atas khidmat bakti , sokongan dan bantuan yang diberikan bagi sesi 2023 - 2025. Terima kasih juga kepada Pemangku Presiden MYHA Kebangsaan, Saudara Hamirul Idzwan Hamizan atas kesudian hadir merasmikan M.A.T kali ini. Tidak dilupakan kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMM Selangor) kerana memberi keizinan dan menaja penggunaan dewan ini bagi melaksanakan program MAT ini.

13 - 15 Jun 2025 - Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat KebangsaanPersatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) telah meny...
05/12/2025

13 - 15 Jun 2025 - Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Kebangsaan

Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) telah menyertai Sambutan Hari Belia Negara yang berlangsung dari 13 hingga 15 Jun 2025 bertemakan “Yakin Boleh” yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Pada program ini, Jawatankuasa dan Sukarelawan MYHA Selangor serta MYHA Kebangsaan dan MYHA negeri lain turut bersama membantu dan menjayakan sambutan ini menerusi penganjuran pelbagai aktiviti di Pavillion MBM. Sambutan kali ini turut menampilkan 15 segmen baharu hasil kerjasama antara Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai platform untuk belia menyerlahkan potensi, kepimpinan dan idea baharu.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa suara belia wajar terus diangkat sebagai suara penting dalam mencorak hala tuju negara. Beliau turut menegaskan bahawa kekuatan negara bergantung kepada potensi, idealisme dan daya juang anak muda.

Sambutan ini turut dihadiri oleh kepimpinan pertubuhan belia dari seluruh negara, wakil belia ASEAN, serta ribuan anak muda daripada pelbagai latar belakang dan budaya. Kehadiran pelbagai suara ini menjadikan sambutan lebih berwarna-warni dan mencerminkan semangat inklusif serta perpaduan dalam kalangan generasi muda rantau ini.

Tahniah dan terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan HBN 2025!

4 - 6 Julai 2025 | Siri 1 - Program Tunas MADANI 30 : Transisi Kepimpinan Belia 2025Sebagai menghadapi Transisi Kepimpin...
25/11/2025

4 - 6 Julai 2025 | Siri 1 - Program Tunas MADANI 30 : Transisi Kepimpinan Belia 2025

Sebagai menghadapi Transisi Kepimpinan Belia pada tahun 2026, Persatuan Asrama Belia Malaysia Negeri Selangor (MYHA Selangor) telah menghantar wakil bagi penyertaan ke Siri 1 – Program Tunas MADANI 30 : Transisi Kepimpinan Belia 2025 yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri (AKM).

Program yang diadakan di Pusat Latihan Kenegaraan Meru, Klang, Selangor telah disertai oleh Saudari Aimi Nur Syahmirah Binti Mohd Aimi Zaimi.

Kursus yang dianjurkan ini telah memberi penekanan terhadap persediaan perubahan kepimpinan serta penyesuaian had umur belia menjelang 2026, di samping memperkukuh jati diri dan rasa cinta akan negara dalam kalangan belia.

4 Mei 2025 - Program ‘Urban Green’ anjuran AMK Lembah Pantai dan MARDI CorpTimbalan Presiden MYHA Selangor, Saudara Muha...
24/11/2025

4 Mei 2025 - Program ‘Urban Green’ anjuran AMK Lembah Pantai dan MARDI Corp

Timbalan Presiden MYHA Selangor, Saudara Muhammad Amirul Shafiq Ahmad Zuperi telah bersama menyertai Program ‘Urban Green’ yang dianjurkan oleh Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Lembah Pantai dan MARDI Corp di PPR Kampung Limau.

Program yang dilaksanakan oleh Saudari Amelia Zainabila, Ketua AMK Lembah Pantai dan pasukannya telah memberi pengetahuan baharu kepada komuniti PPR Kampung Limau terhadap cara pengendalian dan menghasilkan tanaman walaupun tinggal disuasana di kepadatan bandar raya dengan sumber dan saiz kawasan yang terhad.

Turut hadir pada program ini ialah YB Datuk Fahmi Fadzil , Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Menteri Komunikasi dan En. Muhammad Hazwan Hussein, Ketua Pegawai Operasi (COO) MARDI Corp.

19 September 2025 | Sesi Townhall Belanjawan 2026: Apa Anak Muda MahuSaudara Muhamamd Amirul Shafiq Bin Ahmad Zuperi (Ti...
24/11/2025

19 September 2025 | Sesi Townhall Belanjawan 2026: Apa Anak Muda Mahu

Saudara Muhamamd Amirul Shafiq Bin Ahmad Zuperi (Timbalan Presiden MYHA Selangor) hadir ke ‘Sesi Townhall Belanjawan 2026: Apa Anak Muda Mahu’ yang diadakan di WORQ Subang anjuran Biro Profesional Muda Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Sesi interaksi bersama Saudara Kamil Munim, Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Kewangan & Ketua AMK Malaysia ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan cadangan daripada semua pihak berkepentingan khususnya anak muda bagi membantu penyediaan Belanjawan 2026 yang inklusif dan menyeluruh.

Terima kasih kepada Saudari Amelia Zainabila , Ketua Biro dan Biro Profesional Muda Angkatan Muda Keadilan (AMK) atas jemputan ke program ini.

17 September 2025 | Jemputan sebagai juri bagi program ‘Indonesian Youth Excursion Network’ (IYEN) Siri 17’Saudara Muham...
24/11/2025

17 September 2025 | Jemputan sebagai juri bagi program ‘Indonesian Youth Excursion Network’ (IYEN) Siri 17’

Saudara Muhammad Amirul Shafiq Ahmad Zuperi, Timbalan Presiden Persatuan Asrama Belia Malaysia Negeri Selangor (MYHA Selangor) sekali lagi menerima jemputan oleh Indonesian Youth Excursion dan Global Youthpreneur Nusantara sebagai juri bagi mengadili produk inovasi yang dihasilkan oleh peserta program ‘Indonesia Youth Excursion (IYEN)’ Siri 17.

Progeam yang menampilkan belia dan mahasiswa negara Indonesia ini telah mempersembahkan kreativiti produk masing-masing sebagai cadangan untuk diimplimantasikan dan memberi nilai tambah didalam kehidupan seharian masyarakat selari Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).



5 - 7 September 2025 | Sekolah Alam & Retreat Strategik Penerangan MBMTimbalan Presiden MYHA Selangor , Saudara Muhammad...
24/11/2025

5 - 7 September 2025 | Sekolah Alam & Retreat Strategik Penerangan MBM

Timbalan Presiden MYHA Selangor , Saudara Muhammad Amirul Shafiq Bin Ahmad Zuperi telah mewakili Ketua Penerangan MYHA Kebagsaan dengan menyertai Sekolah Alam x Retreat Strategik Ketua Penerangan Badan-Badan Gabungan MBM di Hutan Negeri Royal Belum Rainforest . Program yang dianjurkan oleh MBM melalui Jawatankuasa Penerangan, Penerbitan & Media telah disertai seramai 34 orang belia dari seluruh negara.

Program ini telah memberikan pengalaman unik di atas ‘houseboat’ sambil menguji daya tahan, kreativiti serta semangat kebersamaan peserta. Antara pengisian utama termasuk Bengkel Media (Mobilegraphy & Vlogging, Media Journalism & Creative Writing bersama Dewan Bahasa dan Pustaka, serta Komunikasi Media), Eksplorasi Alam (Trekking Sira Papan, Demo Masakan Sakai & Air Terjun), selain aktiviti mencabar diri seperti waterconfident.

Selain itu, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) juga turut hadir membentangkan peluang peningkatan kemahiran industri bagi memperkukuh kebolehpasaran kerjaya belia.

Program ini bukan sahaja memperkukuh jaringan Ketua Penerangan, malah turut meningkatkan kemahiran media, komunikasi dan advokasi belia sejajar dengan peranan strategik MBM di peringkat nasional.

Program ini dikendalikan oleh Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin bersama Penolongnya, Sdr. Kishore Kumar.

Turut serta wakil Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Norsuzila Ernie yang berperanan sebagai rakan strategik MBM dalam pelaksanaan program ini.

Address

Shah Alam
40100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MYHA Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MYHA Negeri Selangor:

Share