Pekasih Selangor

Pekasih Selangor PERSATUAN KASIH PRIHATIN MALAYSIA
NEGERI SELANGOR (PEKASIH SELANGOR)

10/10/2025

Kenyataan Media

1. PEKASIH MALAYSIA mengalu-alukan segala usaha kemanusiaan yang ditujukan kepada mereka yang menderita, termasuk melalui misi seperti Global Sumud Flotilla yang bertujuan menghantar bantuan ke kawasan yang terkesan.

2. Kami kesal dan menolak sekeras-kerasnya sebarang komen negatif, fitnah ataupun tuduhan tidak berasas yang cuba mencemarkan niat murni sukarelawan serta pertubuhan-pertubuhan yang terlibat.

3. Sukarelawan ini bukanlah pencari publisiti, tetapi pejuang kemanusiaan. Mereka berbuat demikian atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab sejagat untuk "break the silence and break the seige" (memecahkan kesunyian dan memecahkan kepungan)

4. Kepada pengkritik yang hanya tahu berkata dan tidak menawarkan jalan penyelesaian, marilah kita berpadu tenaga mencari alternatif yang lebih berkesan untuk menyokong rakyat yang memerlukan.

5. Jika wujud sebarang kekurangan dalam pelaksanaan misi, kami terbuka kepada kritikan membina yang disertai solusi, bukannya kecaman, fitnah atau provokasi.

6. PEKASiH Malaysia menyeru agar semua pihak termasuk media, pemimpin masyarakat dan warga maya agar menilai isu ini berdasarkan fakta dan etika kemanusiaan, bukan emosi murahan.

7. Kami akan terus menyokong sebarang usaha yang berdaftar, sah dan berpaksikan prinsip keadilan serta kesejahteraan manusia.

8. Tindakan Israel itu bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa dan prinsip hak asasi manusia, malah satu bentuk kezaliman terang-terangan terhadap usaha murni global yang berpaksikan keamanan.

9. PEKASiH Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan rejim zalim tersebut dan menganggapnya sebagai jenayah kemanusiaan yang tidak boleh diterima oleh mana-mana hati nurani yang waras.

10. Akhir sekali, kami menyeru rakyat Malaysia agar bersikap peka, berdiri bersama nilai kasih sayang dan insani, serta tidak membiarkan suara kemanusiaan tenggelam oleh bunyi negatif semata-mata.

Kemanusiaan tidak mempunyai sempadan. Yang benar tetap benar, walau seluruh dunia membisukan suara keadilan.

MESRA-KASIH-PRIHATIN

Amizudin Bin Ahmat
Pengerusi
PEKASiH Malaysia



Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pekasih Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share