Amanah Jalinan Kasih Rasmi

Amanah Jalinan Kasih Rasmi KAMI MENJALANKAN PROGRAM BELI & INFAQ SET JENAZAH DAN INFAQ AL QURAN KEPADA MASJID, SURAU, HOSPITAL, TAHFIZ DAN RUMAH ANAK YATIM DI SEKITAR MALAYSIA
(1)

Menyempurnakan Fardu Kifayah : Sumbangan Ikhlas Demi Memudahkan Urusan Terakhir ❤️Alhamdulillah, dengan penuh rasa syuku...
21/01/2026

Menyempurnakan Fardu Kifayah : Sumbangan Ikhlas Demi Memudahkan Urusan Terakhir ❤️
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Telaga Sinar telah menyempurnakan penyerahan Kit Pengurusan Jenazah kepada Masjid Alam Impian sebagai satu inisiatif kebajikan bagi membantu memudahkan urusan fardu kifayah kepada warga kariah.
Sumbangan ini adalah tanda keprihatinan dan komitmen dalam menyokong keperluan pengurusan jenazah agar dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, sempurna dan berlandaskan syariat Islam. Diharapkan kit ini dapat dimanfaatkan sebaiknya apabila diperlukan, serta memberi sedikit kelegaan kepada pihak yang terlibat dalam menguruskan urusan akhir insan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penerima atas kesudian menerima sumbangan ini, serta kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyerahan ini.
Semoga usaha kecil ini menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati Allah SWT, serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kerjasama demi kebajikan ummah.
“Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain.”

21/01/2026

“Syukur Alhamdulillah Kit Pengurusan Jenazah Selamat Diserahkan 🕌”
Hari ini, kami telah menyempurnakan amanah para penginfak dengan menghantarkan 600 set pengurusan jenazah ke Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Kuala Kangsar, Perak.
Penyerahan ini turut dihadiri oleh 80 wakil masjid terpilih yang akan menggunakan set-set ini bagi urusan jenazah asnaf, rumah orang tua dan jenazah yang memerlukan.
Setiap set yang diinfakkan bukan sekadar bantuan, tetapi menjadi saham pahala berpanjangan buat para penyumbang dan juga bagi yang meniatkan atas nama arwah yang tersayang.
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan semua penginfak.
Semoga Allah menerima setiap amal dan menjadikannya pemberat timbangan kita di akhirat.
Jazakumullahu khairan kathira❤️
Jadikan sedekah hari ini sebagai saksi di Akhirat kelak. Semoga dibukakan pintu rezeki seluasnya buat para dermawan.
"Sucikanlah harta dan rezeki mereka, berkatilah keluarga mereka, kurniakanlah keuntungan berganda kepada pekerjaan mereka, kurniakanlah kebahagiaan dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat nanti ".

Setiap Sumbangan Membawa Makna❤️Alhamdulillah 🤍Dengan izin Allah SWT, sepanjang bulan Disember 2025, amanah infaq yang t...
05/01/2026

Setiap Sumbangan Membawa Makna❤️
Alhamdulillah 🤍
Dengan izin Allah SWT, sepanjang bulan Disember 2025, amanah infaq yang telah disumbangkan berjaya disalurkan kepada pihak-pihak yang memerlukan.
Sebanyak 178 set kelengkapan jenazah dan 200 naskah Al-Quran telah diagihkan kepada masjid, surau serta institusi tahfiz terpilih, antaranya:
▪️ Masjid Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru
▪️ Maahad Tahfiz Al-Muhammadiyah, Batang Kali
▪️ Surau Hospital Kuala Lumpur
▪️ Masjid As-Somadi, Tumpat
▪️ Masjid Al-Falah, Taman Seri Muda
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penyumbang yang terus mempercayai dan menyokong usaha infaq ini.
Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat, diberkati rezeki, dipermudahkan urusan dan dikurniakan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT. Aamiin 🤲
Teruskan menyokong usaha kebajikan ini agar lebih ramai dapat menerima manfaat.

Khidmat Ummah, Amanah Bersama | Sedikit Sumbangan, Besar ErtinyaDengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Syarikat T...
05/01/2026

Khidmat Ummah, Amanah Bersama | Sedikit Sumbangan, Besar Ertinya
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Syarikat Telaga Sinar telah menyempurnakan penyerahan Kit Jenazah kepada Masjid As-Somadi, Tumpat sebanyak 8 set. Penyerahan ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial syarikat dalam menyokong urusan pengurusan jenazah serta memperkukuhkan kemudahan khidmat masyarakat yang disediakan oleh pihak masjid.
Diharapkan sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak masjid dalam melaksanakan tanggungjawab fardu kifayah, seterusnya memberi kemudahan dan manfaat kepada masyarakat setempat.
Syarikat Telaga Sinar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan diterima sebagai amal kebajikan serta memperoleh ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

CERAMAH KHAS : PERSIAPAN AWAL SEBELUM KE NEGERI ABADIAlhamdulillah, telah berlangsung Program Ceramah Khas yang disampai...
05/01/2026

CERAMAH KHAS : PERSIAPAN AWAL SEBELUM KE NEGERI ABADI
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Ceramah Khas yang disampaikan oleh Ustaz Hanafiah Malek dengan jayanya. Program ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman agama serta meningkatkan kesedaran rohani dalam kalangan para peserta melalui pengisian ilmu yang bermanfaat dan berlandaskan Al-Quran serta As-Sunnah.
Sepanjang program berlangsung, para hadirin telah didedahkan dengan kupasan ilmu yang jelas, nasihat yang menyentuh hati serta peringatan yang membina keperibadian Muslim. Penyampaian yang berkesan telah menarik perhatian dan memberi impak positif kepada semua yang hadir.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Hanafiah Malek atas kesudian menyampaikan ceramah, serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian, seterusnya menjadi asbab keberkatan dan keredaan Allah SWT.
Sekian, terima kasih.

✨Cahaya Ilmu Buat Pewaris Kalamullah✨Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah ...
05/01/2026

✨Cahaya Ilmu Buat Pewaris Kalamullah✨
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, program penyampaian 50 naskah Al-Quran kepada Maahad Tahfiz Al-Muhammadiyah, Batang Kali dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Semoga mushaf yang disumbangkan ini menjadi manfaat besar kepada para pelajar dalam usaha mereka menghafaz, memahami serta menghayati kalamullah.
Setulus penghargaan diucapkan kepada semua penyumbang yang telah bersama menjayakan inisiatif murni ini. Semoga setiap huruf yang dibaca dan dihafaz oleh para pelajar menjadi pahala jariah yang berterusan kepada para dermawan.
Moga Maahad Tahfiz Al-Muhammadiyah terus melahirkan generasi huffaz yang berakhlak mulia, berilmu, dan membawa cahaya Al-Quran ke seluruh pelusuk masyarakat. Ameen.

Syukur ke hadrat Allah, kerana dengan limpah kurnia-Nya, program infaq kelengkapan jenazah bagi bulan November 2025 tela...
05/01/2026

Syukur ke hadrat Allah, kerana dengan limpah kurnia-Nya, program infaq kelengkapan jenazah bagi bulan November 2025 telah disempurnakan dengan jumlah keseluruhan 185 set jenazah. Setiap set yang dihantar bukan hanya sekadar barangan keperluan, tetapi simbol kasih sayang ummah terhadap mereka yang kembali ke rahmatullah.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang sentiasa bersama menyokong usaha ini. Anda adalah insan-insan hebat yang memilih untuk berbakti secara senyap namun penuh makna. Inilah saham akhirat yang akan terus mengalir, moga menjadi cahaya buat kita semua di alam sana.
Sokongan anda bukan sekadar bantuan material, tetapi satu bentuk kasih sayang dan keprihatinan terhadap saudara seagama yang memerlukan. Setiap set yang disumbangkan membawa makna yang besar, kerana ia memudahkan urusan fardu kifayah yang menjadi tanggungjawab bersama.
Semoga segala kebaikan yang anda titipkan melalui infaq ini menjadi amal jariyah yang terus mengalir hingga ke hari akhirat. Terima kasih kerana mempercayai kami sebagai penggerak amanah ini. 🌿🤲💛
Terima kasih kerana mempercayai perjalanan amal ini. Semoga Allah memberi ganjaran yang lebih besar daripada apa yang kita sangkakan. 🤍🌙

04/12/2025

MAJLIS PENYERAHAN KIT PAKAIAN TERAKHIR - SABAH
Pihak Telaga Sinar dengan penuh rasa penghargaan telah menyempurnakan penyerahan set pengurusan jenazah kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sebanyak 200 set.
Sumbangan ini diharapkan dapat menyokong kelancaran tugas pengurusan jenazah di seluruh daerah, khususnya kawasan pedalaman Sabah. Semoga usaha ini menjadi amal jariah yang berpanjangan serta memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan.
Rindu... satu perkataan yang takkan habis.
Tapi, rindu itu boleh menjadi pahala.
Sumbangkan atas nama arwah ibu bapa, anak, atau sesiapa sahaja yang kita sayang. Setiap sen yang anda hulurkan akan menjadi bekalan abadi untuk mereka di sana.
Jadikan rindu ini satu ladang pahala yang takkan pernah kering.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

“Biar Pun Mereka Telah Pergi, Pahala Terus Mengalir ”Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung penghantaran Kit Pengurus...
04/12/2025

“Biar Pun Mereka Telah Pergi, Pahala Terus Mengalir ”
Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung penghantaran Kit Pengurusan Jenazah kepada pihak Masjid Kampung Kuantan, Klang sebanyak 20 set .
Sumbangan ini merupakan hasil infak daripada para penginfaq yang budiman melalui syarikat Telaga Sinar. Semoga setiap sumbangan ini menjadi asbab pahala yang berpanjangan dan memberi manfaat kepada pihak masjid dalam urusan fardhu kifayah umat Islam.
Jazakumullahu khairan kepada semua yang terlibat — para penginfaq, pihak masjid, dan pihak Telaga Sinar yang sentiasa komited dalam menyantuni masyarakat. 🌸
“Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada orang lain.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Alhamdulillah, kita hanya pemudah cara, menyampaikan dan menjalankan tanggungjawab bersama.Dipanjangkan penghargaan buat...
04/12/2025

Alhamdulillah, kita hanya pemudah cara, menyampaikan dan menjalankan tanggungjawab bersama.
Dipanjangkan penghargaan buat semua, kalian yang tidak putus terus-menerus menyokong segala usaha dan kerjasama kita semua.
InsyaAllah, pasti ada Allah ganjarkan pahala dan kebaikan buat kita semua di dunia dan juga di akhirat. Amiin...
Pastinya penat lelah, jerih-perih kita selama ini, terasa ringan dan bebas bila segala amanah yang dipegang diselesaikan dengan sebaik-baiknya.
Diharapkan tuan puan sentiasa menyokong perjuangan Telaga Sinar RASMI untuk membantu mengurangkan kos pengurusan jenazah bagi keluarga si mati.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program Jalinan Kasih Telaga Sinar.
Dibawah adalah senarai-senarai masjid yang telah menerima kit pengurusan jenazahpada bulan Oktober 2025.

Address

15B, BLOK 2, WORLDWIDE BUSSINESS PARK, Jalan TINJU 13/50 SEKSYEN 13
Shah Alam
40100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amanah Jalinan Kasih Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share