Syria Care

Syria Care Menabur bakti kepada para pelarian Syria khususnya di utara Syria, Türkiye dan Lubnan.

Ini adalah akaun kedua atau 'backup account' untuk https://www.facebook.com/syriacaremalaysia

Menumpang Kasih di Dar As Sakinah 🌹Penyelaras Projek dan Media Syria Care, Saudara Shadi Al Uwainah, telah membawa empat...
12/08/2024

Menumpang Kasih di Dar As Sakinah 🌹

Penyelaras Projek dan Media Syria Care, Saudara Shadi Al Uwainah, telah membawa empat kanak-kanak gelandangan ke Dar As Sakinah, sebuah pusat perlindungan untuk anak-anak yatim dan warga tua tanpa keluarga yang terletak di Jisr Al Shughur, Syria.

Kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan tidak terurus setelah kehilangan ibu mereka. Bapa mereka, yang sedang berusaha menyara keluarga, berdepan dengan kesukaran ekonomi yang amat teruk.

Bakar, 9 tahun, bersama tiga adiknya Nur, 8 tahun, Umar, 7 tahun, dan Sundus, 4 tahun dibenarkan untuk tinggal di pusat perlindungan itu sementara bapa mereka cuba memperbaiki keadaan kewangan keluarga mereka. Di pusat ini, sama seperti penghuni lain, keempat-empat beradik ini diberi makan secukupnya dan turut serta menghadiri sesi pembelajaran harian.

Sumbangan untuk pusat perlindungan Dar As Sakinah boleh dibuat melalui:-
Maybank - 5505 1424 0118
Rujukan: Dar As Sakinah

➡️ https://syriacare.org.my/amalaid/

Bersama Syria Care, Kita Bantu.

Aktiviti pelajar Tadika Ulfah Wakaf Kampung Malaysia Syria Care (WKMSC) di Al Bardaqli, Syria.Apabila mereka belajar ten...
06/08/2024

Aktiviti pelajar Tadika Ulfah Wakaf Kampung Malaysia Syria Care (WKMSC) di Al Bardaqli, Syria.

Apabila mereka belajar tentang sesuatu yang baru atau mendapati pengetahuan yang menarik, ekspresi wajah mereka sering kali menunjukkan keajaiban dan kekaguman.

Wajah anak-anak Syria menunjukkan pelbagai emosi yang penuh makna dan juga mencerminkan pengalaman mereka yang pelbagai.

Akaun bank khas Syria Care untuk Tabung 'EducAid':
▪ Maybank: 5505 1424 0066

Sumbangan boleh juga dibuat melalui:
🎒 https://syriacare.org.my/educaid/

Perhatian anda, harapan mereka.
Bersama Syria Care, kita bantu.

Kelebihan 'Auto Infaq' 👍✅ Sumbangan automatik yang mudah.✅ Bantu perancangan agihan sistematik.✅ Memberi impak yang besa...
02/08/2024

Kelebihan 'Auto Infaq' 👍

✅ Sumbangan automatik yang mudah.
✅ Bantu perancangan agihan sistematik.
✅ Memberi impak yang besar dan berpanjangan.

Sumbangan anda akan disalurkan untuk:-
🍚 Bantuan makanan dan keperluan asas
🧒🏻 Bantuan anak yatim dan balu
📚 Bantuan pendidikan
🏘️ Baik pulih penempatan pelarian
🚨 Bantuan kecemasan

Jom, sedekah setiap bulan secara automatik melalui 'Auto Infaq'.

“Amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.”
[Riwayat Bukhari, no. 6465]

Untuk mendaftar, layari pautan di bawah 👇🏻
💳 https://www.syriacare.org.my/autoinfaq

'Auto Infaq' sumbangan anda hari ini untuk hari esok yang lebih baik.

Bersama Syria Care, kita bantu.

STATUS KESELAMATAN WAKAF KAMPUNG MALAYSIA SYRIA CARESewaktu pemilihan lokasi projek, faktor keselamatan telah menjadi in...
02/08/2024

STATUS KESELAMATAN WAKAF KAMPUNG MALAYSIA SYRIA CARE

Sewaktu pemilihan lokasi projek, faktor keselamatan telah menjadi indikator utama di dalam proses penilaian. Terletak di Al Bardaqli, ianya masih di zon selamat kerana berada berhampiran dengan sempadan Syria-Türkiye dengan jarak lebih kurang empat kilometer dan berada dalam perimeter kawasan jagaan Türkiye.

Peluang untuk berwakaf masih dibuka ⤵️
🏘️ https://syriacare.org.my/wakafkampungmalaysia/

Bersama Syria Care, kita bantu.

Pahala 700 Kali GandaAllah SWT berfirman yang bermaksud:"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ...
31/07/2024

Pahala 700 Kali Ganda

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya".

(Surah Al Baqarah : 261)

Infaq Subuh bersama Syria Care:
www.syriacare.org.my/educaid

31 Julai 2024Asyahid Ismail Haniyeh (Ketua Biro Politik Hamas) telah dibunuh di ibu negara Iran, Tehran bersama salah se...
31/07/2024

31 Julai 2024

Asyahid Ismail Haniyeh (Ketua Biro Politik Hamas) telah dibunuh di ibu negara Iran, Tehran bersama salah seorang pengawal peribadinya yang berada di negara itu bagi menghadiri majlis perasmian Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada 30 Julai 2024.

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

https://t.me/syriakini

31/07/2024

Dua serangan dron menyasarkan kenderaan dan rumah orang awam di kampung Majdalya, selatan Idlib, Syria.

Setiap kali melihat wajah anak-anak pelarian Syria, pasti sayu hati memikirkan penderitaan mereka yang terpaksa hidup da...
30/07/2024

Setiap kali melihat wajah anak-anak pelarian Syria, pasti sayu hati memikirkan penderitaan mereka yang terpaksa hidup dalam serba kekurangan. Namun, mereka adalah lambang ketabahan dan kecekalan yang menginspirasi kita semua.

Kita juga perlu menyedari betapa pentingnya peranan kita dalam membantu mereka. Tindakan kecil kita mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka.

Ayuh, kirimkan kasih sayang anda melalui pesanan 'OderFood'.

Jenis bantuan:-
📦 Bakul Makanan: Bahan-bahan asas (beras, minyak, bijirin, pasta dan lain-lain)
🍛 Pek Makanan: Hidangan makanan siap dimasak
🥩 Infaq Meat: Infak daging segar

Jom, pesan dan hantar sekarang ⤵️
https://syriacare.org.my/oderfood/

Anda pesan, kami hantar.
Bersama Syria Care, kita bantu.

30 Julai 2024Syria Care telah mengadakan sesi pertemuan bersama Yayasan Yara yang diwakili oleh Pengurus, Shahida Musa b...
30/07/2024

30 Julai 2024

Syria Care telah mengadakan sesi pertemuan bersama Yayasan Yara yang diwakili oleh Pengurus, Shahida Musa bersama Koordinator yayasan itu, Hidayah.

Pertemuan ini bertujuan sebagai sesi pengenalan ringkas mengenai Syria Care serta membuka ruang dan peluang untuk kolaborasi bersama. Pihak Syria Care juga telah membentangkan mengenai projek pendidikan 'EducAid' di Wakaf Kampung Malaysia, Al Bardaqli, Syria serta projek-projek lain yang digerakkan.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Yayasan Yara atas kesudian menerima kehadiran Syria Care. Kami berharap agar kita dapat bersama-sama memberikan bantuan kepada penghuni bumi Syam yang memerlukan.

Bersama Syria Care, Kita Bantu.

30/07/2024

KEMASKINI (30 Julai 2024, 5pm): Isu limitasi kepada akses Facebook rasmi Syria Care Malaysia telah diselesaikan. Walau bagaimanapun, akaun ini akan terus digunakan sebagai akaun kedua atau 'backup account'.

Sekian, terima kasih.

📢 Penting: Limitasi Akses Facebook Syria Care Malaysia (30 Julai 2024, 12pm)

Syria Care ingin memaklumkan bahawa kami sedang mengalami limitasi untuk mengakses Facebook rasmi Syria Care Malaysia buat masa ini. Walaubagaimanapun, kami sudah berhubung dengan pihak Meta dan isu ini sedang diusahakan.

Sebagai alternatif, sila ikuti akaun kedua kami di https://www.facebook.com/syriacareofficial.

Sebarang sumbangan boleh terus dibuat melalui laman sesawang rasmi kami di www.syriacare.org.my.

Terima kasih atas sokongan anda.

Seruan Global untuk Mengatasi Kepanasan Melampau Ketika Suhu Mencatat Rekod Tertinggi"Minggu lalu dunia mencatatkan tiga...
30/07/2024

Seruan Global untuk Mengatasi Kepanasan Melampau Ketika Suhu Mencatat Rekod Tertinggi

"Minggu lalu dunia mencatatkan tiga hari paling panas, suhu melampau bukan lagi fenomena sehari, seminggu atau sebulan malah berlarutan sehingga berbulan-bulan," kata Setiausaha Agung PBB, António Guterres pada 25 Julai 2024.

Beliau juga mengeluarkan laporan yang menggariskan kesan gelombang haba yang boleh membawa maut serta tindakan perlu diambil untuk mengatasi suhu yang semakin panas, yang mungkin meningkatkan keperluan kecemasan dalam masa terdekat.

Pelarian Syria di kem-kem sedang menghadapi gelombang haba yang sangat mencabar. Khemah mereka panas seperti ketuhar, dan air tidak memberikan kelegaan yang lama. Panas yang melampau ini membuatkan kehidupan harian mereka semakin sukar.

Ayuh, bantu ringankan beban yang ditanggung.

Hulurkan sumbangan anda melalui tabung 'Amal Aid':
➡️ https://syriacare.org.my/amalaid/

Bersama Syria Care, kita bantu.

Sumber: UNOCHA, 25 Julai 2024

Selamat pagi!Salam sayang dari anak-anak Wakaf Kampung Malaysia Syria Care, Al Bardaqli, Syria untuk anda ❤️Jangan lupak...
30/07/2024

Selamat pagi!

Salam sayang dari anak-anak Wakaf Kampung Malaysia Syria Care, Al Bardaqli, Syria untuk anda ❤️

Jangan lupakan mereka ya!

Kirimkan sinar kebahagiaan buat mereka melalui projek 'OderFood' iaitu bantuan makanan untuk penghuni bumi Syam.

Jom, pesan dan hantar sekarang:
📦 https://syriacare.org.my/oderfood/

Peluang untuk berwakaf masih dibuka, kepada yang berminat boleh layari:
🏘️ https://syriacare.org.my/wakafkampungmalaysia/

Bersama Syria Care, kita bantu.

Address

No 43, Jalan Bola Jaring 13/15
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syria Care posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share