Majlis Belia Perkim Selangor

Majlis Belia Perkim Selangor Sebuah NGO yang giat aktif dalam membantu masyarakat. Diselia dibawah Perkim Cawangan Kota Damansara
(PPM-002-14-01051961-000251)

Sabtu, 22 November 2025 - Surau Nurul Ihsan, Seksyen 6 ๐Ÿ•ŒProgram Forum Fiqh Wanita: Sudut Sains dan Islam berlangsung den...
23/11/2025

Sabtu, 22 November 2025 - Surau Nurul Ihsan, Seksyen 6 ๐Ÿ•Œ

Program Forum Fiqh Wanita: Sudut Sains dan Islam berlangsung dengan suasana harmoni dan penuh manfaat. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Naib 2 Pengerusi Majlis Belia PERKIM Selangor, Muhammad Aaron Hayyun bin Tan ๐ŸŽ™๏ธ, disusuli pengenalan ringkas oleh Moderator, Naib 1 Ustazah Zainab binti Hassan ๐ŸŒธ.

Forum diteruskan dengan perkongsian dua panelis jemputan:
โญ Ustazah Raudhatul Jannah binti Mohd Rozli
โญ Ustazah Sarah Selvarani binti Rajagobal
yang menyentuh gabungan ilmu Sains ๐Ÿ”ฌ dan Islam ๐Ÿ“– dalam memahami fiqh wanita masa kini.

Program anjuran Majlis Belia PERKIM Selangor bersama Perkim Cawangan Shah Alam ๐Ÿค ini diakhiri dengan cabutan bertuah ๐ŸŽ, menutup acara dengan suasana ceria dan mesra.


KUNJUNG HORMAT MEMPERKASAKAN DAKWAH BELIA  Majlis Belia Perkim Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Dato' ...
29/09/2025

KUNJUNG HORMAT MEMPERKASAKAN DAKWAH BELIA

Majlis Belia Perkim Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Dato' Profesor Dr. Haji Mohd Farid Ravi, Ahli Majlis Perkim Kebangsaan, dalam usaha memperkukuh silaturahim dan memperkasakan gerakan dakwah belia.

Turut hadir memeriahkan majlis: ๐Ÿค Perkim Cawangan Rembau
๐Ÿค Perkim Cawangan Kuala Langat
๐ŸŽ“ Dr Noraini, Ketua Jabatan Dakwah dan Usuluddin UIS
๐ŸŽ“ Dr Yusuf Marlon, Jabatan Dakwah dan Usuluddin UIS

Semoga jalinan ini terus menyemarakkan perjuangan dakwah dan pembangunan belia yang berterusan ๐Ÿ’ช๐Ÿ“š


*๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025 โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ*Hari Malaysia adalah lambang kesepaduan rakyat dari Semenanjung, Sabah & S...
14/09/2025

*๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025 โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ*

Hari Malaysia adalah lambang kesepaduan rakyat dari Semenanjung, Sabah & Sarawak dalam membina sebuah negara bangsa yang merdeka, aman, dan makmur.

Dengan semangat Malaysia Madani: Rakyat Disantuni, marilah kita terus memupuk kasih sayang, saling menghormati, dan memperkukuh perpaduan agar negara ini kekal harmoni untuk generasi akan datang.

Majlis Belia PERKIM Selangor menyeru kita semua agar menjadikan Hari Malaysia sebagai titik peringatan untuk:
๐ŸŒบ Menghargai jasa pejuang dan pemimpin terdahulu
๐ŸŒบ Memperkuatkan ukhuwah sesama rakyat
๐ŸŒบ Menyemarakkan semangat cintakan tanah air

๐Ÿคฒ Semoga Malaysia terus diberkati, maju dan sejahtera di bawah lindungan Allah SWT.

โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

๐ŸŒธโœจ Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025M โœจ๐ŸŒธDaripada kami, Majlis Belia PERKIM Selangor ๐Ÿ’š๐Ÿ“… 5 September 2025 | 12 Rabiโ€˜ul Awa...
05/09/2025

๐ŸŒธโœจ Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025M โœจ๐ŸŒธ
Daripada kami, Majlis Belia PERKIM Selangor ๐Ÿ’š

๐Ÿ“… 5 September 2025 | 12 Rabiโ€˜ul Awal 1447H
๐ŸŒ Tema: โ€œMembangun Ummah Madaniโ€

๐Ÿ’ฌ โ€œMeneladani akhlak Rasulullah SAW adalah kunci untuk membina generasi berjiwa besar, penuh kasih sayang dan membawa harapan untuk ummah.โ€ ๐ŸŒŸ

Mari sama-sama kita hayati erti sebenar Maulidur Rasul, bukan sekadar sambutan, tapi sebagai inspirasi untuk terus memperindah akhlak dan menyebarkan kebaikan. ๐Ÿคฒโœจ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-68 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMajlis Belia PERKIM Selangor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2025 kepad...
31/08/2025

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-68 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Majlis Belia PERKIM Selangor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2025 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Kemerdekaan bukan sekadar peringatan sejarah, tetapi medan untuk kita menyuburkan rasa cinta tanah air, memperkukuh ukhuwah, serta memperhebatkan usaha dakwah dan kebajikan demi agama, bangsa dan negara.

Semoga semangat โ€œMalaysia Madaniโ€ terus subur dalam jiwa belia kita, menjadi peneraju kepada perpaduan, keharmonian dan kemajuan bersama.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ




MAJLIS BELIA PERKIM SELANGOR HADIR PROGRAM PEMERKASAAN HALA TUJU PERKIM SELANGORSHAH ALAM, 17 OGOS 2025 โ€“ Majlis Belia P...
18/08/2025

MAJLIS BELIA PERKIM SELANGOR HADIR PROGRAM PEMERKASAAN HALA TUJU PERKIM SELANGOR

SHAH ALAM, 17 OGOS 2025 โ€“ Majlis Belia PERKIM Selangor telah menghadiri Program Pemerkasaan Hala Tuju PERKIM Cawangan-cawangan Negeri Selangor di Hotel De Palma, Shah Alam bersama lebih 100 pimpinan PERKIM seluruh negeri.

Program dimulakan dengan ucapan aluan YBhg. Tuan Haji Hushim Bin Haji Salleh, Naib Pengerusi PERKIM Negeri Selangor dan pembentangan hala tuju oleh Pengerusi, YBhg. Tuan Haji Muhammad Fitri Bin Abdullah.

Turut diadakan sesi forum yang dikendalikan oleh Tuan Haji Mohamed Ibrahim Bin Haji Nar Hussain dengan panel mewakili PERKIM Cawangan Klang (Tuan Haji Saifudin Ahmad), PERKIM Wanita Ulu Klang (Datin Adlena Abu Hassan) serta PERKIM Cawangan Ampang (Tuan Haji Mohd Firdaus Tamil Maran). Forum ini menjadi wadah perkongsian pengalaman, idea serta inisiatif baharu dalam memperkasa aktiviti dakwah dan kebajikan di peringkat cawangan.

Majlis Belia PERKIM Selangor melihat program ini sebagai platform penting memperkukuh kerjasama dan memperhebat usaha dakwah, kebajikan serta pendidikan khususnya melibatkan golongan belia di Selangor.




๐Ÿ“Œ Ziarah Mahabbah Muallaf โ€“ AmpangAlhamdulillah, hari ini Ketua Majlis Belia Perkim Selangor (MBPS), Ustaz Sharif Arshad...
15/07/2025

๐Ÿ“Œ Ziarah Mahabbah Muallaf โ€“ Ampang

Alhamdulillah, hari ini Ketua Majlis Belia Perkim Selangor (MBPS), Ustaz Sharif Arshad berpeluang menyertai Program Ziarah Muallaf bersama Perkim Cawangan Ampang.

Sebanyak 4 buah rumah muallaf sekitar kawasan Lembah Jaya, Ampang telah diziarahi dalam usaha menyantuni saudara-saudara baru kita dengan penuh kasih sayang dan keprihatinan.

Turut hadir dalam ziarah ini ialah wakil Perkim Ampang, Ustaz Farhan Ajiyan dan Ustazah Nasuha Fatini.

๐Ÿ’ Dalam ziarah ini juga, pihak Perkim Cawangan Ampang telah menyampaikan sumbangan barangan dapur hasil agihan fidyah dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada keluarga muallaf yang diziarahi. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka.

MBPS komited untuk terus mendekati golongan muallaf dan komuniti Islam melalui pendekatan dakwah kasih sayang dan sentuhan kemanusiaan.

๐Ÿคฒ Semoga usaha ini diberkati Allah dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak program kebajikan di masa akan datang.


Address

Pejabat Perkim, Masjid Shah Alam
Shah Alam
43500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Belia Perkim Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share