Jalinan Kasih by Telaga Sinar

Call Website

Jalinan Kasih by Telaga Sinar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jalinan Kasih by Telaga Sinar, Nonprofit Organization, Shah Alam.

Program Infak Set Lengkap Pengurusan Jenazah dan Al-Quran

Jalinan Kasih merupakan satu program di bawah Telaga Sinar untuk membantu setiap golongan memerlukan yang memfokuskan kepada aspek pembangunan dakwah dan pendidikan

01/10/2026

Alhamdulillah, berpeluang menziarahi dan berkongsi sedikit rezeki bersama warga Pusat Jagaan Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras dengan menyerahkan sebanyak 83 naskah al-Quran.
Mungkin apa yang kita beri kelihatan kecil, namun setiap pemberian yang ikhlas mampu menghadirkan senyuman, menguatkan semangat dan menyampaikan rasa bahawa mereka sentiasa dihargai dan disayangi. 🌷
Terima kasih kepada semua penginfaq, penyumbang dan pihak yang bersama-sama menjayakan usaha ini. Semoga setiap kebaikan yang disemai menjadi amal yang terus mengalir pahalanya. 🤲🏻

01/10/2026

📖 SATU NASKHAH, SEJUTA PAHALA 🤍
Alhamdulillah, satu lagi amanah telah disempurnakan🤲🏻
Video ini merakamkan perjalanan penghantaran Infaq Al-Quran untuk disampaikan kepada pelajar Maahad Tahfiz Fathul Ulum, Hulu Langat sebanyak 70 naskhah.
Semoga setiap naskhah yang dibaca, setiap ayat yang dipelajari dan setiap hati yang disentuh oleh kalam Allah menjadi saham akhirat yang terus mengalir pahalanya buat para penyumbang.

“Alhamdulillah, Satu Lagi Amal Jariah Tersampai!” Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, hari ini telah berlangsung penye...
01/10/2026

“Alhamdulillah, Satu Lagi Amal Jariah Tersampai!”
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, hari ini telah berlangsung penyerahan Kit Pengurusan Jenazah kepada pihak Masjid Al-Falah, Taman Sri Muda sebanyak 25 set .
.
Sumbangan ini merupakan hasil infak daripada para penginfaq budiman melalui syarikat Telaga Sinar. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi asbab pahala berpanjangan, serta memudahkan urusan fardhu kifayah di rumah Allah ini.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penginfaq dan pihak masjid atas sokongan serta kerjasama yang diberikan. Moga usaha kecil ini menjadi saham akhirat buat kita semua💚

01/10/2026

Alhamdulillah, amanah daripada para penginfaq telah disampaikan melalui Program Jalinan Kasih Telaga Sinar RASMI kepada anak-anak Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi, Hulu Langat sebanyak 20 naskah Al-Quran.
Semoga setiap naskah ini menjadi teman dalam membaca, sumber ilmu dalam belajar dan cahaya dalam kehidupan.
Buat para penginfaq, mungkin kita tidak melihat setiap kebaikan yang lahir daripadanya, tetapi semoga Allah terus mengalirkan pahalanya buat kalian ❤️
Terima kasih kerana memilih untuk berkongsi cahaya Al-Quran.
Jalinan kasih, menghubungkan hati melalui Kalam Allah SWT.

24/09/2026

ALHAMDULILLAH, MISI 600 SET PENGURUSAN JENAZAH KE IPOH BERJAYA DILAKSANAKAN 🤍

Dengan penuh rasa syukur, kami ingin berkongsi bahawa 600 Set Pengurusan Jenazah telah berjaya dihantar kepada Jabatan Agama Islam Daerah Ipoh untuk disalurkan kepada masjid-masjid yang terpilih.

Lebih bermakna, sebahagian daripada set ini juga akan diagihkan kepada masjid-masjid di kawasan yang jauh dan pedalaman, bagi membantu menyediakan keperluan untuk menguruskan jenazah golongan asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan.

Setiap set yang disumbangkan akan menjadi satu persediaan penting apabila berlaku kematian dalam kalangan keluarga yang tidak mampu menyediakan kelengkapan pengurusan jenazah.

Terima kasih kepada semua insan-insan baik yang telah bersama-sama menjayakan misi 600 Set Pengurusan Jenazah ini. 🤍

Setiap infak anda bukan sekadar sebuah sumbangan, tetapi menjadi asbab untuk membantu memudahkan urusan terakhir saudara kita yang memerlukan.

🤲 Semoga setiap sen yang diinfaqkan menjadi saham akhirat yang berpanjangan, dan Allah SWT membalas segala kebaikan para penyumbang dengan rezeki yang luas serta keberkatan hidup.

Daripada anda, untuk memudahkan urusan terakhir mereka yang memerlukan.

🌿 Berbuat baik tidak menunggu masa, kerana setiap kebaikan yang kecil mampu memberi makna besar buat insan lain. 🤍Alhamd...
19/08/2026

🌿 Berbuat baik tidak menunggu masa, kerana setiap kebaikan yang kecil mampu memberi makna besar buat insan lain. 🤍
Alhamdulillah, 25 set Kit Lengkap Pakaian Terakhir telah berjaya diserahkan kepada wakil Masjid Al-Azhariah, Seksyen 18, Shah Alam.
Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan dalam urusan pengurusan jenazah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan buat semua penyumbang. 🤲

Alhamdulillah, atas prihatin org ramai Masjid Nahdah Al-Islam, Sek 18 telah menerima 20 set Kit Lengkap Pakaian Terakhir...
19/08/2026

Alhamdulillah, atas prihatin org ramai Masjid Nahdah Al-Islam, Sek 18 telah menerima 20 set Kit Lengkap Pakaian Terakhir melalui Program Jalinan Kasih Telaga Sinar RASMI yang menguruskan antara jenazah asnaf, tiada pewaris dan kariah sekitar sana.
Saya percaya Fardhu Kifayah ini tanggungjawab kita bersama. Semoga usaha kecil ini dapat membantu lebih ramai untuk bersedia menghadapi saat yang pasti tiba.

"Bersama Menggalas Amanah, Memuliakan Pengakhiran Insan"Alhamdulillah, penyerahan kit pengurusan jenazah telah disempurn...
19/08/2026

"Bersama Menggalas Amanah, Memuliakan Pengakhiran Insan"
Alhamdulillah, penyerahan kit pengurusan jenazah telah disempurnakan sebagai tanda keprihatianan dan persediaan dalam melaksanakan fardhu kifdayah.
Sebanyak 101 set telah diterima oleh Masjid Jamek Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru dan 40 naskah Al-Quran untuk diagihkan kepada pelajar tahfiz dan anak yatim sekitar Kuala Kubu Baru.
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta memberi manfaat kepada masyarakat 🤲
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh penginfaq Al-Quran dan set pengurusan jenazah atas keikhlasan menyumbang ke jalan Allah. Semoga setiap helaian Al-Quran yang dibaca dan setiap kit jenazah yang dimanfaatkan menjadi amal jariah yang berterusan, mengalirkan pahala tanpa henti sreta diberkati Allah SWT.

📍Masjid At-Taqwa, Bandar Bukit Mahkota, BangiAlhamdulillah, sebanyak 15 set jenazah telah berjaya diserahkan kepada piha...
19/08/2026

📍Masjid At-Taqwa, Bandar Bukit Mahkota, Bangi
Alhamdulillah, sebanyak 15 set jenazah telah berjaya diserahkan kepada pihak Masjid At-Taqwa, Bandar Bukit Mahkota, Bangi bagi kegunaan pengurusan jenazah. Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi amal jariah yang berpanjangan buat semua penyumbang. Aamiin. 🤲💚
Setiap infaq yang diberi mungkin kecil di mata manusia, namun besar nilainya di sisi Allah SWT apabila ia memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jalinan Kasih by Telaga Sinar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share