15/04/2025
PENUTUPAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DEWAN SERBAGUNA MASJID PUTRA HEIGHTS DAN PPSS DEWAN SERBAGUNA CAMELIA
Susulan kejadian kebakaran paip gas Petronas di Putra Heights pada 1 April 2025, JKM telah diarahkan untuk membuka PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights dan diikuti PPS Dewan Serbaguna Camelia bagi memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada 509 mangsa yang terkesan akibat tragedi ini.
Berikutan keadaan yang semakin baik, Pengerusi JK Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Petaling telah mengisytiharkan penutupan PPS Dewan Serbaguna Camelia pada 9 April 2025 dan diikuti penutupan PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights pada hari ini, 13 April 2025.
Jabatan Kebajikan Masyarakat mengucapkan jutaan terima kasih dan amat menyanjung tinggi pengorbanan kesemua 80 petugas JKM yang bertugas sepanjang PPS ini di aktifkan, walaupun ada di antara mereka terpaksa membatalkan Cuti Hari Raya Aidil Fitri kerana diarahkan untuk bertugas.
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor, Agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri, GLC, Badan Berkanun, NGO dan penyumbang serta para media yang telah memberi kerjasama yang sangat baik kepada pihak JKM sepanjang PPS ini di aktifkan.
BERKAT BERJASA
Hajah Nancy Haji Shukri
Dato' Dr. Noraini Ahmad
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia