Bumiputera Intergrated Pest Management Malaysia

Bumiputera Intergrated Pest Management Malaysia Persatuan Pengurusan Perosak Bersepadu Malaysia untuk industri kawalan serangga makhluk perosak.

πŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448HBersempena sambutan Awal Muharam 1448H, BIPM mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Islam k...
17/06/2026

πŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H

Bersempena sambutan Awal Muharam 1448H, BIPM mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Islam kepada seluruh ahli, rakan industri dan masyarakat.

Semoga semangat hijrah terus menjadi inspirasi untuk kita memperkukuh integriti, memacu inovasi serta meningkatkan profesionalisme dalam membangunkan industri pengurusan perosak yang lebih cemerlang dan mampan.

Marilah kita melangkah ke hadapan dengan azam yang baharu, semangat yang diperbaharui dan komitmen yang lebih kukuh demi kemajuan industri serta kesejahteraan masyarakat.

✨ Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H
✨ Salam Maal Hijrah

Selamat Menyambut Hari Makhluk Perosak Sedunia 2026(World Pest Day – 6 Jun 2026)Hari ini kita mengiktiraf peranan pentin...
05/06/2026

Selamat Menyambut Hari Makhluk Perosak Sedunia 2026
(World Pest Day – 6 Jun 2026)

Hari ini kita mengiktiraf peranan penting industri Pengurusan Makhluk Perosak dalam melindungi kesihatan awam, keselamatan makanan, harta benda dan alam sekitar.

Di sebalik setiap persekitaran yang bersih, selamat dan bebas ancaman makhluk perosak, terdapat usaha berterusan para profesional yang komited dalam mendidik, mencegah dan melindungi masyarakat.

Sempena Hari Makhluk Perosak Sedunia 2026, Bumiputra Integrated Pest Management (BIPM) ingin merakamkan penghargaan kepada semua pengamal industri, rakan strategik dan pelanggan yang sentiasa menyokong amalan pengurusan makhluk perosak yang profesional, beretika dan mampan.

Marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kawalan makhluk perosak sebagai salah satu komponen utama dalam menjaga kesihatan awam dan kesejahteraan komuniti.

Didik. Cegah. Lindung.
Bersatu untuk penyelesaian mampan demi masa depan yang lebih sihat.

πŸ•Œ Salam Aidiladha 1447H | 2026MDi hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati erti pengorbanan, kesyukuran d...
26/05/2026

πŸ•Œ Salam Aidiladha 1447H | 2026M

Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati erti pengorbanan, kesyukuran dan keprihatinan terhadap insan di sekeliling kita.

Semoga semangat Aidiladha terus menyatukan kita dalam membina masyarakat yang lebih kuat, berintegriti dan saling membantu demi kemajuan bersama. Setiap pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas pasti membawa hikmah dan kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Bumiputera Integrated Pest Management (BIPM) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh ahli, rakan industri, pelanggan dan warga Malaysia yang meraikannya.

Semoga Aidiladha kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan buat anda sekeluarga.

"Pengorbanan Membina Kekuatan, Kesatuan Melakar Kejayaan."

✨ Selamat Hari Raya Aidiladha
✨ Maaf Zahir dan Batin

β€” Bumiputera Integrated Pest Management (BIPM)

πŸ“’ SEMINAR & LATIHAN PEPERIKSAAN PAL & APAL 2026Persatuan Bumiputera Integrated Pest Management Malaysia (BIPM) dengan su...
01/04/2026

πŸ“’ SEMINAR & LATIHAN PEPERIKSAAN PAL & APAL 2026

Persatuan Bumiputera Integrated Pest Management Malaysia (BIPM) dengan sukacitanya menjemput anda menyertai Seminar & Latihan Peperiksaan PAL & APAL yang bakal berlangsung pada:

πŸ“… 11 & 12 Mei 2026
⏰ 8:00 pagi – 5:00 petang
πŸ“ Bilik Cempaka, International Youth Centre (IYC), Cheras, Kuala Lumpur

βΈ»

🎯 Objektif Program
Memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta dari segi pengetahuan, kemahiran dan kefahaman bagi persediaan menghadapi peperiksaan PAL & APAL serta meningkatkan kompetensi sebagai pengamal kawalan makhluk perosak.

βΈ»

πŸ“š Apa yang anda akan pelajari?
βœ” Konsep & prinsip PAL / APAL
βœ” Peraturan & standard industri
βœ” Kemahiran teknikal & pengurusan
βœ” Sistem & peralatan kawalan perosak
βœ” Latihan praktikal & simulasi
βœ” Penilaian & penambahbaikan

πŸ†• Menggunakan manual & silibus terkini!

βΈ»

πŸ’° Yuran Penyertaan
πŸ‘€ Ahli: RM150
πŸ‘€ Bukan Ahli: RM350

βΈ»

πŸ“Œ Tempat adalah terhad β€” DAFTAR SEGERA melalui kod QR pada poster atau hubungi:
πŸ“ž 018-661 6786 (En. Jabbar)

βΈ»

πŸ‘¨β€πŸ« Barisan tenaga pengajar berpengalaman daripada industri dan pakar kawalan perosak akan berkongsi ilmu serta pengalaman praktikal sepanjang program.

βΈ»

πŸ“’ Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kompetensi dan melangkah lebih jauh dalam industri kawalan makhluk perosak!

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada seluruh warga
Bumiputera Integrated Pest Management (BIPM) πŸŒ™βœ¨

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
kepada semua ahli, rakan industri dan pelanggan yang dihargai.

Dalam kegembiraan menyambut Aidilfitri dan p**ang ke kampung halaman,
marilah kita bersama-sama mengutamakan keselamatan di jalan raya.

Pandu cermat, sampai selamat.

Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kesejahteraan buat semua.

Ramadan Al-MubarakBumiputera Integrated Pest Management (BIPM) mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada s...
18/02/2026

Ramadan Al-Mubarak

Bumiputera Integrated Pest Management (BIPM) mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua warga dan rakan industri yang beragama Islam.

Ramadan hadir sebagai peringatan dan peluang β€” untuk memperbaiki diri, meluruskan niat, serta memperbanyakkan kebaikan dalam setiap peranan yang kita pikul, sama ada dalam kehidupan peribadi mahupun tanggungjawab profesional.

Semoga bulan yang mulia ini menjadi titik perubahan ke arah diri yang lebih berintegriti dan bermanfaat.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2026,Bumiputera Integrated Pest Management (BIPM)Ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru C...
17/02/2026

Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2026,
Bumiputera Integrated Pest Management (BIPM)
Ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambut.

Semoga Tahun Kuda ini menjadi pemangkin kepada peningkatan profesionalisme, kerjasama industri dan kecemerlangan berterusan dalam pengurusan perosak bersepadu.

Alhamdulillah, BIPM telah berjaya menganjurkan Masterclass Anai-Anai 2.0 yang telah berlangsung pada 5 & 6 Januari yang ...
08/01/2026

Alhamdulillah, BIPM telah berjaya menganjurkan Masterclass Anai-Anai 2.0 yang telah berlangsung pada 5 & 6 Januari yang lalu di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian UPM atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang penganjuran program ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para penceramah YBrs Prof. Emeritus Dr. Abu Hassan Ahmad, Prof. Dr. Ahmad Said Sajap dan Dr. Wan Mohd Hafezul Wan Abdul Ghani yang berpengalaman dan pakar dalam bidang anai-anai atas perkongsian ilmu, pengalaman serta input yang sangat bernilai kepada para peserta.

Terima kasih kepada semua ahli dan peserta atas sokongan serta penglibatan yang sangat baik. Sokongan anda amat kami hargai dan menjadi dorongan untuk BIPM terus menganjurkan program ilmu dan pembangunan industri pada masa akan datang.

Nantikan p**a Termite Masterclass 3.0 yang bakal menyusul.

Selamat Tahun Baharu daripada BIPM.Terima kasih atas sokongan berterusan semua ahli dan rakan industri.Semoga tahun ini ...
01/01/2026

Selamat Tahun Baharu daripada BIPM.

Terima kasih atas sokongan berterusan semua ahli dan rakan industri.
Semoga tahun ini membawa lebih banyak peluang, pertumbuhan dan kejayaan bersama dalam industri pengurusan perosak bersepadu.

PERJUMPAAN RASMI BIPM BERSAMA YB MENTERI KEMENTERIAN PERTANIAN & KETERJAMINAN MAKANANBumiputera Integrated Pest Manageme...
16/12/2025

PERJUMPAAN RASMI BIPM BERSAMA YB MENTERI KEMENTERIAN PERTANIAN & KETERJAMINAN MAKANAN

Bumiputera Integrated Pest Management (BIPM) telah mengadakan satu pertemuan rasmi bersama YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bagi membincangkan isu-isu penting yang memberi impak langsung kepada kelangsungan dan pembangunan industri kawalan makhluk perosak tempatan.

Antara perkara utama yang dibangkitkan dalam sesi perbincangan ini adalah:

1️⃣ Subsidi diesel dan petrol bagi menyokong kos operasi syarikat kawalan perosak
2️⃣ Isu berkaitan racun serangga, termasuk bekalan, pendaftaran dan kawal selia
3️⃣ Peluang geran dan bantuan kerajaan untuk pembangunan serta pemerkasaan usahawan
Bumiputera dalam industri
4️⃣ Penjualan racun secara dalam talian dan aspek penguatkuasaan, demi memastikan
keselamatan awam serta keadilan kepada pemain industri yang patuh peraturan

BIPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesediaan YB Menteri mendengar dan memberi perhatian terhadap suara industri. Diharapkan pertemuan ini menjadi langkah awal ke arah kerjasama strategik yang lebih kukuh demi kemajuan industri kawalan perosak negara.

Address

NO. 43, Jalan DATARAN WANGSA 1, DATARAN WANGSA MELAWATI
Setapak
53300

Telephone

+60186616786

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bumiputera Intergrated Pest Management Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bumiputera Intergrated Pest Management Malaysia:

Shortcuts

Share