06/01/2026
KENYATAAN RASMI
PRODUKSI DRAMA PENDEK “MIDANG BELALAI”
Pihak Produksi Drama Pendek Midang Belalai ingin memaklumkan kepada semua bahawa pembikinan drama ini akan disambung semula setelah melalui satu tempoh penyepian dari segi produksi.
Untuk makluman bersama, drama ini pada asalnya dirancang untuk ditayangkan secara perdana pada malam Tahun Baharu. Namun begitu, pihak produksi terpaksa menangguhkan tayangan tersebut berikutan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Antaranya ialah masalah melibatkan pelakon utama yang tidak dapat meneruskan penggambaran pada waktu yang telah ditetapkan, sekali gus memberi kesan kepada keseluruhan jadual produksi.
Sehubungan dengan itu, pihak produksi telah mengambil keputusan untuk menjadualkan semula penggambaran yang dijangka akan dilaksanakan pada musim cuti penggal pertama persekolahan. Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira faktor bahawa kebanyakan kru produksi serta para pelakon masih bersekolah dan komitmen akademik mereka perlu diberi keutamaan.
Pihak Produksi Midang Belalai ingin memohon maaf setulusnya kepada semua pihak atas segala kelewatan dan penangguhan yang berlaku. Kami amat menghargai kesabaran serta sokongan berterusan daripada semua yang sentiasa memberikan pandangan positif, galakan dan kata-kata semangat sepanjang tempoh ini.
Kami berharap semua pihak dapat terus bersabar dan menantikan tayangan perdana drama ini yang sedang diusahakan sebaik mungkin agar dapat dipersembahkan dengan kualiti yang terbaik.
Segala perkembangan terkini berkaitan produksi dan tarikh tayangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui platform rasmi kami.
Sekian, terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda semua.
Pihak Produksi
Drama Pendek Midang Belalai