Kumpulan Pengakap Kelana B Serian

17/07/2025

Salam Sejahtera dan Salam Pengakap. Untuk makluman, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Daerah Serian akan menganjurkan Perkhemahan Lencana Pengakap Peringkat Negeri Sarawak tahun 2025 yang akan disertai oleh sekolah menengah dan sekolah rendah di sekitar daerah Serian. Perkhemahan ini merupakan inisiatif tahunan Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak yang dirangka khusus untuk memberi peluang kepada ahli-ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja menyertai latihan dan ujian lencana. Matlamat utama perkhemahan ini adalah untuk memperkasa dan menyemarakkan semangat kepengakapan dalam kalangan generasi muda di seluruh negeri Sarawak, khususnya di daerah Serian.

-AJK Komunikasi & Media-

Penyertaan Kumpulan Kelana B Serian bersama Kumpulan Pengakap 39 dalam Urban Camping FestivalKumpulan Kelana B dari Daer...
19/05/2025

Penyertaan Kumpulan Kelana B Serian bersama Kumpulan Pengakap 39 dalam Urban Camping Festival

Kumpulan Kelana B dari Daerah Serian telah dijemput khas untuk menyertai Kumpulan Pengakap 39 Kuching dalam Urban Camping Festival sempena Kuching Music Festival, yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Panggung Udara, Kuching.

Sepanjang program, peserta menyertai pelbagai aktiviti berasaskan gaya hidup luar dan kemahiran pengakap. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk penyediaan makanan tradisional menggunakan buluh serta pembinaan struktur asas menggunakan kayu. Aktiviti-aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran praktikal, mengukuhkan kerjasama, dan memupuk semangat berpasukan.

Kumpulan Kelana B juga terlibat dalam sesi bergambar rasmi di pentas utama festival sambil mengenakan uniform penuh serta membawa bendera negeri Sarawak dan lambang pengakap. Kehadiran mereka menyerlahkan imej disiplin, komitmen, dan semangat jati diri sebagai wakil Daerah Serian.

Penyertaan ini bukan sahaja menambah pengalaman baharu kepada ahli, tetapi turut mengeratkan hubungan antara Kumpulan Kelana B Serian dan Kumpulan Pengakap 39 Kuching melalui kerjasama erat dalam semua aktiviti yang dijalankan sepanjang festival.

20/10/2024

BERHENTI KERANA BEREHAT, BUKAN BERHENTI KELUAR PENGAKAP.

Gila Pengakap/Pengakap Gila

Camping jimat duit❌
Camping makan duit✔️

Camping buang stress❌
Camping tambah stress✔️

Pengalaman dan memori yang tak terhingga nilainya yang akan diingati sampai bila-bila. Persahabatan dan sikap menghormati diutamakan.

BEAVERR!!... BERKHIDMAT!.

Address

Serian
94700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kumpulan Pengakap Kelana B Serian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share